Pages

Friday, November 30, 2007

butakah cinta?

Aku mungkin diserang,dikutuk,diejek dan dihina kerana menggarap topik yang keluar dari norma perbualan harian aku.Kaum-kaum jejaka macho tak pernah bincang topik macam ni secara terbuka tapi aku mengambil risiko untuk mereka-mereka yang sedang ingin bercinta tapi masih mentah dan beringus lagi,untuk mereka-mereka yang sedang bercinta hingga lupa dan leka lalu menganggap itulah cinta sejati mereka.Bodoh.Juga mereka yang tidak serik-serik bercinta walaupun berkali-kali dikecewakan.Syabas dan tahniah.

Seorang ustaz pernah berpesan,(ustaz tu,bukan calang-calang orang tau)"bila kamu sayang seseorang maka simpan sedikit perasaan benci,dan bila kamu benci seseorang maka simpan sedikit perasaan sayang".Kalau perlukan huraian sila hubungi aku.
Begitu juga pesanan senario"bercinta cinta juga tapi ingat dirimu.Jangan jadi seperti Mas Idayu "cintaku 100%".Serahkan segalanya.
Kalau ada apa-apa yang istimewa serah kat aku je.Dijamin selamat.

Seorang ahli falsafah dan bijak pandai yang aku dah lupa namanya dan aku malas nak cari balik apa nama mamat tu hanya semata-mata nak tolong golongan bercinta dan terluka ni pernah berkata "belajar lah dari pengalaman orang lain kerana kita tak cukup masa untuk mencuba semua perkara".Terang dan jelas,takkan tak boleh paham lagi kot.

Aku bagi satu contoh:(aku guna contoh perempuan sebab kaum ni le yang selalu sangat bodoh)

Shima:Aku dengar kau bercinta dengan Sukun.Betul ke Anum?
Anum:Emm.Betul le tu.Kenapa.
S:Sukun tu buaya le Anum.Baik kau cari orang lain je.
A:Kau memang dengki sebab Sukun tu hensem kan.(memang hensem pun)
S:Aku cerita dari pengalaman aku je.
A:Suka hati aku le.Aku lain,kau lain.


Maksudnya.Aku belajar semua ni dari pengalaman orang lain.Tak payah nak buang masa nak mencuba bercinta dengan semua jenis lelaki/perempuan.Apatah lagi nak cuba bercinta sesama kaum.Hentikan le.
Dah ramai mencuba.

4 comments:

Anonymous said...

siapa anum siapa shima...kenapa ada contoh bernama...tak bole kah letak si A,si B....kenapa nk tuduh kaum wanita bodoh....ini dh bersifat male chauvinism

sukun said...

sekadar contoh.tiada kaitan dengan yang hidup atau yang dah tak hidup.terasa ke?

lankapo said...

cinta membuatkan semua org bodoh hehe

MalayMind said...

Apa maksud cinta ni Kuhnz?

Aku enggak mengerti