“Nyatakan ciri-ciri lelaki idaman kau”. Senyap. Dan sunyi. Dalam hati,saya hanya mampu menyumpah. Masing2 memandangku. Mengharapkan jawapan. Macam kanak2 tgk motor jual ais krim lalu depan rumah lagaknya..Buang tebiat ke kawan2 aku ni. Mahu berdebat perdana dengan aku ke malam ni? Saya syak mungkin mereka memikirkan 'seru' saya yang tak sampai-sampai, jadi masing2 sibuk nak memainkan peranan, kononnya mahu menjadi kawan yang berjasa, mahu kenen2kan saya dengan taulan masing2. Hampeh..
Ini bukan kali pertama soalan'lelaki idaman' diajukan kepada saya. Zaman sekolah dulu, semasa sesi makan keropok beramai-ramai di tengah malam sambil tengok vcd(semestinyer cetak rompak) saya dan kawan2 ada membincangkan isu ini. Dan selalunya saya malas nak melayan soalan seperti ini kerana menjawabnya bererti saya akan meletakkan beberapa kriteria yang mungkin tidak realistik dan akhirnya memakan diri sendiri. Misalnya, jika saya mahu lelaki seperti Brat Pitt ataupun Shah Rukh Khan, bagaimana kalau saya bertemu jodoh dengan makhluk yang hensem sket dari yang jual cendol kat pasar malam di area rumah saya (emm,hanya saya dan kejiranan jer yang tau betapa 'indahnya' ciptaan Allah itu). Adakah saya perlu menolaknya atas alasan dia tak cukup hensem? Bukankah itu namanya menolak rezeki? Dan terlalu memilih? Masalahnya, jarang sekali kita tahu apa yang kita benar2 perlukan sehinggalah orang itu muncul dan memenuhkan keperluan tersebut. Kalau seseorang itu malas mandi dan dia jodoh anda,maka dialah jodoh anda. Noktah. Saya tidak mahu mencabar takdir dengan menyatakan bahawa lelaki idaman saya harus begitu dan harus begini. Saya tidak mahu hampa.
Maka saya mengambil jalan tengah. Kesederhanaan itu pun dipuji agama. Siapa yang tidak ada lelaki idaman? Bohongla kalau saya kata tak pernah memikirkannya. Dahulu, senarai 'membeli belah' saya panjang berjela2. Mahu yang berimanlah, yangn cool lah, yang boleh menceriakan diri lah, yang pandai buat lawaklah, sekurang-kurangnya ada ijazah lah(cgpa tak kesah),yang suka seni, yang comey, dan yang buat saya tak tido malam memikirkannya( senarai saya paling panjang sewaktu tahap kritikal kejiwangan iaitu sekitar usia 20-21 tahun,tak berapa lama dahulu)..itulah saya yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Sekarang,berbekalkan usia dan pengalaman,, senarai saya cukup ringkas. Yang ada, hanya yang wajib. Hal2 lain boleh dirunding dan dikompromi. Ceh... Seperti juga membeli belah,kalau jenama x takde,jenama xx pun ade takpon jenama xxx. Try dulu ok ke tak,then baru tau...dont make early judgement.
Saya pandang kawan2..yg masih tak putus asa mendesak saya di kala malam itu...dan dgn penuh yakin saya berkata, ''lelaki idaman aku hendaklah seorang lelaki beragama islam dan heteroseksual. Zaman sekarang perempuan kena lebih berhati2 tau. Aku taulah bunyinya macam syarat2 sah nikah tapi ada betulnya juga syarat2 tu. Lepas tu, kalau dia cute,itu dikira bonus lah tapi janji sedap mata memandang''. Masing2 merenungku(cam nak telan pon ade)...tak puas ati agaknyer dengan jawapan standardku..huhuhu.
No comments:
Post a Comment