Agak pelik bila terima hadiah harijadi setelah hampir dua minggu berlalu.Hingga semalam aku masih di kejar di paksa dan di rayu supaya menerima hadiah.Dan aku tiada alasan untuk menolak.Tak berdaya.Aku tak sanggup mengecewakan kalian yang bersusah payah membelikan aku hadiah.
Kadang-kadang hadiah adalah apa yang pemberi nampak dalam penerima.Dengan kata lain hadiah mewakili penerima dimata pemberi.Boleh faham kot?
Berikut adalah antara hadiah yang aku dapat.Dan apa yang aku rasa pemberi cuba sampaikan.
bekas pen/bekas syiling
Hadiah pertama yang aku terima.Dibalut kemas dan disertakan dengan sekotak Rocky dan sekeping kad bertulisan cakar ayam.Mungkin pemberi terpengaruh dengan pelajar-pelajar nya kerana pemberi adalah seorang guru.
Bekas berbentuk empat segi dihiasai ukiran buah strawberry.Mungkin pemberi mahu aku gunakan sebagai bekas abu rokok.Boleh penuh dalam masa satu hari saja.Tak praktikal.Mungkin untuk diletakkan syiling.Dia tahu aku orang yang jimat cermat.Hahaha.
buku
Fantastic Federer.Biografi mengenai Roger Federer yang tak dapat kerjasama Federer sepenuhnya.Dimata pemberi aku adalah ulat buku.Atau aku sekacak Federer?Tak mungkin.Aku jauh lebih kacak dari dia.
sapu tangan
Pelik.Aku tak pernah dapat atau ada sapu tangan sebelum ni.Tapi aku ada sehelai bandana berwajah Avril Lavigne berwarna putih kekuningan yang jarang-jarang aku gunakan.Percuma bila membeli album Avril Lavigne.Aku tak beli.Aku ambil benda yang percuma je.
Dimata pemberi kulit wajah aku sangat cantik.
5 helai sapu tangan cukup untuk seminggu hari kerja.
Macamana kalau kena kerja separuh hari pada hari Sabtu?
set adidas
3 dalam 1.
Mungkin apa yang disampaikan adalah macam ni.
Pencuci muka-jagalah kulit muka mu yang halus itu.
deodorant-sewangi ketiak mu
perfume-keharuman mu terserlah sayang.
Pada mereka-mereka yang tak sempat nak bagi hadiah tu jangan kecewa.Kumpul duit.Tahun depan beli hadiah lepas tu jumpa aku.Rayu dan pujuk aku.Semoga hati aku terbuka untuk terima hadiah dari kalian.Biasanya terbuka.
Dan kau.Ya.Kau yang berkata aku melawan tokey bila aku minta Suzuki Swift 1.6.Jangan malu-malu.Hubungi aku.Kita masih boleh berunding.
Jangan lupa tau.
No comments:
Post a Comment