Pages

Tuesday, October 2, 2007

Jericho Rosales itu telah hilang kad pengenalan nya

Semalam ada satu amoi tegur aku.
Kata dia aku nampak macam orang luar.
Orang Philippines.
Senang cakap aku nampak macam Jericho Rosales le.
Pangako Sa Yo.

Aku dah biasa disamakan sana sini.Tapi belum ada yang cakap aku macam orang Phili lagi setakat ni.Tahniah amoi.Anda orang pertama.
Biasa orang cakap "kau ni macam Duta le".
"Duta negara mana pula?"Aku tanya.
Duta So7 tu le.Aku diam.
Untung le kau Duta.Nampak macam aku.
Sephia.

Aku pun dah biasa orang tanya macam ni.
"you ni mix ke?"
Aku tak pernah kecewakan orang bertanya.
Gaya sopan mesti ada.
Setiap soalan mesti dijawab.
Mak aku perempuan,bapa aku lelaki,aku ni kira mix le juga.

Petang semalam aku terus jadi Jericho Rosales.
Aku tak tau mana aku letak IC aku.Kad pengenalan.
Mulut amoi ni memang masin.
Lepas urusan bank aku berlari-lari dalam hujan.
IC kat dalam poket baju.
Siapa jumpa tolong pulang balik ye.Dipercayai jatuh disekitar seksyen 14.

Ada sorang kawan terus simpan IC dalam dompet.

Aku:Takut sangat IC kau hilang ye?

Dia:Denda mahal seh.

Aku:IC aku tak pernah hilang le.Kau dah berapa kali hilang?

Dia:3 kali dah kot.

Aku:Berapa denda first time hilang

Dia:Entah.Aku tak ingat.


Tak apa lah.Nanti aku tau juga berapa denda.
Aku bagi peluang.
Sebelum aku buat yang baru.
Sebelum aku tau berapa denda.
Akan ku tunggu IC aku pulang.
Pulang lah.
Raya dah dekat ni.

3 comments:

Anonymous said...

Tu la tanak berhati2 kan dah hilang...sekarang ni denda dah naik kalo hilang...tak pasal byr beratus kat JPN tuh.....tp betul ke hilang..tah tah....amoi tu curik...kalo jual bole dia buat duit raya tahun ni...

sukun said...

betul le tu.
benda dah nak jadi.
sabar je la.

lankapo said...

mm seperti pepatah melayu ada menyebut bunag yang keruh ambil yang jernih..

maybe hujan telah mneghanyutkan ic encik sukun ker sungai klang heheh