Aku bersemangat bangun sahur.Seperti hari-hari yang lain juga.
Kalau tersedar memang aku bersemangat.Bukan le makan sangat pun.
Aku suka nikmat bangun bersahur je.
Lepas tapau nasi aku cari singgah 7E cari rokok.
Marlboro 14 satu.Aku minta.
Softpack ke hardpack?Minah 7E tanya.
Soft.Jawab aku separuh.
Rm9.70 kata minah tu.Aku usha rokok atas kaunter tu.
14 right?Akak tu tanya lagi.Seolah-olah membetulkan aku.
Aku angguk je.
Baki tinggal 30 sen.
Memang betul aku minta Marlboro 14.Tapi akak tu kasi 20.
Itu pasal le baki 30 sen je.
Marlboro 20 = RM8.20
Air kotak = RM1.50
Total = RM9.70
Bayar = RM10.00
Baki = RM0.30
Sepatutnya aku dapat baki RM2.60.BAru le aku boleh beli nasi.
Nasib baik aku bawa duit lebih.Nasib baik aku dah tapau.
Kalau tak bersahur rokok je la aku ari ni.
Aku pun malas nak marah pagi-pagi.
Kalau kau rasa boleh tipu masa aku ngantuk kau dah silap le minah 7E.
Kalau setakat rokok,bukan separa sedar,kalau aku pengsan pun aku
masih boleh bezakan mana satu pack 14 mana satu pack 20.
Lagi pun 7E bukan ada elaun sales.Takpe.
Aku maafkan kau sempena bulan baik ni.
Lain kali jangan buat lagi.
Kesian le orang yang bawa duit cukup-cukup je.
Malu dia nanti.
Kebulur le dia.
Ingat tu.Simpan dalam kepala otak kau.
Simpan dalam lubuk hati.
Kalau nak silap pun cara lain le.
Caj harga pack 14 tapi bagi yang pack 20 kat aku.
Memang aku tak marah.
Hari-hari aku datang nanti.
No comments:
Post a Comment