Pages

Monday, September 10, 2007

ATM lagi...

Aku beratur menunggu giliran depan mesin ATM.
Kali terakhir aku ke mesin ATM masa dalam mimpi aku hari tu.
Kali ni lebih ramai orang tunggu giliran.

Seorang brader tanya aku."Dua je ke mesin ATM?"
Aku angguk mengiyakan.
"Patut ada tiga."Brader tu sambung lagi.
Muka serius.
Aku diam.Manusia tak pernah puas.Tak pernah cukup.
Abang bini dua ke?tanya aku dalam hati.

Masing-masing diam.
Sampai giliran aku.
Masukkan kad.Bankcard memang bagus.Kita boleh keluar duit kat mana-mana je ATM yang ada tanda bankcard.Atau meps.Asalkan ada duit.
Kecuali BSN.Dulu boleh je.Tapi sekarang macam dah tak boleh je.Bangang.
Bengang.
Masukkan nombor pin.123456.Tunggu.
Pilih akaun.Simpanan atau semasa.
Aku belasah.
Betul.

Dapat duit.
Pindah ke mesin sebelah.Cash deposit.
Buka dompet cari nombor akaun.
Tak jumpa.Rileks.
Cari dalam handphone.Takde.Panas.
Call sorang kawan.
"Aku tak simpan le".Bangang.Tak boleh harap.Hiblis.
Pegang handphone.Ketuk-ketuk.
Eh,bukan ke ada orang yang nak return call aku?
Mana?

Aku keluar dengan sikit perasaan panas.
Berdiri menunggu.
Satu brader pandang-pandang aku.
Aku pandang dia.Sah lelaki.Jantan.
Apahal nak pandang aku?

Ada 3 kemungkinan.
1.Dia cemburu atau kagum dengan aku atas sebab-sebab tertentu.
-aku tak kisah.
2.Dia seorang gay.Suka sesama jantina.
-Dia nak kena sepak sampai mampus dengan kasut size 6 aku.6 UK tau.Besar le juga.
Untuk rekod.Belum ada orang mampus kena sepak dengan aku.
Yang kena sepak dah ramai.

Atau kemungkinan yang satu lagi.
Aku pergi jauh sikit.Jauh dari kanak-kanak.Jauh dari wanita-wanita,perempuan-perempaun.Kaum yang lemah.Kaum yang memenuhi universiti.
Aku nyalakan rokok.Contohi aku.

Brader yang pandang aku terus datang.Pinjam lighter.Terima kasih.Terus blah.
Satu minah datang kat dia.Borak-borak.Panas.
Kenapa le mamat ni tak borak dengan aku tadi.
Secara tak lansung aku ni jadi kawan dia.
Boleh le aku borak dengan minah tu juga.
Boleh le aku kenal kan diri.

Hai,saya Kasim.

Cis.

No comments: