Aku semakin jarang mengemaskini blog aku sekarang.
Macam dah kurang motivasi.Unsur-unsur malas meliputi seluruh sanubari dan jiwa.Musim-musim yang sejuk macam memang tak produktif.Hanya boleh jadi musim mengawan je.Ada sesapa cari pasangan mengawan ke?Email aku ye.
Kadang-kadang bila rajin masa pula yang tak cukup.Bila ada masa,idea pula yang tak datang.Kombinasi yang macam ni le menyebabkan blog aku tak ber entry setelah sekian lama..
Orang naik ke angkasa pun dah turun.Blog ni pun dah ada domain sendiri,tiba-tiba saja perli aku.Blog ni pula dah ada iklan toyota.Dulu kaler itam tapi sekarang dah kadi putih.Dah jadi baik kot.Atau dah nak jadi ahli syurga pula.Dasyat betul dia orang ni semua.
Bulan ni aku akan lebih rajin.Rajin menulis dan mengupdate blog aku ni.Sempena bulan kelahiran aku ni.Aku perlu lebih scorpio.Ganas dan menyengat.Janji aku pada diri sendiri.
Harap tak tinggal janji je.
Mula-mula aku perlukan bahan dan rempah.Idea-idea bernas.Jejari yang halus melancarkan taipan aku kat sini.Sel-sel otak yang bekerja dan bersambung seperti budak yang minum susu.
Mana nak dapat bahan?
Pasar malam?
Pasar raya?
Atau pasar seni?
Mungkin aku perlu tulis apa saja.
Apa saja yang terlintas.
Lebih spontan.
Tengoklah.
1 comment:
tulis lah pasal Liverpool buleh mng EPL ker, chams league ker ok wattt
Post a Comment