Pages

Monday, March 30, 2009

puji vs keji

*Entry ini adalah untuk menjawab satu entry dari blog semut paha besar(link tidak disertakan kerana keegoan semut tersebut)*

Untung juga ada blog sendiri.Ada rasa tak puas hati boleh terus tulis.Makin besar rasa tak puas hati makin cepat rosak keyboard.Hukum fizik.Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh diubah bentuk.

Tenaga haba hasil kemarahan boleh diubah kepada tenaga kutukan melalui keyboard.Dan hukum fizik juga kata tenaga akan berkurangan bila berubah dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain kerana medium.Medium aku adalah keyboard.Patut le keyboard cepat rosak.

Lupakan fizik.Hari ni bukan hari marah.

Masuk hukum alam.

Dalam hukum alam ada 2 unsur utama dan 1 unsur kurang utama.

Dicelah-celah unsur sejuk dan panas ada unsur suam-suam buntut.Tak penting sangat.Air suam baru 20sen segelas kalau nak banding dengan milo ais kaw-kaw.

Diantara unsur positif dan negatif ada unsur neutral.Nampak macam tak penting tapi boleh mati kalau takde neutral.

Dikalangan unsur-unsur utama lelaki dan wanita ada unsur khunsa.Tak penting.Tak kuasa mak!

Lupakan semua tu.
Yang nak diceritakan ni unsur lawa/hensem dan huduh.Diantaranya ada unsur sedang atau biasa.Yang cantik dipuji yang huduh dikeji yang biasa dipandang sepi.

Yang lawa/hensem memang dah biasa dipuji.Tak terjejas pun.Yang naik hanya counter saja.Masalah timbul bila yang golongan-golongan biasa atau sedang-sedang saja dipuji.Mula le perasan.Mula le syok sendiri.Mula le na kembang sana sini.

Kadang-kadang orang saja puji nak bagi naik keyakinan diri.Jangan le rasa lebih-lebih pula.

SEKIAN.

Thursday, March 26, 2009

Si Hensem disenangi

*Entry ini untuk lelaki-lelaki hensem sahaja.Tiada kena mengena dengan mereka yang tidak hensem apatah lagi mereka yang bergelar jongos*

Aku pernah disapa oleh kaum-kaum lelaki yang mencemburui dan amat ingin belajar.

Q:"Apsal perempuan suka cakap dengan kau?Ayat manis apa kau guna?"

Dek kerana yang bertanya itu separa jongos,senang le aku jawab dengan penuh kejujuran dan kepantasanku.

A:"Ayat tak manis,yang manis tu rupa."

Terima atau tidak itu terpulang pada si jongos.Mungkin dia menolak di luar tapi didalam dia terpaksa mengaku juga.

Keadaan jadi lebih susah bila yang bertanya mempunyai level kehenseman yang sama atau lebih(spesis yang jarang-jarang ditemui dan boleh dianggap kes terpencil).


Berkat kajian dan pemerhatian,aku dapati spesis hensem itu terbahagi kepada 3 bahagian.(PERINGATAN:Jika anda tidak hensem dan ingin membaca juga,jangan malu-malu).


1.SI HENSEM TAK SEDAR DIRI

Ini adalah golongan paling lemah dalam kategori hensem.Golongan ini hensem rupanya tetapi tidak sedar akan kehenseman mereka.Mempunyai keyakinan diri sangat rendah hinggakan lebih rendah dari seekor lembu yang meragut rumput.Golongan ini tidak membahayakan sesiapa tapi kalau minta tips dari aku memang sah aku lempang.


2.SI HENSEM SEDAR DIRI

Golongan ini sama spesisnya dengan penulis.Mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan lebih senang bergaul mesra dengan alam sekitar.Mereka juga adalah yang paling disenangi didalam ketiga-tiga kategori.Golongan ini lebih relaks,cool dan bersahaja.Sesuai dengan level hensem mereka.


3.SI HENSEM LUPA DIRI.

Mereka adalah golongan hensem yang berlagak dengan tahap kehenseman mereka.Kaum-kaum inilah yang merosakkan nama orang-orang hensem.Mereka ini mempunyai kadar keyakinan yang sangat-sangat tinggi.Jika tahap keyakinan mereka adalah paras air dalam empangan maka runtuhlah empangan itu lalu banjir melanda.Begitulah betapa kritikalnya tahap keyakinan mereka ini.Golongan ini juga selalunya kurang disenangi dan kadang-kadang dibenci oleh kaum wanita mahupun kaum lelaki sendiri.


Harapnya entry ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan pada golongan-golongan hensem supaya tidak menjatuhkan imej kita semua.
Pada mereka-mereka yang hensem.Baca dan belajar.Jangan tanya soalan bangang lagi.
Pada mereka yang jongos.Minta maaf.Aku tak paham perasaan kamu semua.

Sunday, March 22, 2009

kereta tarik kereta

Aku eksiden beberapa minggu lepas.

Dan setelah direpair dan digunakan beberapa minggu.Semalam baru dia menunjukan symptom dari eksiden lepas.

Lokasi pilihan kereta aku juga sangat indah.Tengah-tengah MEX highway.Sangat high.Lebih tinggi dari pokok.Pukul 130 tengahari.Terima kasih kereta.Baru ku kenal erti panas dunia.Sebelah kanan ada stadium bukit jalil.Sebelah kiri ada kondo.Oh indahnya!




*kepulan-kepulan asap keluar dari sini menunjukan enjin kereta sangat panas.Tuan kereta dah panas luar dalam*


Sambil telefon sana-sini untuk mendapat pendapat dan nasihat serta pendapat kedua ketiga dan kesekiannya.Macam-macam pendapat aku dapat.Akhirnya kereta kena tow.Terima kasih pakcik tow.Aku try cari kawan-kawan yang boleh tow aku kejalan yang benar.Terima kasih pada kawan-kawan yang tak dapat dihubungi.Sorry mengganggu weekend anda.



*macam lembu dicucuk hidung*




*lubang hidung kiri pun kena cucuk*

Oh kereta ku,dimana kau sekarang?

Hanya Gerrard penyembuh luka.
Oi!Mana hilang fan Chelshit sama Man Unitaik?

Driving range-episod 1

Panas telinga mendengar kritikan dan kutukan tak membina.
Aku memberanikan diri memegang iron 7 (rasanya).

Nampak senang.
1.letak bola
2.kuda-kuda
3.tengok target point (150m)
4.back swing
5.down swing (sekuat hati)
6.tengok hasil-mengecewakan,tak sampai 50m.

Betul kata mak aku,kerana mulut telinga binasa.

Hasilnya petang tu,aku dapat jarak paling jauh 100m saja.

Terima kasih Azmin Azram yang sudi mengajar,walaupun bekas penjaga gol tapi swing amat sempurna.

Hasil episod satu:



ini bukan thumb up,ini adalah jari yang bengkak berair.hasil kesungguhan swing 100 biji bola.


Semoga episod 2 dapat cecah 200m.

Gambatte!!!

Friday, March 20, 2009

baru ku kenal erti busy


Bukan sekadar hiasan

Aneh!Ramai orang mengaku busy dengan kerja.Tapi dalam masa yang sama sempat lagi
update blog,friendster,myspace dan segala mak nenek.
Sempat juga ber ym sambil letak sign "busy".

Adakah update blog juga kategori busy?
Atau ber facebook juga di klasifikasi sebagai busy?


Betul kata mak aku,kekurangan cahaya dan pantulan sekalipun tak dapat menghalang kehensemanku

Cukup ke dengan alasan:

"Ah!aku pandai curi-curi masa update facebook"


Tidak berkenaan.Sekadar hiasan

atau


Menguji bakat sebagai jurugambar.Betul kata mak aku,bakat dan rupa datang secara pakej.

"Masa-masa terluang je aku ym"

Macam 24jam je masa kau terluang.Busy ke tu?

Andai aku busy:
Aku tak dapat update blog.
Tak dapat on ym.
Tak dapat ber skype.

Kenapa?



Kerana u mobile ini macam punggung.Lebih teruk dari punggung.Sekurang-kurangnya punggung berjasa juga buang najis.

Wednesday, March 18, 2009

Tak Nak!

Adik anda merokok?Anda mahu dia tobat dari merokok?
Lempang dia hingga lembik dan siram muka dengan air tembakau.

Anak anda curi-curi hisap rokok?
Anda mahu dia insaf?
Pijak perut dan paksa dia minum air tembakau.

Tapi macammana dengan mereka-mereka yang tak boleh dibelasah.

Suami perokok tegar.
Balak menyedut.
Awek menghisap.
Bapa.

Bagaimana anda mahu orang tersayang berhenti merokok?
Yang tak sayang biar je mati.

Anda boleh cuba taktik berikut:




PERINGATAN:Ajal dan maut ditangan Tuhan,rokok hanya sekadar penyebab.

Wednesday, March 11, 2009

mari mencuba

(Amaran:Entry ini mempunyai unsur-unsur ilmu perubatan tahap tertinggi.Tidak sesuai pada mereka yang kadar sensitiviti terlalu tinggi.Anda digalakkan untuk mempraktikkan tetapi sila tanggung risiko sendiri)


Dari sebuah email yang diforward,saya dengan bangganya mempersembahkan pada kaum-kaum lelaki sebentuk tip:

BAGAIMANA MEMANJANGKAN UMUR ANDA?



Dan tanpa mengubah apa-apa dari email,tafsirannya adalah seperti berikut:

"RAHSIA PANJANG UMUR.
MERENUNG Buah Dada Wanita berterusan selama 10 minit dapat memanjangkan
usia seorang lelaki."
Itulah penemuan terbaru yang boleh diperoleh para penyelidik selepas
menjalankan kajian selama lima tahun membabitkan 200 lelaki tulen di
seluruh Eropah.Menurut kajian itu, lelaki yang suka merenung buah dada
wanita dapat menurunkan tekanan darah, sukar dihinggapi sakit jantung
berbanding mereka yang malu-malu berbuat demikian.
Ketua kumpulan penyelidik itu, Dr. Karen Weatherby – seorang wanita –
mencoretkan penemuannya itu dalam The New England Journal of Medicine.
"Anda boleh mencubanya kerana inilah peluang mudah memanjangkan usia antara
lima hingga enam tahun," Ujar Dr.Karen."




Sebagai penghargaan dan penghormatan pada Dr Karen dan pasukannya marilah kita sama-sama mempraktikkan penemuan ini supaya usaha mereka tidak sia-sia.


MARI!MARI!!SIAPA MAU PANJANGKAN UMUR AKU?

p/s:sila print dan bawa keratan tersebut demi keselamatan diri.

Tuesday, March 10, 2009

mahluk dari sungkai

Minggu lepas aku di Sungkai.Ada golf tournament.
Dapat baju size L.Gampang betul.

Lalu jumpa mahluk aneh.Orang tua-tua pesan jangan ditegur benda macam tu.Aku ikut.
Balik sini baru berani buka mulut.

Mahluk itu sejenis omnivor.Macam mana aku tau?
Mahluk ni makan apa saja.

Ikan.Makan.
Udang.Makan.
Ketam.Makan.
Kerang.Telan.
Kepah.Belasah.
Nasi lemak.Hentam.
Jagung.Makan,makan dan makan lagi.

Dan mahluk ini rasanya ada usus yang sangat besar dan panjang.
Kuasa mencekik yang hebat.
Ngeri.

Aku sempat snap gambar mahluk ni.
Tapi dari belakang je.
Kalau dari depan ada orang pengsan bila tengok.Meracau.Demam seminggu 2.Nanti aku juga yang salah.



*Kelihatan mahluk aneh ini sedang melantak jagung.Dengan tongkol sekali dia telan*



Dan yang penting.Mahluk ini sokong REAL MADRID(sebut: LEAL MADLID).Yang kena belasah 4-0.Yang senyap sunyi semalam.Yang main bola macam budak sekolah tamil(tiada niat racist).Yang disekolahkan oleh Liverpool.Kalau Real Madrid tu The Galacticos.

Liverpool nama apa?

THE CANARY?

bos ku yang hensem vol 2

Bos aku hensem..lebih hensem dari dulu.

Selepas menganugerahkan laptop dan menyeponsor repair kereta aku yang eksiden hari tu.Beliau telah mengoffer percutian pada staff beliau.

Setelah berbincang sana sini,tolak campur,gedebak gedebuk genuak maka hala tuju pun dipersetujui.Proses booking pun bermula.Dap dup dap.

Siap!!!
















Semua dah siap.Sekarang aku kena tunggu Oktober.Oh oktober,kenapa kau tak datang lepas Mac?Atau lepas April.

Dan destinasi aku.Sudah tentu bukan Sydney.Apa barang Melbourne?

ANFIELD!!!TUNGGU AKU!!!AKU CABAR STEVEN GERRARD!!!

Monday, March 9, 2009

kau pergi jua

Seminggu?

2 minggu?

Sebulan?

2 bulan?

Apa beza nya?

yang pergi tetap pergi.


Thursday, March 5, 2009

kelas misha omar

Dari Felda Residence Hot Springs.

Kehenseman bos aku bertambah bila dia ajak lepak-lepak santai 3 hari 2 malam kat sini.
Sambil lepak pekena jakuzi layan bbq waktu malam.
Sedapnya kalau layan massage.

Lagi best kalau misha omar yang massage.
Aku terbaca misha nak sekolah kan penulis blog.


















Tak sabar rasanya nak masuk sekolah misha.
Walaupun aku tulis blog suka-suka je nak juga rasa masuk kelas cikgu misha.
Apa le agaknya kelayakan masuk sekolah misha ni?
Mengutuk beliau?
Memuji beliau?
Bila boleh daftar ni?

Cikgu!!Apa topik pertama kita?

Wednesday, March 4, 2009

Hari ini dalam sejarah

Kereta kat bengkel lagi.Ketuk-ketuk.

Tunggu bas lagi nak pergi kerja.
Naik teksi lagi.

Dan hari ini aku di pow RM 19 untuk perjalanan dari seksyen 17 ke seksyen 13 yang tak sampai 20km.
Terima kasih abang teksi.

Untuk mereka yang berlegar di sekitar shah alam dan perlukan perkhidmatan teksi.
Sila cari teksi berikut:

no pendaftaran: HBA 982

nama pemilik: Mazlan anak lelaki penipu

jenis: Naza Citra(kalau tak silap aku)

warna:biru

terjah

Manusia memang banyak ragam.
Bak kata pepatah,banyak udang banyak garam,banyak garam darah tinggi.

Kadang-kadang kita tak sedar ada orang perhatikan kita.
Kita ada dua pilihan.

1.Bersangka baik-mereka caring terhadap kita

2.Bersangka buruk-menyibuk je(pilihan popular)

Contohnya tadi.
Tetiba ada orang tegur aku.

Papparazi: Ceria je kau.Ada pape ke?

Aku: Takde pape.Biasa je.

P:Pagi tadi sememeh je muka.Tetiba tengahari ceria.

A:(pikir jap)Ye ke?Aku rasa biasa je.

P:Takkan le takde pape?

A:Oh!baru aku ingat.Aku baru lepas berak.

Tuesday, March 3, 2009

roda-roda kota raya

Kata orang hidup ibarat roda.
Ada juga yang kata hidup seperti drama.Penuh plot(bukan drama RTM).

Tapi lebih sesuai kata hidup ibarat Raja Lawak.Lebih tepat Raja Lawak tanpa Amir.
Macamana le budak ni boleh lepas.Adakah dengan memakan budu otak manusia akan jadi kurang pertimbangan?Bodo demo ni.

Lawak 1:Sidang DUN Perak.

Lawak sarkis apa yang nak ditayangkan ni?Kalau pun tak boleh guna Bangunan DUN cari le dewan orang ramai.Paling kurang pun dewan sekolah tamil yang berdekatan.Perak kan banyak sekolah tamil.Dah macam filem tamil.Sivakumar pegang watak hero.Aku cadangkan Sultan Perak pegang watak antagonis.Sapa nak pegang watak polis makan rasuah boleh le pergi casting.Aku rasa ramai je yang berbakat dan berpengalaman kat Malaysia ni.


Lawak 2:Bersih nama

Maka berbondong-bondonglah Saiful serta keturunan dan lawyernya ke balai buat laporan polis.Demi membersihkan nama katanya.Katanya ada orang fitnah dia dalam blog.Bersih sangat ke nama beliau?Atau mampu kah dibersihkan?Kenapa nak dibersihkan.Baik kau tukar je nama kau.Tukar jadi Saif Al-Jubri.
Aku hairan kenapa nak bersihkan nama.
Kenapa tak bersihkan hati dulu?
Kenapa tak cuci jubur?
Sudah bersihkah lubang dubur mu yang di sodom itu?

Tepuk punggung,tanya Al-Jubri.

Monday, March 2, 2009

ketuk kereta

Susah betul bila eksiden.
Kena hantar kereta masuk bengkel.

Susah betul bila langgar kereta orang.
Kena repair kan sekali kereta orang.

Susah betul bila kena ketuk kereta.
Dengan aku sekali kena ketuk.
Apek bengkel memang pandai ketuk.
Sekali ketuk 2 yang kena.
Hebat!!!

Dan semalam,kali pertama aku menghabiskan duit untuk seorang jantan.
Rasa macam gay.
Rasa macam bela anak ikan.

Tak patut.
Aku perlu buat sesuatu.
Dengan kadar segera.

Lepas ni aku kena langgar perempuan.
Ada sesiapa sudi??

Sunday, March 1, 2009

kereta makan kereta

Kereta aku kelaparan semalam.
Makan kereta kat depan.
Hasilnya:



*mulut kereta tak boleh ditutup setelah kekenyangan*




Kereta aku telah membaham buntut proton wira milik seorang jantan.Gay sungguh kereta ku ini.

Oi!lain kali baham buntut perempuan le!!!