Wednesday, August 29, 2007
apa sangat le
Aku rakyat Malaysia.Jiwa merdeka.
Aku pun sokong Malaysia juga.Tapi tak ke stadium je.
Sama bersemangat macam orang lain.(Entah-entah lebih lagi kot)
Sama macam penyokong kat stadium.
Sama macam Sharul(nama sebenar).
Sama macam Oma.
Sama macam Tuan Adenan.
(nama-nama berikut adalah sekadar contoh sahaja)
Sama macam kau.
Kau.
Kau.
dan Kau.
Sama.Malahan lebih dari kau orang semua.
Aku tumpang bangga.Tumpang je sebab aku bukan pemain pun, penonton je.Menonton dari kedai mamak.Tapi aku boleh tumpang bangga juga.Sebab aku rakyat Malaysia.Tanah air merdeka.Tumpang bangga dengan pasukan kita.Tumpang bangga dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri(pemain no 14).Tumpang bangga dengan Zamani.Tumpang bangga dengan pemain kembar.Tumpang bangga dengan pemain yang gelecek team lawan dalam kawasan D sendiri.(aku tak sempat tengok nombor.Ada kawan aku tengah maki dia masa tu.Penuh perasaan).
Ini sajalah pemain-pemain yang boleh aku tumpag bangga.Yang lain?Tumpang bangga je lah dengan teammate korang ni.
Cukuplah.Cukup-cukup le memuji.Pujian makan diri.
Dah ramai sangat yang puji,bangga diri pula bebudak ni.
Lupa diri pula nanti.Besar kepala.Susah.
Selalunya ada postmortem lepas game.Kalau kalah.(selalunya Malaysia kalah).
Kalau menang tak tau le ada ke tak.Sepatutnya ada juga.Baru le bole maju lagi.
Kalau setakat nak belajar dari kekalahan tu Pasukan Malaysia dah boleh sampai tahap Phd dah pun.Dah selalu.Dah banyak kali.Dah muak.Dan nak muntah.(ada yang muntah dah).
Belajar dari kemenangan le pula kali ni.Menang memang le bagus.Tapi ada juga yang tak bagus malam tadi.
Awal separuh masa pertama.Mungkin pemain ambil sikit masa nak menyesuaikan diri.Dengan padang.(alasan).Dengan pihak lawan.(corak dan cara permainan).Dengan jumlah penonton.Dia orang mana le biasa penonton ramai-ramai ni.
Celah mana yang tak bagus.
-Midfielder tak support penyerang.
Lepas passing berdiri terpacak dengan penuh perasaan bangga.Apa kau ingat kau passing cantik sangat?Mohd Khyril Muhymeen Zambri je yang support.
Arahan coach ke suruh semua midfielder tolong pertahanan?
Tengah menyerang ni.Kenapa terpacak kat bawah?
Kenapa tak lari naik support striker kat atas?Striker kita bukan boleh nak beat 2, 3 orang player lawan.Myanmar boleh le kita buli.
-Pertahan berterabur.
Nampak macam man marking.Nampak macam zone marking.Tiada persefahaman.
Ramai tapi tak berkesan. Dapat bola tapi sepak entah kemana-mana.
Tak sampai ke penyerang.Tak sampai separuh padang pun.Tak makan ke?
Kata dah training sampai ke Slovakia.
Mohd Khyril Muhymeen Zambri juga yang cover.
Oh Mohd Khyril Muhymeen, kau bagaikan Steven Gerrard.
Abis separuh masa pertama.1-0.Ok le tu.
Masuk separuh masa kedua.Hasil kerja keras 2 orang penyerang + Mohd Khyril Muhymeen dapat le lagi 2 gol.3-0.Pasti menang.
Tapi.Tiba-tiba je semua midfielder jadi rajin.Tak semena-mena.Semua nak naik.Semua nak score kot.Semua nak jadi hero.Apa jadah.Dah 3-0 le.Tak kan le coach suruh serang gila-gila masa dah leading 3-0.Masa pun dah tinggal berapa minit je lagi.
Kena sebiji.3-1.Ambil kau.Bodoh.
-Penyerang yang bengap.
Aku tak marah kau no 8.Apa masalah dengan kau no 11?Safee Sali.Pengadil tiup wisel.
Stop game.Player lawan dah salah.Kenapa nak siku belakang dia?Kenapa kau nak pijak kaki dia?Player lawan kena kat merah.Kenapa nak susah payah berlari pergi tepuk tangan.Kita tengah leading.Relaks.Tenang.Simpan tenaga untuk kejar bola dan rembat.Biar masa berjalan.
Kalau kau nak bagi player lawan marah.Jangan pijak dia.Jangan siku dia.Kau gelecek le dia.
Makin ramai kau gelecek makin dia orang marah.Kau score banyak-banyak.Makin banyak kau score makin dia naik angin.Makin senang nak menang.Bodoh.
Ingat tu.Simpan dalam kepala otak kau.Simpan dalam sanubari.Jadi pemain bola sepak yang bagus.Jangan jadi samseng bola sepak.
Contohi abang kau.Tenang.Cool.
Ada kawan aku cakap."dah menang pun,kalau dia kena kad merah pun aku tak marah.buar apa kecoh-kecoh".Lembab.Singkat fikiran.
Perjuangan belum selesai.Bukan setakat ni je.
Apa le sangat Pestabola Merdeka.Tak payah jerit-jerit.Usah lompat-lompat.Simpan semua tu.
Jangan menari-nari.Nampak macam bodoh sangat.Simpan.
Menang Pestabola Merdeka.Kita senyum.Itu je taraf Pestabola Merdeka.
Kalau menang Sukan Sea.Kita tepuk tangan.
Kalau menang Piala Asia.Kita bangun.Lepas tu tepuk tangan.
Kalau layak Piala Dunia.Kita bangun.Tepuk tangan.Lompat sikit-sikit.
Nanti kalau dah menang Piala Dunia baru le kita bangun,lompat-lompat,jerit-jerit sampai keluar anak tekak, tepuk-tepuk sampai tangan bengkak.
Lepas tu jerit.
MALAYSIA BOLEH!
MALAYSIA BOLEH!!
MALAYSIA BOLEH!!!
Itu pun kalau le.
bola oh bola..
Aku tersepit.Tersepit dicelah masalah.
Masalah kecil yang tak daya aku tanggung.
Aku serba-salah.
Bagaikan diluah mati bapa ditelan mati ibu ditahan mati pucuk.
Ini semua pasukan bolasepak Malaysia punya pasal.Ya, korang punya pasal.
Kenapa kau score dua gol Safee Sali.Kenapa tak ambil kad merah lagi satu je.
Aku tak marah Mohd Khyril Muhymeen Zambri.Dia memang terer.Kalau kena marking macam mana pun tetap boleh score gol.Tapi Safee, kau sapa nak score gol?
Aku dalam dilema.
Aku dan dia berjanji tak nak ke stadium.Tak nak sokong pasukan Malaysia di stadium.
Dah banyak kali tertipu.Sakit.Pedih.
Janji tinggal janji.Harapan menjadi jangan harap lah.
Sepanjang Pesta Bola Merdeka ni aku berjaya mengekangkan diri dari ke stadium walaupun ada banyak juga jemputan,ajakan,hasutan dan juga racun cuba dilarutkan ke dalam badan aku.
Tapi aku masih kuat.Tabah.Tekad.Nekad.Walaupun dia sudah gagal.Sebab dia tengok Malaysia lawan Singapura itu hari.Hahaha...kau loser.
Aku manusia.Aku mesti pegang pada janji.Aku bukan lembu dan kerbau macam kau.
Aku baik.Terlalu baik.Jujur.Lurus.Mengikut Rukun aku.
Dugaan hari ni memang hebat.Ramai sungguh yang ajak aku gi stadium.Stadium Shah Alam je.
Bukan jauh.
Pergilah.Manusia-manusia yang tak pernah merasa perit atau manusia yang tak pernah serik.Aku juga begitu satu ketika dahulu.
Pergilah.
Aku rela dicop tiada semangat Malaysia Boleh asalkan pasukan Malaysia menang.
Kata lah apa saja pun,aku tak kisah.Asalkan Malaysia menang.
Kalau aku tak tengok bola kat stadium Malaysia boleh main World Cup.Aku rela.
Berkorban apa saja.
Tapi.huahuahua...ada tapinya.
Kalau Malaysia tak menang.(aku gunakan bahasa sopan,tak guna perkataan kalah).
Aku dah sediakan beberapa ayat untuk kau,kau dan kau yang ke stadium.
"bodoh,kan aku dah pesan"
"kenapa le kau bangang sangat?"
"tak serik-serik ke loser?"
"asal kau pergi je kalah,asal kau pergi je kalah, tangkal apa yang kau pakai?"
"kau dengan pemain-pemain Malaysia boleh pergi mampos.ajak coach sekali"
Aku tak pandai berkata kesat.Itu je yang ada.Kalau korang ada cadangan boleh le masuk kan.
Setakat pergi masa dah masuk final je jangan le nak ngaku peminat setia.Buat malu je.
Tengok tu.Ada lagi manusia yang nak ajak aku ke stadium.Sudah,sudah,sudah.
Jangan cuba meracun aku lagi.
Aku ada penawar.
Hati yang baik adalah penawar segala racun.
Kata apa saja.
Aku tetap main badminton malam ni.
Pada orang-orang yang nak ke stadium.Harap korang tak tertipu macam aku dulu.Kalau tertipu juga.Sabar.Relaks.Jangan dibaling botol air.Jangan dibakar mercun.Jangan dimaki pengadil.Jangan dibelasah rakyat Myanmar.Dia ada hak bergembira kalau pasukan dia menang.
Macam rakyat Malaysia juga.
Macam kita juga.
Macam aku.
Pada pasukan Malaysia.Selamat berjaya.
Tuesday, August 28, 2007
merdeka kita merdeka
MERDEKA!!
MERDEKA!!!
Huh.Bersemangat sungguh aku merdeka tahun ni tanpa masih tau erti kemerdekaan yang sebenar. Lain orang lain definasi,lain maksud dan lain fahaman.Siapa kita nak ambil pusing.
Pedulikan.
Sama macam tahun-tahun lepas, ambang merdeka ke ambang tahun baru ke ada le manusia kumpul ramai-ramai kat mana-mana tempat yang rasa bagus yang kecoh dan gempak kononnya.
Tunggu masa sesuai lepas tu jerit le.
MERDEKA!
MERDEKA!!
MERDEKA!!!
Kalau tahun baru.
HAPPY NEW YEAR!
HAPPY NEW YEAR!!
HAPPY NEW YEAR!!!
Kenapa tak jerit je.
KAMI BODOH!
KAMI BODOH!!
KAMI BODOH!!!
Dah abis jerit tengok bunga api.Tengok artis datang nyanyi-nyanyi.
Hmmm ini le kot makna merdeka.Tengok konsert percuma, lewat malam lak tu.
Besssssssssssssttt...!!
Eh.Yang bawa awek tu pergi le cari port kat mana-mana.Maklum le anak merdeka.
Bebas.Bebas di negara sendiri.Buat apa saja kau suka.Sila, jangan malu-malu.
Nak minum.Nak rempit nak lepak sampai pagi tak balik-balik.
Boleh semua tu.Kita anak merdeka.Boleh buat apa saja.
Sama macam tahun lepas-lepas?Sorry,silap aku.Mungkin aku terlupa.
Saban tahun makin meriah.Ini ayat yang lebih sesuai.
PADI(pendatang dengan izin) dan PATI(pendatang tanpa izin) tolong memeriahkan majlis sambutan kita.Takpe.Malaysia negara merdeka.Buat je apa saja.
Kat mana-mana je.
KLCC?Ada.
Pertama Complex?Ada.
Sogo?Bersepah.
Kotaraya?Sesak.
Namakan je tempat kat KL ni.Semua tempat ada PADI dan PATI ni.Mengisi setiap ruang,liang dan celah KL.Mungkin juga seluruh celahan Malaysia.
Siap boleh jual keropok lekor lagi tu.hmm keropok lekor jawa??sedap kot.ada je orang beli.
Boleh cakap kelantan pun ada.Hebat.
Hari tu aku ada nampak sorang dalam longkang.Mungkin tengah tidur.Aku tak nak kacau.Ini negara merdeka.
Jangan salahkan mereka.PATI dan PADI membantu menjana ekonomi negara.Boleh buat bangunan.Boleh cuci longkang.Boleh jual keropok lekor.Boleh makan tempe.Boleh jual karpet dari rumah ke rumah.Boleh jual aiskrim.Boleh mengurat minah kilang.
Orang Malaysia nak ke buat semua tu?Mampu ke?
Takpe.Kita negara merdeka.Buat apa nak bersusah-susah dinegara sendiri.
MERDEKA!
Yang tak nak kecoh bising bunyi bunga api boleh balik kampung.Tengok muka mak bapak masing-masing.Muka yang mungkin lebih faham maksud merdeka.
Muka yang mungkin pernah merasa zaman sebelum merdeka.
Bukan macam kau.
Aku pun rasa macam nak balik kampung je.
Mungkin kat sana lebih merdeka.
MERDEKA!!!
MERDEKA!!
MERDEKA!
...................!
Monday, August 27, 2007
sang puteri
Aku jeling,nampak rambut mengurai melebihi bahu.Cantik.Aku sambung baca.
Pandang kanan.Muka kemerah-merahan,berseri-seri.Kau bagaikan puteri.(aku memuji dalam hati).Baju hijau berbunga kuning pudar.Kecil-kecil bunganya.
Muka kemerah-merahan?Tanpa make-up, tanpa blusher.Tanpa Puff Puff,tanpa Clinique, tanpa Revlon, tanpa Bobby Brown dan tanpa Yves Rocher.Masih ada rupawan seperti ini? Oh, maksud aku ada orang seperti ini di bumi kita?Bumi Malaysia yang merdeka.50 tahun merdeka.
Aku berhenti membaca.Gosok mata.Pandang kanan lagi.Sang puteri membetulkan rambut.Lembut.
Mata sedikit kuyu.Ayu.
Cantik.Hatiku terdetik.
Sempurna.Aku terpesona.
Aku membetulkan duduk.Pusing kiri.Ada seorang lelaki.Dalam jarak lebih kurang 2 kaki.
Eh!kenapa muka mamat ni merah.Kemerah-merahan seperti Sang Puteri.
Pandang lagi.Hmm berwajah serius.Perlahan-lahan aku cubit tangan sendiri.Sakit.
Ini bukan khayalan.Ini kenyataan.Bukan mimpi tapi realiti.
Aku tenang.Relaks.Raba sana sini.Cuba mencari cermin,atau apa saja yang berunsurkan cermin.
Benda yang boleh memantulkan balik objek kat depan.
Aku ingin tengok wajah sendiri.hmmmm.Tak jumpa.
Aku dongak kelangit.Lempar pandangan aku jauh ke ufuk barat.Matahari mendarat.
Kitaran alam.Hmmm...
Langit kemerah-merahan.
Aku faham.
Aku mengerti.
Ku pandang kanan.Masih ada seorang lelaki.
Di kiri masih ada seorang yang ku sangkakan puteri.
Untuk kesekian kali.
Aku tertipu lagi.
Pandangan memperdaya diri.
Perlahan-lahan aku bangun.Sudah masuk waktu berbuka puasa bagi kawasan Shah Alam dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
Aku pergi sedikit jauh lalu nyalakan rokok.
Aku tak marah pada "puteri".Tapi aku tak mahu dia dicemari.
Kamu-kamu yang hisap rokok.Jauhi perempuan.Jangan kau cemari mereka dengan nikotina dan tar.Mereka suci.Mereka kaum yang lemah.
Kalau perempuan tu merokok,kau bagi sebatang.Lepas tu tolong nyalakan.
Cuba jadi lelaki sejati.Lelaki mithali.
Kalau mereka lelaki, tak usah peduli.
8 pembohongan seorang ibu...
tapi aku dah minta izin dari tuan empunya(cun tau).tak tau le dia dah angguk ke belum.
Niat aku baik.Menghebahkan lagi ajaran-ajaran baik dan benar.
Wahai anak-anak derhaka, baca dan jadilah kalian anak-anak yang soleh dan solehah(paling kurang pun hormat le ibu-bapa kamu).
(nota:aku mengubah sedikit gaya bahasa supaya mudah di fahami. aku tinggalkan sikit2 bahasa asal untuk kesan originaliti.)
8 Pembohongan Seorang Ibu Dalam Kehidupannya
Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita percaya bahawa pembohongan akan
membuat manusia terperuk dalam penderitaan yang mendalam, tetapi kisah
ini adalah sebaliknya.
Pembohongan ini dapat membuka mata kita dan terbebas dari
penderitaan, ibarat sinaran cahaya matahari yang mampu mendorong mekarnya
sekuntum bunga yang paling indah di dunia.
Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku lahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan,
ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke
mangkukku.
Ibu berkata :
"Makanlah nak, aku tidak lapar"
INILAH PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA
Ketika aku mulai dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi
memancing di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan,dia dapat
memberikan sedikit makanan bergizi(berkhasiat) untuk tumbesaran anak2nya.
Sepulang memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku
makan.
Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan
suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya.
Ibu berkata :
"Makanlah nak, aku tidak suka makan ikan"
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA
Sekarang aku sudah masuk Sekolah Menengah,demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi untuk membawa sejumlah kotak mancis untuk ditempel, dan hasil
tempelannya itu membuahkan sedikit wang untuk menutupi kebutuhan(keperluaan) hidup.
Di kala musim dingin tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu
pada lilin kecil dan dengan gigihnya melanjutkan pekerjaannya menempel
kotak mancis. Aku berkata : "Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu
masih harus kerja.
Ibu tersenyum dan berkata :
"Cepatlah tidur nak , aku tidak penat"
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA
Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di
bawah terik matahari selama beberapa jam.
Ketika bunyi loceng berbunyi,menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku.
Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang
jauh lebih kental.
Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan
gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum.
Ibu berkata :
"Minumlah nak,aku tidak haus!"
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT
Setelah kepemergian ayah kerana sakit, ibu yang malang harus merangkap sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan
hidup sendiri. Kehidupan keluarga kami pun semakin susah dan susah.
Tiada hari tanpa penderitaan.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, ada seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku pun membantu ibuku baik masalah besar maupun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah melihat kehidupan kami yang begitu sengsara, seringkali menasihati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras
kepala tidak mengindahkan nasihat mereka.
Ibu berkata :
"Aku tidak perlukan cinta"
PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA
Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah waktunya pencen. Tetapi ibu tidak mahu, dia rela untuk pergi ke pasar
setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan
hidupnya.
Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan
sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak
mau menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut.
Ibu berkata:
"Aku ada duit"
PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM
Setelah lulus dari ijazah, aku pun melanjutkan pelajaran untuk buat master dan kemudian memperolehi gelaran master di sebuah universiti ternama di Amerika berkat sebuah biasiswa
di sebuah syarikat swasta.Akhirnya aku pun bekerja di syarikat itu.
Dengan gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati
hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu
menyusahkan anaknya.
Ibu berkata :
"Aku tak biasa tinggal negaraorang"
PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH
Setelah memasuki usianya yang tua,ibu terkena penyakit kanser usus,harus dirawat di hospital, aku yang berada jauh di seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk
menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di
ranjangnya setelah menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan sangat tua,
menatap aku dengan penuh kerinduan.
Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air
mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti
ini.
Tetapi ibu dengan tegarnya berkata :
"Jangan menangis anakku, Aku tidak kesakitan"
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN
Setelah mengucapkan pembohongannya
yang kelapan, ibu tercintaku menutup matanya untuk yang terakhir kali.
Dari cerita di atas, saya percaya teman-teman sekalian pasti merasa
tersentuh dan ingin sekali mengucapkan : "Terima kasih ibu..!"
Fikir2kan le...
Dah berapa lama kau tak call mak ayah kau?
Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk
berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah aktiviti kita yang
padat
Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan
pasangan kita. Buktinya, kita selalu risau akan khabar pasangan kita,
risau apakah dia sudah makan atau belum, risau apakah dia bahagia bila
di
Namun, apakah kita semua pernah risaukan khabar dari orang tua kita?
Risau apakah orang tua kita sudah makan atau belum? Risau apakah
orangtua
Apakah ini benar?
Kalau ya,
Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orangtua
kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan nanti baru kau nak MENYESAL.
Sunday, August 26, 2007
orang jenis apa kau ni hah?
Kalau betul tak kisah le.Yang tak betul dan yang tak sedar diri je boleh mendatangkan masalah kat orang lain.
Takpe, hari ini Prof Sukun yang baik hati ini akan membantu anak-anak mengenali diri sendiri.
Mula-mula sila le jawab soalan-soalan dibawah dulu.Selepas ini anak-anak akan tahu tahap keterbukaan masing-masing.
(Perhatian ye anak-anak: jawab ikut arahan bukan ikut suka)
S1. Anda online melebihi 20 jam dalam seminggu?
ya.anda memang takde kerja dan suka buang masa.teruskan ke S2.
tidak.ada buta IT.tak tau nak guna pun.lompat ke S8.
S2.Anda akan sedekah kan duit kat pengemis tepi jalan?
ya.anda memang jenis mudah ditipu.ke S3.
tidak.anda kedekut.tahi idung masin.kemut.tengit.kikir.bakhil.terus ke S5.
S3.Anda mementingkan kebendaan?
ya.anda tamak.ke S7.
tidak.ke S5.
S4.Adik beradik melebihi 2?
ya.mak bapak anda produktif.ke S9.
tidak.anda keturunan tidak "subur".ke S3.
S5.Suka warna terang?
ya.anda gila glamer.suka dipandang orang lain.perasan bagus.ke S3.
tidak.anda tak suka di pandang.anda tak hensem/cantik.ke S8.
S6.Ada kad kredit?
ya.anda memang suka berhutang dan nampak bergaya.ke soalan 13.
tidak.anda sengkek.kedekut piang.ke S5.
S7.Anda belanja lebih RM 500 untuk pakaian setiap bulan?
ya.anda boros dan bodoh.biar papa asal bergaya.ke S12.
tidak.ke S8.
S8.Anda memberi tempat duduk pada orang yang lebih perlu?
ya.anda ingin mengurat anak beliau.ke S15.
tidak.anda rasa anda lebih perlu.anda kaum yang lemah hina dan jijik.ke S14.
S9.Pernah tengok bunga api secara live?
ya. ke S7.
tidak.ke S10.
S10.Anda optimis?
ya.anda over confident.perasan bagus.syok sendiri.ke S11.
tidak.anda memang hampeh.kemereh.ke S12.
S11.Ada orang kata anda panas baran?
ya.anda orang jenis D,sila semak kategori anda.
tidak.berjuangan belum selesai.ke S14.
S12.Masih berhubung dengan kawan sekolah rendah?
ya.takde orang lain nak kawan dengan anda.anda jenis B.sila semak kategori.
tidak.orang memang tak sudi berkawan dengan anda.ke S15.
S13.Ada akaun simpanan peribadi?
ya.anda merancang masa depan.anda bosan.anda jenis C.semak kategori anda.
tidak.ada sengkek.kadang-kadang soru pun miss.camne nak simpan.anda jenis B.semak sendiri.
S14.Pernah melancong keluar negara?
ya.anda rasa macam bagus.anda jenis A.semak sendiri.
tidak.dalam negara pun tak lepas lagi.Jenis C.sila semak.
S15.Pernah digantung sekolah?
ya.anda samseng tahi kucing.menyusahkan mak bapak.Jenis D.
tidak.anda skema.Jenis B.
Ya anak-anak.Itu saja soalan.Sekarang sila semak keputusan masing-masing.Kalau anak-anak kurang berpuas hati,boleh cuba lagi ye.
Kategori A
A maknanya anda lulus dengan cemerlang.Tahniah.
anda memang seorang yang "open minded".
Kategori B
Anda masih lulus tapi cukup-cukup makan je.
anda seorang yang lambat mesra.anda penuh dengan kejutan.
tapi tak cukup "open minded"lagi.
Kategori C
anda nampak macam peramah tapi tidak.
anda poyo.anda tak banyak cakap.
anda tidak "open minded".
masih ada peluang.
Kategori D.
D-anda gagal dengan cemerlang.
anda serius.kononnya ada prinsip hidup.
makan le prinsip hidup anda tu.
anda suka bergaul dengan jenis A.
tapi anda memang tak "open minded"lansung.
Friday, August 24, 2007
aku jadi suri rumah??
mamat nih memang terang-terang anti Shahrizat.
ini apa kata Shahrizat.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
ini pula apa kata Dr. Lo' Lo':
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
apa pula aku nak kata?
apa nak marah-marah.kalau kena gayanya,aku tak kisah jadi surirumah.
hidup suri rumah!!!
hidup suri rumah!!!
hidup suri rumah!!!
mula-mula keperluan asas aku sebagai suri rumah.
1-kelengkapan rumah.(wajib)
-tv 42" (lagi besar lagi bagus) bersertakan astro(nanti senang aku nak tengok bola)
-komputer bersertakan talian internet(untuk cari menu masakan-pening woo hari-hari kena masak)
-kemudahan asas yang lain.mesin basuh,peti ais,meja snooker,bla bla bla...
2-kelengkapan lain pula(wajib)
-orang gaji-lagi best kalau sediakan orang gaji dari Uzbekistan(perempuan sahaja)
-nafkah zahir-maksud aku kat sini duit poket le(RM400-500 sebulan).tak kan nak beli rokok pun nak pow duit bini kan?
3-kelengkapan tambahan(optional)
-driver(perempuan)nanti senang le sikit aku dengan orang gaji aku nak ke pasar
-tukang kebun(ambil tukang kebun perempuan tau,ye la kalau dah semua perempuan kerja mesti ada juga yang tak dapat kerja best-best nak sara keluarga nanti.bole le korang jadi tukang kebun aku
-body guard(perempuan juga)memandang kaum lelaki dok kat rumah dan kaum perempuan yang berkerja,secara automatik lelaki dah jadi kaum yang lemah,perlukan perlindungan dari kaum yang kuat dan hebat seperti kaum perempuan.hmm... aku perlukan sorang bodyguard macam Lara Croft.
4.Keperluan-keperluan yang akan difikirkan nanti.
apa lagi kaum-kaum perempuan dan wanita korporat?
cepat-cepat le masuk meminang.auw!
Wednesday, August 22, 2007
kalau dah power!!!
Lawak ni aku cilok dari mamat ni.dalam lawak ada kebenarannya.
baca le dulu.1
2
3
At a recent Liverpool v Everton derby, Rafa Benitez goes into the Liverpool changing room to find all his team mates looking a bit glum.
"What's up?" he asks.
"Well, we're having trouble getting motivated for this game. We know it's important but it's only Everton but we can't be bothered, we always beat them". Rafa looks at them and says "Well, I reckon I can beat these by myself, you lads go down the pub."
So Rafa goes out to play the reds by himself and the rest of the Liverpool team go off for a few beers. After a few pints they wonder how the game is going, so they get the landlord to put the teletext on. A big cheer goes up as the screen reads "Liverpool 1 - Everton 0 (Benitez 10 minutes)". He is beating the Everton all by himself! Anyway, a few more pints later and the game is forgotten until someone remembers "It must be full time now, let's see how he got on". They put the teletext on. "Result from the Anfield "Liverpool 1 (Benitez 10 minutes) - Everton 1 (Cahill 89 minutes)".
They can't believe it, he has single handily got a draw!! They rush back to Anfield to congratulate him. They find him in the dressing room, still in his gear, sat with his head in his hands. He refuses to look at them. "I've let you down, I've let you down." "Don't be daft, you got a draw, all by yourself. And they only scored at the very very end!"
"No, No, I have, I've let you down... I got sent off after 12 minutes"
komen banyak pun tak guna.hmmm...
Tuesday, August 21, 2007
salah siapa??
delete komen aku dari blog korang.
perasan bagus le tu.
Kononnya komen aku berunsur lucah,mencarut,berbaur perkauman.
aku tak buat semua tu.aku orang baik.suci dan bersih.seperti baby baru dilahirkan.
yaaaa.aku bagai kan bayi.Naif.huahua..
Sudahnya,hari ni aku yang tak tau nak tulis apa.
aku bukan kaum ibu-ibu,perempuan-perempuan yang nak list kan aktiviti harian dalam blog.
-gi pasar beli sayur,ikan,belacan,daging bla bla bla....
-balik rumah masak,kemas rumah,cuci mangkuk jamban...
-makan nasi.
-ehem2.
-gi joging.
-ehem2 lagi.
Orang lain peduli hapa?
apa jadah aku nak share ngan korang.apahal?kau sapa?
Ni ada lagi sorang member ajak main Fantasy Football ke apa ntah.Kalau ada orang tak tau game ni main pilih player je.Kita kena predict le sapa nak main minggu ni,sape perform,sapa nak score.aku tak tau sangat.Mana le aku kenal player EPL semua.setakat team Liverpool aku tau le.
Kalau sapa2 nak tau lebih lanjut tanya member aku tu.Dia Terer.Dia Hebat.Dia berbakat.Dia kata le...
Ni le hasilnya setakat ni.malas le aku..
Perhatikan team no. 1 tu.Kalau nak lagi clear korang klik le gambar ni.Jangan segan-segan ye.
Monday, August 20, 2007
yang ditunggu akhirnya kunjung tiba!!
akhirnya..muahaha
betul le kata orang penantian itu satu penyeksaan
tapi penantian aku dah berakhir semalam.
ini lah yang aku nantikan.
pandangan dari depan
perhatikan tulisan TIA tu.atau dalam tulisan penuhnya
This Is Anfield
pandangan dari belakang pula.
perhatikan pula tulisan LFC tu.atau pun
Liverpool Football Club
perhatikan mamat model tu.
Itu aku.
Dan ada satu yang tak dapat dikongsi kat sini.
Bau Anfield. Bau yang melekat kat jacket tu dan masih ada walaupun terpaksa melalui kawasan musuh.
Nasib baik le bau busuk Old Trafford tak melekat.
tapi apsal ada bau pompuan pulak.
hmmm..cam kenal je bau ni..hehehehe
Sunday, August 19, 2007
kenapa mem-blog
dulu aku menumpang komen di blog-blog mahkluk lain.
tapi komen aku asyik kena delete je.aku jadi marah,hangin satu badan.
masa yang aku guna nak fikir dan taip semua komen tu disia-siakan.
aku bukan minta bayaran.kenapa korang delete?
aku tau le korang punya blog korang punya suka.
tapi kalau tak boleh di komen jangan le sediakan ruangan komen.
sesapa yang nak komen tapi tak nak kena delete mari ramai-ramai komen diblog aku ni.tapi aku nak komen yang memuji je.kalau mengeji memang aku delete juga.muahaha...
hah..kau yang delete komen aku,datang komen kat sini.
ini je dulu,lain kali aku post lagi.tu pun kalau ada idea.