Pages

Wednesday, August 29, 2007

apa sangat le

Teruk juga aku kena belasah dengan email-email penyokong Malaysia ni.Macam le aku ni sokong myanmar.(perhatikan M pada perkataan Malaysia lepas tu tengok m kat myanmar)
Aku rakyat Malaysia.Jiwa merdeka.

Aku pun sokong Malaysia juga.Tapi tak ke stadium je.
Sama bersemangat macam orang lain.(Entah-entah lebih lagi kot)
Sama macam penyokong kat stadium.
Sama macam Sharul(nama sebenar).
Sama macam Oma.
Sama macam Tuan Adenan.
(nama-nama berikut adalah sekadar contoh sahaja)
Sama macam kau.
Kau.
Kau.
dan Kau.
Sama.Malahan lebih dari kau orang semua.

Aku tumpang bangga.Tumpang je sebab aku bukan pemain pun, penonton je.Menonton dari kedai mamak.Tapi aku boleh tumpang bangga juga.Sebab aku rakyat Malaysia.Tanah air merdeka.Tumpang bangga dengan pasukan kita.Tumpang bangga dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri(pemain no 14).Tumpang bangga dengan Zamani.Tumpang bangga dengan pemain kembar.Tumpang bangga dengan pemain yang gelecek team lawan dalam kawasan D sendiri.(aku tak sempat tengok nombor.Ada kawan aku tengah maki dia masa tu.Penuh perasaan).
Ini sajalah pemain-pemain yang boleh aku tumpag bangga.Yang lain?Tumpang bangga je lah dengan teammate korang ni.

Cukuplah.Cukup-cukup le memuji.Pujian makan diri.
Dah ramai sangat yang puji,bangga diri pula bebudak ni.
Lupa diri pula nanti.Besar kepala.Susah.

Selalunya ada postmortem lepas game.Kalau kalah.(selalunya Malaysia kalah).
Kalau menang tak tau le ada ke tak.Sepatutnya ada juga.Baru le bole maju lagi.
Kalau setakat nak belajar dari kekalahan tu Pasukan Malaysia dah boleh sampai tahap Phd dah pun.Dah selalu.Dah banyak kali.Dah muak.Dan nak muntah.(ada yang muntah dah).

Belajar dari kemenangan le pula kali ni.Menang memang le bagus.Tapi ada juga yang tak bagus malam tadi.

Awal separuh masa pertama.Mungkin pemain ambil sikit masa nak menyesuaikan diri.Dengan padang.(alasan).Dengan pihak lawan.(corak dan cara permainan).Dengan jumlah penonton.Dia orang mana le biasa penonton ramai-ramai ni.

Celah mana yang tak bagus.

-Midfielder tak support penyerang.
Lepas passing berdiri terpacak dengan penuh perasaan bangga.Apa kau ingat kau passing cantik sangat?Mohd Khyril Muhymeen Zambri je yang support.
Arahan coach ke suruh semua midfielder tolong pertahanan?
Tengah menyerang ni.Kenapa terpacak kat bawah?
Kenapa tak lari naik support striker kat atas?Striker kita bukan boleh nak beat 2, 3 orang player lawan.Myanmar boleh le kita buli.

-Pertahan berterabur.
Nampak macam man marking.Nampak macam zone marking.Tiada persefahaman.
Ramai tapi tak berkesan. Dapat bola tapi sepak entah kemana-mana.
Tak sampai ke penyerang.Tak sampai separuh padang pun.Tak makan ke?
Kata dah training sampai ke Slovakia.
Mohd Khyril Muhymeen Zambri juga yang cover.
Oh Mohd Khyril Muhymeen, kau bagaikan Steven Gerrard.

Abis separuh masa pertama.1-0.Ok le tu.
Masuk separuh masa kedua.Hasil kerja keras 2 orang penyerang + Mohd Khyril Muhymeen dapat le lagi 2 gol.3-0.Pasti menang.
Tapi.Tiba-tiba je semua midfielder jadi rajin.Tak semena-mena.Semua nak naik.Semua nak score kot.Semua nak jadi hero.Apa jadah.Dah 3-0 le.Tak kan le coach suruh serang gila-gila masa dah leading 3-0.Masa pun dah tinggal berapa minit je lagi.
Kena sebiji.3-1.Ambil kau.Bodoh.

-Penyerang yang bengap.
Aku tak marah kau no 8.Apa masalah dengan kau no 11?Safee Sali.Pengadil tiup wisel.
Stop game.Player lawan dah salah.Kenapa nak siku belakang dia?Kenapa kau nak pijak kaki dia?Player lawan kena kat merah.Kenapa nak susah payah berlari pergi tepuk tangan.Kita tengah leading.Relaks.Tenang.Simpan tenaga untuk kejar bola dan rembat.Biar masa berjalan.
Kalau kau nak bagi player lawan marah.Jangan pijak dia.Jangan siku dia.Kau gelecek le dia.
Makin ramai kau gelecek makin dia orang marah.Kau score banyak-banyak.Makin banyak kau score makin dia naik angin.Makin senang nak menang.Bodoh.
Ingat tu.Simpan dalam kepala otak kau.Simpan dalam sanubari.Jadi pemain bola sepak yang bagus.Jangan jadi samseng bola sepak.
Contohi abang kau.Tenang.Cool.

Ada kawan aku cakap."dah menang pun,kalau dia kena kad merah pun aku tak marah.buar apa kecoh-kecoh".Lembab.Singkat fikiran.
Perjuangan belum selesai.Bukan setakat ni je.

Apa le sangat Pestabola Merdeka.Tak payah jerit-jerit.Usah lompat-lompat.Simpan semua tu.
Jangan menari-nari.Nampak macam bodoh sangat.Simpan.

Menang Pestabola Merdeka.Kita senyum.Itu je taraf Pestabola Merdeka.
Kalau menang Sukan Sea.Kita tepuk tangan.
Kalau menang Piala Asia.Kita bangun.Lepas tu tepuk tangan.
Kalau layak Piala Dunia.Kita bangun.Tepuk tangan.Lompat sikit-sikit.
Nanti kalau dah menang Piala Dunia baru le kita bangun,lompat-lompat,jerit-jerit sampai keluar anak tekak, tepuk-tepuk sampai tangan bengkak.
Lepas tu jerit.

MALAYSIA BOLEH!
MALAYSIA BOLEH!!
MALAYSIA BOLEH!!!




Itu pun kalau le.

1 comment:

Anonymous said...

woii
x psl2 nama aku masuk dlm blog ko ni pehal?