Pages

Wednesday, August 29, 2007

bola oh bola..

Susah.Memang susah.
Aku tersepit.Tersepit dicelah masalah.
Masalah kecil yang tak daya aku tanggung.
Aku serba-salah.
Bagaikan diluah mati bapa ditelan mati ibu ditahan mati pucuk.

Ini semua pasukan bolasepak Malaysia punya pasal.Ya, korang punya pasal.
Kenapa kau score dua gol Safee Sali.Kenapa tak ambil kad merah lagi satu je.
Aku tak marah Mohd Khyril Muhymeen Zambri.Dia memang terer.Kalau kena marking macam mana pun tetap boleh score gol.Tapi Safee, kau sapa nak score gol?

Aku dalam dilema.
Aku dan dia berjanji tak nak ke stadium.Tak nak sokong pasukan Malaysia di stadium.
Dah banyak kali tertipu.Sakit.Pedih.
Janji tinggal janji.Harapan menjadi jangan harap lah.

Sepanjang Pesta Bola Merdeka ni aku berjaya mengekangkan diri dari ke stadium walaupun ada banyak juga jemputan,ajakan,hasutan dan juga racun cuba dilarutkan ke dalam badan aku.
Tapi aku masih kuat.Tabah.Tekad.Nekad.Walaupun dia sudah gagal.Sebab dia tengok Malaysia lawan Singapura itu hari.Hahaha...kau loser.

Aku manusia.Aku mesti pegang pada janji.Aku bukan lembu dan kerbau macam kau.
Aku baik.Terlalu baik.Jujur.Lurus.Mengikut Rukun aku.

Dugaan hari ni memang hebat.Ramai sungguh yang ajak aku gi stadium.Stadium Shah Alam je.
Bukan jauh.

Pergilah.Manusia-manusia yang tak pernah merasa perit atau manusia yang tak pernah serik.Aku juga begitu satu ketika dahulu.
Pergilah.

Aku rela dicop tiada semangat Malaysia Boleh asalkan pasukan Malaysia menang.
Kata lah apa saja pun,aku tak kisah.Asalkan Malaysia menang.
Kalau aku tak tengok bola kat stadium Malaysia boleh main World Cup.Aku rela.
Berkorban apa saja.

Tapi.huahuahua...ada tapinya.
Kalau Malaysia tak menang.(aku gunakan bahasa sopan,tak guna perkataan kalah).
Aku dah sediakan beberapa ayat untuk kau,kau dan kau yang ke stadium.

"bodoh,kan aku dah pesan"

"kenapa le kau bangang sangat?"

"tak serik-serik ke loser?"

"asal kau pergi je kalah,asal kau pergi je kalah, tangkal apa yang kau pakai?"

"kau dengan pemain-pemain Malaysia boleh pergi mampos.ajak coach sekali"

Aku tak pandai berkata kesat.Itu je yang ada.Kalau korang ada cadangan boleh le masuk kan.

Setakat pergi masa dah masuk final je jangan le nak ngaku peminat setia.Buat malu je.
Tengok tu.Ada lagi manusia yang nak ajak aku ke stadium.Sudah,sudah,sudah.
Jangan cuba meracun aku lagi.
Aku ada penawar.
Hati yang baik adalah penawar segala racun.
Kata apa saja.
Aku tetap main badminton malam ni.

Pada orang-orang yang nak ke stadium.Harap korang tak tertipu macam aku dulu.Kalau tertipu juga.Sabar.Relaks.Jangan dibaling botol air.Jangan dibakar mercun.Jangan dimaki pengadil.Jangan dibelasah rakyat Myanmar.Dia ada hak bergembira kalau pasukan dia menang.

Macam rakyat Malaysia juga.
Macam kita juga.
Macam aku.

Pada pasukan Malaysia.Selamat berjaya.

5 comments:

Anonymous said...

Muahahahahaha..
Ternyata segala dugaan & tekaan ko tu adelah SALAH dan tidak masuk dek AKAL wahai encik SUKUN.Disini aku & beberapa org rakan ingin melemparkan rase kesal terhadap encik sukun yg sememangnye tiada semangat Malaysia BOLEH didlm hati & sanubari encik sukun. Pada FIRASAT kami mengapa MALAYSIA boleh menang & mengapa MALAYSIA boleh kalah adalah disebabkan oleh encik sukun sendiri.
Kami merasakan bahawa ENCIK SUKUNLAH yg menbawa BALA @MALAPETAKA kepada pasukan MALAYSIA yg SAYA cintai...kerana asal encik sukun ke stadium je MALAYSIA pasti kalah tapi tidak pada pestabola merdeka kali ini..
dgn ketidakhadiran encik sukun itulah yg menyebabkan PASUKAN MALAYSIA MENANG buat JULUNG@ kalinye..SYABAS juga kerana tidak ke stadium kerna kalo encik sukun ke stadium pastinye MALAYSIA xkan menang.

SEKIAN,
PENGURUS
ISF

Anonymous said...

hahahaha....pastu ajak plak kawan yg mmg sakit ati dgn Msia punya team bola....tgk kt kedai mamak....sesuai la...

sukun said...

buat pe ko nak tau,(panjang bapak nama ko)

aku tak kisah pun.janji malaysia menang

lankapo said...

ya aku mmg 200% setuju denagn pendapat pengurus ISF hahah
sekian

Anonymous said...

hahahah
itulah hakikatnye encik sukun
terimalah seadanyer



Pengurus,
ISF