Petang itu, sedang aku duduk-duduk.Sedang baca.Tiba-tiba muncul seorang gadis.Melangkah penuh sopan lalu duduk disebelah kanan ku. Dalam jarak lebih kurang sekaki.Aku sambung baca.
Aku jeling,nampak rambut mengurai melebihi bahu.Cantik.Aku sambung baca.
Pandang kanan.Muka kemerah-merahan,berseri-seri.Kau bagaikan puteri.(aku memuji dalam hati).Baju hijau berbunga kuning pudar.Kecil-kecil bunganya.
Muka kemerah-merahan?Tanpa make-up, tanpa blusher.Tanpa Puff Puff,tanpa Clinique, tanpa Revlon, tanpa Bobby Brown dan tanpa Yves Rocher.Masih ada rupawan seperti ini? Oh, maksud aku ada orang seperti ini di bumi kita?Bumi Malaysia yang merdeka.50 tahun merdeka.
Aku berhenti membaca.Gosok mata.Pandang kanan lagi.Sang puteri membetulkan rambut.Lembut.
Mata sedikit kuyu.Ayu.
Cantik.Hatiku terdetik.
Sempurna.Aku terpesona.
Aku membetulkan duduk.Pusing kiri.Ada seorang lelaki.Dalam jarak lebih kurang 2 kaki.
Eh!kenapa muka mamat ni merah.Kemerah-merahan seperti Sang Puteri.
Pandang lagi.Hmm berwajah serius.Perlahan-lahan aku cubit tangan sendiri.Sakit.
Ini bukan khayalan.Ini kenyataan.Bukan mimpi tapi realiti.
Aku tenang.Relaks.Raba sana sini.Cuba mencari cermin,atau apa saja yang berunsurkan cermin.
Benda yang boleh memantulkan balik objek kat depan.
Aku ingin tengok wajah sendiri.hmmmm.Tak jumpa.
Aku dongak kelangit.Lempar pandangan aku jauh ke ufuk barat.Matahari mendarat.
Kitaran alam.Hmmm...
Langit kemerah-merahan.
Aku faham.
Aku mengerti.
Ku pandang kanan.Masih ada seorang lelaki.
Di kiri masih ada seorang yang ku sangkakan puteri.
Untuk kesekian kali.
Aku tertipu lagi.
Pandangan memperdaya diri.
Perlahan-lahan aku bangun.Sudah masuk waktu berbuka puasa bagi kawasan Shah Alam dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
Aku pergi sedikit jauh lalu nyalakan rokok.
Aku tak marah pada "puteri".Tapi aku tak mahu dia dicemari.
Kamu-kamu yang hisap rokok.Jauhi perempuan.Jangan kau cemari mereka dengan nikotina dan tar.Mereka suci.Mereka kaum yang lemah.
Kalau perempuan tu merokok,kau bagi sebatang.Lepas tu tolong nyalakan.
Cuba jadi lelaki sejati.Lelaki mithali.
Kalau mereka lelaki, tak usah peduli.
4 comments:
apa benda nye....bukan kah saya yg comel2 aje ni yg pakai blusher arituh...
puteri samaran je
Cutenya.. 2 couple berbalas komen di blog. Cute.. cute..cute.
Sukun,
Apa kejadah ko tulis ni. Terlalu 'dalam' kot untuk aku.
TAPI, seni dan jiwang bukan benda yang sama. Ko ni jiwang kot.
hoh..salah orang ke?
ini bukan jiwang.
ini puitis
Post a Comment