MERDEKA!
MERDEKA!!
MERDEKA!!!
Huh.Bersemangat sungguh aku merdeka tahun ni tanpa masih tau erti kemerdekaan yang sebenar. Lain orang lain definasi,lain maksud dan lain fahaman.Siapa kita nak ambil pusing.
Pedulikan.
Sama macam tahun-tahun lepas, ambang merdeka ke ambang tahun baru ke ada le manusia kumpul ramai-ramai kat mana-mana tempat yang rasa bagus yang kecoh dan gempak kononnya.
Tunggu masa sesuai lepas tu jerit le.
MERDEKA!
MERDEKA!!
MERDEKA!!!
Kalau tahun baru.
HAPPY NEW YEAR!
HAPPY NEW YEAR!!
HAPPY NEW YEAR!!!
Kenapa tak jerit je.
KAMI BODOH!
KAMI BODOH!!
KAMI BODOH!!!
Dah abis jerit tengok bunga api.Tengok artis datang nyanyi-nyanyi.
Hmmm ini le kot makna merdeka.Tengok konsert percuma, lewat malam lak tu.
Besssssssssssssttt...!!
Eh.Yang bawa awek tu pergi le cari port kat mana-mana.Maklum le anak merdeka.
Bebas.Bebas di negara sendiri.Buat apa saja kau suka.Sila, jangan malu-malu.
Nak minum.Nak rempit nak lepak sampai pagi tak balik-balik.
Boleh semua tu.Kita anak merdeka.Boleh buat apa saja.
Sama macam tahun lepas-lepas?Sorry,silap aku.Mungkin aku terlupa.
Saban tahun makin meriah.Ini ayat yang lebih sesuai.
PADI(pendatang dengan izin) dan PATI(pendatang tanpa izin) tolong memeriahkan majlis sambutan kita.Takpe.Malaysia negara merdeka.Buat je apa saja.
Kat mana-mana je.
KLCC?Ada.
Pertama Complex?Ada.
Sogo?Bersepah.
Kotaraya?Sesak.
Namakan je tempat kat KL ni.Semua tempat ada PADI dan PATI ni.Mengisi setiap ruang,liang dan celah KL.Mungkin juga seluruh celahan Malaysia.
Siap boleh jual keropok lekor lagi tu.hmm keropok lekor jawa??sedap kot.ada je orang beli.
Boleh cakap kelantan pun ada.Hebat.
Hari tu aku ada nampak sorang dalam longkang.Mungkin tengah tidur.Aku tak nak kacau.Ini negara merdeka.
Jangan salahkan mereka.PATI dan PADI membantu menjana ekonomi negara.Boleh buat bangunan.Boleh cuci longkang.Boleh jual keropok lekor.Boleh makan tempe.Boleh jual karpet dari rumah ke rumah.Boleh jual aiskrim.Boleh mengurat minah kilang.
Orang Malaysia nak ke buat semua tu?Mampu ke?
Takpe.Kita negara merdeka.Buat apa nak bersusah-susah dinegara sendiri.
MERDEKA!
Yang tak nak kecoh bising bunyi bunga api boleh balik kampung.Tengok muka mak bapak masing-masing.Muka yang mungkin lebih faham maksud merdeka.
Muka yang mungkin pernah merasa zaman sebelum merdeka.
Bukan macam kau.
Aku pun rasa macam nak balik kampung je.
Mungkin kat sana lebih merdeka.
MERDEKA!!!
MERDEKA!!
MERDEKA!
...................!
No comments:
Post a Comment