Semua orang rasa dirinya "cool", "sempoi" dan segala-gala perkataan yang sama erti dengan nya lagi yang maksud dia memang best-best je.
Kalau betul tak kisah le.Yang tak betul dan yang tak sedar diri je boleh mendatangkan masalah kat orang lain.
Takpe, hari ini Prof Sukun yang baik hati ini akan membantu anak-anak mengenali diri sendiri.
Mula-mula sila le jawab soalan-soalan dibawah dulu.Selepas ini anak-anak akan tahu tahap keterbukaan masing-masing.
(Perhatian ye anak-anak: jawab ikut arahan bukan ikut suka)
S1. Anda online melebihi 20 jam dalam seminggu?
ya.anda memang takde kerja dan suka buang masa.teruskan ke S2.
tidak.ada buta IT.tak tau nak guna pun.lompat ke S8.
S2.Anda akan sedekah kan duit kat pengemis tepi jalan?
ya.anda memang jenis mudah ditipu.ke S3.
tidak.anda kedekut.tahi idung masin.kemut.tengit.kikir.bakhil.terus ke S5.
S3.Anda mementingkan kebendaan?
ya.anda tamak.ke S7.
tidak.ke S5.
S4.Adik beradik melebihi 2?
ya.mak bapak anda produktif.ke S9.
tidak.anda keturunan tidak "subur".ke S3.
S5.Suka warna terang?
ya.anda gila glamer.suka dipandang orang lain.perasan bagus.ke S3.
tidak.anda tak suka di pandang.anda tak hensem/cantik.ke S8.
S6.Ada kad kredit?
ya.anda memang suka berhutang dan nampak bergaya.ke soalan 13.
tidak.anda sengkek.kedekut piang.ke S5.
S7.Anda belanja lebih RM 500 untuk pakaian setiap bulan?
ya.anda boros dan bodoh.biar papa asal bergaya.ke S12.
tidak.ke S8.
S8.Anda memberi tempat duduk pada orang yang lebih perlu?
ya.anda ingin mengurat anak beliau.ke S15.
tidak.anda rasa anda lebih perlu.anda kaum yang lemah hina dan jijik.ke S14.
S9.Pernah tengok bunga api secara live?
ya. ke S7.
tidak.ke S10.
S10.Anda optimis?
ya.anda over confident.perasan bagus.syok sendiri.ke S11.
tidak.anda memang hampeh.kemereh.ke S12.
S11.Ada orang kata anda panas baran?
ya.anda orang jenis D,sila semak kategori anda.
tidak.berjuangan belum selesai.ke S14.
S12.Masih berhubung dengan kawan sekolah rendah?
ya.takde orang lain nak kawan dengan anda.anda jenis B.sila semak kategori.
tidak.orang memang tak sudi berkawan dengan anda.ke S15.
S13.Ada akaun simpanan peribadi?
ya.anda merancang masa depan.anda bosan.anda jenis C.semak kategori anda.
tidak.ada sengkek.kadang-kadang soru pun miss.camne nak simpan.anda jenis B.semak sendiri.
S14.Pernah melancong keluar negara?
ya.anda rasa macam bagus.anda jenis A.semak sendiri.
tidak.dalam negara pun tak lepas lagi.Jenis C.sila semak.
S15.Pernah digantung sekolah?
ya.anda samseng tahi kucing.menyusahkan mak bapak.Jenis D.
tidak.anda skema.Jenis B.
Ya anak-anak.Itu saja soalan.Sekarang sila semak keputusan masing-masing.Kalau anak-anak kurang berpuas hati,boleh cuba lagi ye.
Kategori A
A maknanya anda lulus dengan cemerlang.Tahniah.
anda memang seorang yang "open minded".
Kategori B
Anda masih lulus tapi cukup-cukup makan je.
anda seorang yang lambat mesra.anda penuh dengan kejutan.
tapi tak cukup "open minded"lagi.
Kategori C
anda nampak macam peramah tapi tidak.
anda poyo.anda tak banyak cakap.
anda tidak "open minded".
masih ada peluang.
Kategori D.
D-anda gagal dengan cemerlang.
anda serius.kononnya ada prinsip hidup.
makan le prinsip hidup anda tu.
anda suka bergaul dengan jenis A.
tapi anda memang tak "open minded"lansung.
1 comment:
penin!!!!
Post a Comment