Pages

Monday, December 31, 2007

Rukun Sukun

(Aku rasa post ini patut berada kat atas sekali.Baru korang semua paham.)

Aku tak nak ada pembaca-pembaca blog ni yang berperang.
Aku tak suka sebab aku pencinta kedamaian.Keharmonian.

Sebelum ada yang bergaduh,bermasam muka,ber"gocoh" dan apa-apa lagi.
Sebelum nasi jadi bubur.Aku ingin menyeru pembaca-pembaca semua supaya
patuh perkara berikut:

Rukun Sukun

1.Kepercayaan pada Sukun.
2.Kesetiaan pada Sukun dan Sukun.
3.Keluhuran dan Ketelusan pada Sukun.
4.Kedaulatan Sukun.
5.Kesopanan dan Kesusilaan ketika komen di blog Sukun.

Baca.Faham.Hafal.Biasa-biasakan diri.
kalau ada yang tak ingat korang boleh berambus.
kalau ada yang tak nak ikut korang pun boleh berambus juga.

Ini bukan tempat cari musuh.bukan tempat cari lawan.
Demi kesejahteraan semua aku rasa tuan-tuan empunya blog yang lain pun patut buat rukun blog masing-masing.

Kalau ada yang tak boleh ikut.Ban dia orang dari blog.Atau denda bagi kesalahan kecil.
kalau berulang lagi hukum dia orang.Buang blog.

selamat datang 2008

Tadi aku ada baca blog mamat ni.Dia tulis pasal tahun 2008,azam,winner and loser 2007,bla bla bla.Dia memang suka bebel panjang.Sori Dud.

Aku pun nak letak juga mereka-mereka yang pada aku patut diletakkan ditempat yang sepatutnya.


Winner.
Pasukan bola sepak Kedah.Atau lebih dikenali sebagai kenari adalah pemenang bagi tahun 2007.Tanpa pemain-pemain yang terkenal,menjual biawak hidup dalam pasukan,dengan barisan pemain yang sangat muda dan dengan karenah pihak-pihak yang menjaga kepentingan pasukan pilihan mereka.Dengan segala kesukaran yang aku list kan itu depa tetap menang 3 piala.
Hang pa nak kata pa lagi?
Depa memang winner.

Dan yang terbaru sebagai penutup 2007.Baca sendiri.

Pesanan aku:
Jangan gelar diri gergasi kalau pasukan macam semut.
Jangan letak nama singa kalau penakut macam tikus.
Jangan letak nama lebah kalau sengat tak berbisa.
Ni lagi satu.Seladang ke lembu?Bodoh


Loser
Aku dengan berbesar hati dan tanpa rasa bersalah memilih mereka semua sebagai loser atau paling bongok bagi tahun 2007.Bagi menjaga maruah dan nama buruk mereka aku tak mahu menulis nama mereka-mereka semua disini.Buat kotor blog aku je.
Tapi korang boleh klik sini,klik sini atau klik sini.Dan mereka-mereka yang seangkatan dengan kaum-kaum ini.
Klik dan tanggung risiko sendiri.


Sekian saja.Selamat tahun Baru.

18.5

Macam tak cukup makan je.

Kenapa kau kurus sangat ni?

Badan macam mat pet.

Muka je handsome,badan keding.

Ada bela ke?

Aku tak sanggup lagi jadi mangsa kutukan sebegitu.Telinga berdesing.Aku dah bosan.Ayat-ayat macam tu mengguris hati dan perasaan aku.Pedih.Aku kena buat sesuatu.Sesuatu yang serius.Mungkin perlu letak dalam bajet 2008.Kena jadikan ini keutamaan aku tahun ni.Azam tahun baru?Akupernah ada azam ke?

Aku mahu 6 packs kat perut aku.Yang aku ada sekarang 4 saja.Kadang-kadang 2.Lepas makan dan minum lebih sikit jadi 1.Mana cukup nak jadi model boxer CK.Aku perlu 2 lagi.2 packs yang berkualiti dan tahan lama tanpa maintenance ataupun low maintenance.

Dah macam-macam usaha aku buat,tapi bukan senang rupanya nak menggemukan diri.Macam-macam tips orang bagi.Semua aku cuba.Hampis semua rasanya.Tips yang pernah aku dapat.

Makan.
Ada orang suruh makan banyak.Sori,aku memang tak biasa makan banyak.Tangki pun kecik je.Aku cuba makan banyak kali.Kadang-kadang sampai 5,6 kali sehari.Sarapan sampai kudapan.Lansung tak naik badan aku.
Ada juga orang yang suruh makan lewat malam.Pukul 11,pukul 12 tengah malam.Pukul 2 pagi.Semua pun tak jadi.Tak cukup lewat ke.Tak kan nak aku makan malam pukul 5 pagi.Itu sarapan namanya.Mcdonald pun dah bukan masa tu.
Kesimpulan aku:Makanan bukan punca kegemukan.

Makanan tambahan.
Abang aku pernah cuba benda macam ni.Memang menjadi dalam masa yang singkat.Menaikkan nafsu makan dan membantu pembakaran kalori kalau tak silap aku.Entahlah.
Dan perlu diteruskan walaupun badan dah macam Sazali Samad.Maksudnya berterusan.Apa jadi kalau tak teruskan?Badan akan turun dan lembik lebih teruk dari keadaan asal.Dalam ayat lain,cepat naik cepat turun.Tak puas kan?
Dah macam dadah pun ada.

Aktiviti sampingan.
Kata orang tidur boleh menyebabkan badan naik.Penipu.Aku tidur 10 jam satu hari pun macam tu juga.Terang dan nyata tidur bukan lah penyebab.Aku selalu bersenam.Gaya hidup sihat.Dan aku tak rasa dengan bersukan akan menyebabkan badan aku susut atau tidak bertambah?Salah ke?Dan tips yang aku dapat tapi tak pernah dicuba atau dipergunakan sepenuhnya lagi setakat semalam.

Kalau kau tak isap rokok mesti badan kau naik?

Aku tak percaya sangat.Dah banyak mitos yang aku dengar pasal rokok ni.Sakit jantung,kanser,parkinson,paru-paru,bla bla bla bla lemah syahwat bla bla bla.Kiranya rokok ni penyebab 1001 penyakit le.Ye ke?
Tapi demi mendapat 6 packs aku menggagahkan diri percaya mitos ini.Setakat ini dah dekat 1 hari aku tak isap rokok.Last aku isap rokok masa tengok Liverpool seri dengan Man City semalam.Celaka Thaksin.Dah lebih 12 jam ni.Tahniah pada aku.TApi dari tadi terasa sedap je rokok yang ada dalam poket aku ni.
Aku harap boleh nampak kesan dengan kadar segera atau aku akan naik angin dengan pembawa-pembawa mitos tersebut.Berdoalah kalian pembawa-pembawa mitos sekalian.
Kawan aku hisap rokok banyak tapi gemuk juga.Ya.Kau yang gemuk.Apa senyum-senyum?

Semuanya demi ini.Ini angka yang aku cari.18.5.
( beratxberat)/tinggi=18.5

Kata orang seks juga boleh menaikkan badan.Ada sapa-sapa nak seks dengan aku suka sama suka tanpa komitmen.Hantar email kat aku tau.

Thursday, December 27, 2007

AFUNDI

Mari ramai-ramai kawan-kawan sekalian.Anda dijemput untuk mengundi dalam blog ni.Tengok kat sebelah kanan tu ada satu ruangan mengundi.Soalan akan bertukar setiap minggu,setiap 2 minggu atau setiap kali aku rajin.Untuk permulaan aku pilih topik yang aku minat.
SIAPA PEMAIN BOLASEPAK TERHEBAT?Jangan malu-malu.Datang dan undi.Anda tidak rugi apa-apa kecuali sedikit masa.

Undilah aku.

Ada apa dengan indon.

Dah jadi adat orang kita memang tak suka buatan Malaysia.Tak kira le baju,perabot,kereta,penyanyi malah pelacur sekali pun.Kalau boleh memang nak yang dari luar je.Us,Uk,Perancis,Uzbek,Philiphine.Kalau indon pun jadi le.Tapi kalau datang dari luar,rabak macam mana pun takpe.

Datang mat indon muka darjah 6,menyanyi macam semput-semput.Orang kita serbu.Tu belum campur mat sama minah indon yang bersepah kat Malaya ni.

Datang mat indon muka pecah,jerit-jerit macam kena rasuk.Orang kita serbu.Datang wak indon duduk tepi longkang jual akar kayu,asap-asap keris,temberang sepam dua pun orang kita serbu juga.Best juga jadi indon rupanya.


Pernah dulu masa aku lepak-lepak dekat komplek Midvalley ada manusia serbu masuk satu kedai ramai-ramai.Aku tahan satu brader,aku tanya dia.


Apa hal ni bang semua kelam kabut?

“Dalam sana ada Siti dengan Datuk K.”

Dia jawab sambil lari-lari anak.Yang lain dah lari-lari bapa dah.Tak sempat lagi dah aku nak tahan.


Ceh.Misai boleh buat tapis teh pun orang nak serbu.Aku ingat ada orang bagi zakat macam dalam cerita 3 Abdul.Kalau yang sampai dulu boleh jadi laki Siti nombor 2 nak le juga aku berlari.
Aku nampak satu kakak cleaner jalan tenang sambil bawa penyapu dengan scoop sampah sambil sapu sampah dalam kompleks tu.Aku tanya dia.


“Akak tak pegi sana ke?sana ada Siti Nurhaliza”

Dia senyum je.Aku tunggu dia jawab.Dia sapu sampah.Aku tengok dia.Masih senyum.Aku tunggu jawapan.Dia buka mulut.Perlahan-lahan.

“Siti Nurhalija”Kata dia separuh mengeluh.Tanpa perasaan.

Dia orang indon.Lansung tak ambil pusing pasal penyanyi wanita nombor satu kat Malaysia.Macam tak kenal je.

Itu orang indon.Kalau orang kita pantang nampak artis indon.Berlari-lari macam kena kejar anjing,menjerit-jerit macam histeria,melompat-lompat macam kera kena belacan.Bagi le nama apa sekali pun padi,beras,dewa,kokak,doyok,bubus,ngok-ngek.Asalkan artis dari indon mesti kena serbu dengan minah-minah Malaya.

Kalau ada mat-mat atau minah-minah malaya yang rasa nak jadi artis atau buat album dengan duit sendiri atau duit mak bapak sendiri,pergi buat album kat indon.Lepas tu jual kat Malaysia.Datang buat promosi.Pasti kena serbu.

Kalau muka pecah,suara rabak,tapi ada duit,korang boleh taja aku buat album kat indon.Nanti bila dah kaya aku pulang kan balik duit korang siap dengan faedahnya sekali.Kalau nak peminat pun aku boleh kongsi.


Pada mereka-mereka yang muka pecah bersuara rabak dan banyak duit.Jangan lupa kontek aku.Kita boleh bincang pasal bisnes.Yang kaya saja tau.




Wednesday, December 26, 2007

budak kowloon vs budak air

Dalam dua tiga hari ni asyik keluar cerita budak kowloon dengan budak air je. Kowloon,air,kowloon,air.Masuk kowloon keluar air.Budak-budak mentah.Budak-budak lelaki mentah.Lelaki.Itu pun jadi selera kat mamat-mamat gila seks.Apa masalah orang kita.Orang Malaysia.Kenapa buruk sangat nafsu.Buruk sungguh selera orang kita.Jubur juga yang dicari.
BANGANG.

Kalau pun nak sangat seks,cari je la pelacur.Sekarang ni murah sampai tahap RM20 pun ada.Aku ada terbaca kat mana entah.Tawaran akhir tahun kot.Kalau tak sudi dengan pelacur cari je bohsia.Cari yang dah akil baligh.Yang dah cukup umur.Kalau kantoi sekali pun tak le sampai kena sebat dengan penjara.Setakat kena denda je.Rasanya.Ayat,ajak makan,ajak main lepas tu hantar balik rumah.Jangan sampai mak bapak dia tercari-cari.Jangan nak menyusahkan orang lain.BENGAP.

Kenapa sampai tahap yang sama kaum?Kau orang lebih hina dari 2o orang mat rempit yang kongsi seorang bohsia.Hina,keji dan busuk piang.HUDUH.


Budak air satu hal pula.Kecil-kecil dah nak kerja dengan mat dadah.Pergi belajar mengira le dulu.Nanti baru tak kena tipu.Belajar macam mana nak kira duit.Macam mana nak bagi baki.Yang nak jual dadah pun cari le orang lain.Jangan le kacau budak-budak nak sekolah.Kalau senang dapat duit nanti malas le budak-budak tu nak belajar.

Kalau susah sangat upah je aku.

siang=RM30/jam
malam=RM40/jam

Kalau berminat email aku.Harga masih boleh runding.

Monday, December 24, 2007

rozita oh rozita

Duduk termenung mengadap komputer dan sekali sekala memandang Lebuhraya Persekutuan yang sentiasa sibuk dan sesak.Memerah saraf-saraf otak untuk menulis sesuatu.Sesuatu yang tidak mengbangkitkan kemarahan orang lain.Itu hari aku menyebabkan seseorang marah.Seseorang yang lansung aku tak kenali.Seseorang yang lansung tak mengenali aku.Tapi tiba-tiba marah.Apahal?

Aku sekadar tulis apa yang terlintas tapi bila ada orang marah dengan apa yang aku tulis memang le tak seronok.Bukan kemarahan yang aku cari.

Dulu aku nak sangat tulis novel.Seorang kawan sudi minta kawannya tolong.Takde hal katanya.Tapi citarasa novel di pasaran sangat teruk.Cerita yang meleleh-leleh air mata dan air hidung.Novel airmata.Bukan citarasa aku malah songsang dari gaya hidup aku yang kasar dan ganas.

Tapi aku kena ikut kehendak pasaran.Bak kata M. Nasir 'saya buat lagu untuk pasaran,bukan untuk diri sendiri'.Kalau aku tulis apa yang aku mahu itu namanya syok sendiri.

Apa kata aku mula tulis novel sekarang sebagai permulaan.Dan dimulakan dengan pesanan berikut:

(ini adalah cerita rekaan,watak dan jalan cerita tiada kaitan dengan an mereka yang masih hidup ataupun sudah tidak hidup lagi)


Rozita menyumpah-nyumpah lelaki-lelaki yang sering mengganggunya setiap petang ketika pulang dari kerja.Saban hari mereka mengacau Rozita.Kadang-kadang Rozita hairan kenapa mereka selalu mengganggu dia.Dia sedar dia tidaklah secantik mana dan bukanlah gadis idaman pria.Dengan ketinggian 163cm dan berat 62kg Rozita adalah mimpi ngeri pada kaum Adam.

Sebenarnya Rozita suka diganggu begitu.Dan kebanyakan gadis suka dikacau oleh segerombolan jantan.Jongos mahupun tidak jongos.Walaupun dimulut kata benci tapi dihati kata ' kacau le lagi' .Rozita rasa dia lebih dihargai,cantik dan seksi setiap kali diganggu.Membuatkan dia terasa diri seperti Katie Holmes.

Rozita kembali kealam nyata.Dia duduk diatas sofa diruang tamu rumahnya dan berfikir.Dia sedar dia harus buat sesuatu untuk menjadi normal.Dia sudah bosan hidup keseorangan.Dia juga seperti insan lain,ingin hidup berdua bertiga berempat dan berlima.Dia harus buat sesuatu dengan segera.Mula-mula dia perlu mengawal nafsu makannya yang hodoh dan gelojoh.Dia juga perlu bersenam dan ber jogging.

Akhirnya Rozita terlelap.Terus hidup dalam alam mimpi dan khayalannya.






Friday, December 21, 2007

rakyat kita berubah sikap....tiada lagi ops sikap

Macam tak lengkap pula rasanya musim perayaan tanpa ops sikap.Biasanya kita beraya bersama ops sikap,tak kira le raya apa sekali pun.Sampai dah tak terkira Ops Sikap yang dibuat pihak berkuasa.Entah yang keberapa ratus kalikah.Mana pergi pemandu-pemandu lasak dinegara kita.SUdah insafkah?Sudah takut matikah?Atau sudah abis mati pemandu yang tak berubah sikap tu?Aku tak tahu.

Atau pihak berkuasa dah tak ingat ops sikap yang keberapa perlu dibuat.Ops sikap 16,17 atau 30.Aku tak pasti.Mungkin juga pihak berkuasa dah tak kuasa nak buat operasi-operasi yang hanya menambah saman dan kadar kemalangan dan kematian.Malas nak layan.Pergi mati saja mereka yang pandu laju.Mungkin juga kan?Lebih baik pihak berkuasa pergi bercuti saja.

Munkin juga ramai yang tak dapat cuti.Maksud aku tak dapat nak sambung cuti sampai krismas.Jadi jalan raya dan lebuhraya tak sesak sangat.Agaknya lah.Mungkin hujung minggu nanti lebih ramai yang bergerak balik kampung ataupun pergi bercuti.

Apa kata pihak berkuasa gunakan cara lain pula untuk tangani masalah kemalangan dimusim perayaan ni.Selain dari menyaman dan berkhemah ditepi-tepi lebuhraya apa kata digunakan cara yang boleh merehatkan dan mengurangkan pihak berkuasa yang bertugas.Boleh le dia orang bercuti bersama keluarga.

Dah berpuluh tahun sign board yang ada sekarang tak memberi kesan.Cuba ubah sikit sebanyak sign board yang kita ada.

Dari:INGATLAH ORANG TERSAYANG
Jadi:INGATLAH KEMATIAN

Dari:KAWASAN KEMALANGAN
Jadi:KAWASAN PERKUBURAN

Dari:SELEKOH DIHADAPAN
Jadi:MAYAT DIHADAPAN



Ubah apa saja selagi tak menyusahkan orang ramai.Try and error.Tengok hasil nanti.Kalau tak jadi juga ubah lagi.Ubah,ubah,ubah dan terus ubah sampai statistik kata kadar kemalangan dah berkurangan.Tak kan nak tunggu Ops sikap dah sampai beratus-ratus kali baru nak cari idea lain.Mana lagi bijak pandai dan ahli fikir negara?


Tinggal aku sorang je ke?

Tuesday, December 18, 2007

sana sini hindraf

Sibuk le sana sini orang cakap pasal Hindraf.Adat le orang Malaysia ni,bagi le apa saja topik pun,memang pandai di olah dan di bincangkan.Bola,Norita,Nirmala,Canny Ong,Ong Beng Hee, Baginda Razak,Banjir,Rompak.Apa saja.Semua nak jadi jaguh.Semua ahli fikir.
Aku malas nak fikir pasal Hindraf ni.Tak berfaedah sangat pun dan buat pening kepala je.Tapi sebab takde topik nak tulis hari ni baik aku tulis pasal hindraf dari pandangan mata dan kepala otak aku je.Peduli apa kepala otak orang lain.

Aku rasa memang ada penindasan terhadap kaum india kat negara kita ni.Rasa dan nampak dengan jelas.Kalau bagi yang pernah belajar sejarah dan masih ingat lagi kita mesti tau.Tapi kalau memang jenis lembab otak udang memang le dah lupa.Baca buku sejarah PMR dulu baru datang cakap pasal hindraf ni.Atau nak aku tolong ingatkan.

British bawa masuk buruh dari india ke Malaya ni sebab nak suruh kerja kat ladang-ladang,kebun getah dan estate-estate.Tapi lepas merdeka kaum india dah kena tindas dan paksa jadi macam-macam.Ada yang kena paksa jadi drebar lori,drebar teksi,peguam,askar,polis,cikgu,penulis,doktor.Ada yang kena paksa jadi menteri.Ada yang kena tindas sampai kena jadi pelakon,penyanyi.

Siapa yang tak marah kalau dipaksa buat kerja bukan-bukan.Dah biasa duduk bawah matahari tiba-tiba kena kurung dalam bilik hawa dingin.Mana tahan.Bukan penindasan ke ni?
Dari penoreh jadi pengajar.BUkan penindasan ke?

Dulu anak-anak india boleh bangun lewat,boleh tolong mak bapak,boleh lastik burung dalam estate.Tapi sekarang kena bangun awal pergi sekolah.Bukan penindasan ke ni?Siap ada sekolah rendah jenis kebangsaan (tamil) pula tu.Siapa yang tak marah kalau macam ni.Sekolah jenis kebangsaan (melayu) tak pula dibuat.


Tak heran le kalau kaum india nak saman kerajaan British pun.Skop kerja dah berubah. Kena paksa buat itu ini. Saman je kerajaan british.Masukkan kerajaan Malaysia jadi defendan kedua.Minta tandatangan semua kaum india kat Malaysia dan india dan mana-mana negara ada dalam dunia ni.Tulis memorandum.Hantar petisyen.Tulis besar-besar.


KAMI TAK MAHU SEKOLAH.KAMI TAK MAHU BELAJAR.KAMI MAHU HIDUP DALAM ESTATE SAJA.

Friday, December 14, 2007

siapa yang aku cinta??

Sedang mencari pasangan hidup?Anda mempunyai ramai kekasih?Tidak tahu yang mana satu nak dipilih?Nak tahu siapa yang sesuai menjadi pasangan anda??Jangan pening jangan gusar.Aku akan membantu kalian membuat pilihan.Yang paling secocok untuk anda.

Anda hanya perlu masukan nama anda dan 3 nama kekasih anda.Jika anda mempunyai lebih dari 3 pilihan anda hanya perlu mengulang semula langkah-langkah diatas.

Apa lagi mau tunggu?Cuba sekarang.KLIK SINI.


Selamat Berjaya.

Wednesday, December 12, 2007

aku takde kawan

Agak menyedihkan.Tapi ni le kebenaran.Kebenaran dan hakikat yang menjadi fakta yang aku kena terima.Semalam dan kelmarin aku mengumpul kawan-kawan untuk main futsal.Selalunya aku tumpang main yang orang lain dah aturkan.Cukupkan korum je.Baru aku tahu susah juga nak cari 9 orang yang boleh meluangkan masa untuk main futsal.TErima kasih pada yang sudi dan yang susah payah ajak kawan-kawan lain ikut serta.Aku hampir putus asa.

Aku kena terima hakikat ni.Memang aku tak ramai kawan.Lepas ni aku kena cari cara lain untuk gaya hidup sihat.Atau main futsal dengan kawan-kawan perempuan?

Antara pilihan yang aku ada:

cari ramai kawan
Untuk meneruskan gaya hidup sihat berfutsal aku kena cari lagi ramai kawan lelaki yang aktif dan bersukan serta sihat tubuh badan.Maknanya boleh main 1 jam tanpa henti bila orang ngam-ngam 10 orang.Susah.

cari sukan lain
Aku boleh cari sukan lain yang tak perlukan ramai peserta dan sukan yang aku suka atau paling kurang pun sukan yang aku boleh paksa diri sendiri suka.

pilihan sukan
-boling
-golf
-jogging
-squash

Sila bagi cadangan kalau ada.


cipta sukan lain
Sukan dan aktiviti solo yang ada tak menarik sangat.Jadi aku kena cipta aktiviti-aktiviti baru yang boleh menarik minat aku sendiri untuk teruskan gaya hidup sihat tanpa kawan-kawan.
Antaranya:

push up karaoke
berkaraoke sambil melakukan push up.Bukan saja boleh dapat badan yang sihat serta tangan yang kuat malah aku juga boleh menghasilkan anak tekak yang bertenaga.Semakin panjang sesebuah lagu makin baik le hasilnya.
Apa kata kalau aku mulakan dengan lagu-lagu berirama rock?

jodoku
Jogging sambil selesaikan sudoku.Bukan sekadar senaman otot malah senaman otak yang bagus.Baru le nama nya badan cergas minda cerdas.Mulakan dengan sudoku peringkat awalan atau beginner.
Sudoku juga boleh digantikan dengan benda lain untuk menyesuaikan dengan tahap iq masing-masing seperti kokoru atau selesaikan teka silang kata.



Kalau sesapa ada lagi sukan yang menarik yang boleh dilakukan secara solo tolong bagi kat aku ye.Mungkin sukan-sukan begini boleh membantu aku meneruskan gaya hidup sihat.

Monday, December 10, 2007

Fun wit sushi

Ini ialah cara mudah untuk buat sushi..First, cari bahan. Yang aku catat ni basic jer lah..Sushi banyak jenis. Atas kreativiti masing2 untuk menghias.Sebenarnya inilah part yang paling susah. Nak mengumpulkan bahan tapi kebanyakan superpower market ada menjual bahan2 ini. So, don’t worry..

Apa yang diperlukan ialah:

Bahan-bahan

  1. Beras jenis calrose. Cam beras pulut gitu.beras jenis lain boleh juge..Atas citarasa masing2.Beras ni banyak kanji so senang nak kepal. Beras perang bleh juge kot….
  2. Dried Seaweed..sila cari yang khas utk balut sushi.. Aku ter beli yang jenis junkfood.Ape daaa.huhuhu.
  3. Sushi seasoning, Sushi vinegar. Nak bagi beras sushi jadi cantik,berkilat gitu n sebagai penambah perisa.
  4. Soy source..Wasabi…Ni depend atas masing2. kalau taknak takpe, tp erk, taruk ler sket.
  5. Pastu inti…leh letak fillet ikan salmon, isi ketam, udang, tobiko,avocado, timun jepun, carrot ker..ikut suke ler..(bagi aku,kalau nak letak seafood, stim seketika, pastu perah dgn lemon. Pandai2 sendiri ler kalau nak ramu dgn black pepper ker,lada sulah ker, jintan manis ker, letak rempah kari ker, camner rasenyer,yer??)





Tips untuk masak sushi rice

-Pastikan air sama banyak dengan beras. Kalau beras satu pot, air pon mesti satu pot.

(ratio mudah 1:1)

-Rendam beras ½ jam sebelum masak.

-Bila dah masak, biarkan seketika.

- Kemudian, gaul sushi rice yang dah masak dengan sushi seasoning.

-Tak perlu letak banyak,sikit jer,ala2 renjis gitu..pastu kacau sampai sebati.

-Then, biarkan seketika.





Dan…….

-Seaweed mempunyai dua permukaan. Pastikan permukaan yang licin diatas. Reasonnyer,entahla.buat jerlah.

-letak sushi rice-jangan banyak sgt, nanti susah nak gulung n tak cantik.




Sesiapa yang suka wasabi, bolehla letak time ni..sapu sikit2 jer..kecuali jika anda
memang penggemar wasabi.blehla letak satu botol.huhu. Leh letak vege, isi ketam or udang,atas citarasa memasing. Ataupun lepas siap potong nanti,inti wat topping







Gulung time!!!!

-Inilah fungsi tikar sushi(entahla,aku tak tau nama saintifiknyer)

-Lepas gulung, leh potong.. Cam potong lemang.huhuhu.










Okey…dah siap. Rupenye tak cantik sgt sebab ni 1st time aku buat.huhuhu…Tak susah sebenarnya…cam buat sandwich jer.. Leyler letak soysource ker, kalau nak. Ok.neks time kite try temari sushi pule(flowered sushi) and temaki sushi .Ni complicated sket…sehingga jumpe lagi..Adios..







BANZAIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, December 5, 2007

siapa dia Raden Ajeng Kartini?

Aku tak tahu dan tak berapa ingat macamana dia,Raden Ajeng Kartini (RAK) boleh ada dalam sistem suria kita.Dia membaca blog ini dan komen secara terus pada aku.Dia juga pernah aku jemput untuk menulis dalam blog ini dengan menggunakan nama Raden Ajeng Kartini.Kita panggil saja dia Rak.

Aku menemui Rak secara maya dan tak pernah bertemu muka apatah lagi bertentang mata.Rak seorang graduan yang bekerja sambilan dan sedang mencari kerja tetap dan sangat demand.Semoga berjaya.Selepas mengenali aku secara maya tak sampai sebulan dua dengan selamba je dia nilaikan aku sebagai orang yang pelik.Adil kan?

Bukan aku saja yang pelik.Bagi Rak lelaki sangat pelik.Ada seorang lelaki yang cuba menagih kasih Rak.Setelah mendapat nasihat dari pakar(aku le tu),Rak tak mahu meneruskan perhubungan dengan jejaka itu.Tapi si jejaka terus memburu dan merayu kasih Rak.Dan bagi Rak,lelaki itu sangat pelik.Senang sangat menilai manusia.

Dan kalau suatu hari nanti si Rak mengenali lelaki lain,mungkin lelaki itu juga pelik baginya.Sudahnya semua lelaki adalah pelik bagi si Rak ini.

Macam tu ke?

Tuesday, December 4, 2007

siapa huduh/hodoh??...satu lagi siri realiti tv

Memang dah banyak rancangan realiti tv sekarang ni tapi rasanya masih boleh kita tambah dengan realiti-realiti yang lebih penting.Realiti yang lebih realiti.Realiti kehidupan orang-orang kita sekarang ni.Dengan ini aku cadangkan stesyen-stesyen tv adakan realiti siapa huduh.

Dengan berpandukan siri realiti yang sedia ada.Jadi sebagai panduan untuk rancangan baru ni adalah seperti berikut:

Nama siri:

Siapa hodoh?? Masih dalam peringkat perbincangan.Tapi tajuk yang ringkas dan tepat macam ni lebih baik untuk pasaran kita.Sila nyatakan cadangan anda.

Para Juri:

Tiga orang juri tetap dan diikuti juri jemputan setiap minggu.Juri bole dipilih dari orang awam saja.Untuk mendapatkan rating yang bagus ambil saja juri-juri dari golongan manusia yang dah popular.Cadangan aku.Mawi, Pak Lah dan Aku.Memandang juri-juri tetap adalah lelaki tampan maka lagi indah kalau ditambah dengan juri jemputan dari golongan wanita untuk menarik lebih ramai penonton.Mulakan dengan Nasha Aziz diikuti Erra Fazira,Jeslina Hashim,Chef Wan, dan disiri akhir aku cadangkan kita ambil Datuk Siti.Jangan lupa Syafinaz kerana vokal juga adalah penentu dalam pertandingan ini.Cadangan akan dipertimbangkan.

Kriteria-kriteria:

Rancangan ini adalah untuk memilih siapa paling hodoh di Malaysia.Pakej yang lengkap dicari adalah wajah,suara dan perangai atau sifat semulajadi.Sifat yang dibuat-buat tidak akan dilayan.
Wajah yang dicari mestilah hodoh semulajadi.Muka pecah dan tak tahu malu.Suara yang sumbang dah tak sedap didengar dan juga sangat kuat hingga tak perlukan pembesar suara untuk membuat pengumuman.Makin kuat dan pecah suara makin banyak markah.Perangai ni sangat subjektif tapi tak payah risau sangat.Ramai je yang perangai hodoh.Tak semua juri mampu nilaikan.

Ujibakat:

Amat menjimatkan kos kerana tak perlu adakan tak sediakan ujibakat.Untuk siri pertama pihak juri hanya perlu berlegar sekitar komplek-komplek membeli belah,pengangkutan awam seperti bas,komuter,lrt dan monorel dan juga sekitar kedai mamak dan pub.Biasanya ramai je yang hodoh berpeleseran kat tempat macam ni.Makin lewat makin hodoh.

(Perhatian:Tumpukan pada cara pergaulan dan percakapan bakal peserta)

Kategori:

Rasanya perlu diasingkan kategori lelaki dan perempuan sebab tahap hodoh tak sama.Umur 15 dan keatas.Makin berusia makin banyak markah.Ataupun boleh adakan siri lain untuk yang berumur 50 tahun keatas.Nama rancangan Si Tua Nak Mampos Tak Sedar Diri.


Prospek:

Tak adil le kalau dah jadi pemenang nanti takde masa depan pulak kan.Pemenang-pemenang boleh diberi watak-watak yang sesuai.Watak yang hodoh.Dengan cara ni tak payah le kita nak menghuduhkan pelakon-pelakon yang sedia ada.Pelakon-pelakon juga tak payah buat home work dengan watak baru.Ambil saja pemenang rancangan siapa huduh/hodoh?? untuk watak-wayak hodoh.

Seterusnya kita boleh adakan pertandingan siapa huduh/hodoh?? peringkat antarabangsa.Pemenang itu kita gelarkan sebagai Manusia Terhodoh Cakerawala.



Daftar segera dengan menghantar email pada aku.

Monday, December 3, 2007

belajar bermain bola

Perjalanan dari Butterworth ke Kl sepatutnya ambil masa 4 ke 5 jam saja.Tapi semalam,perjalanan yang dihiasai kesesakan jalan raya oleh kerja-kerja penaik tarafan Lebuhraya Utara Selatan dan diselang seli sedikit masalah teknikal menjadikan masa keseluruhan 6 jam.
Terima kasih PLUS.

Tanpa sempat mandi dan bertukar baju lansung menonton perlawanan bola antara Liverpool menentang Bolton.Sampai lambat.Dah separuh masa kedua.2-0.Memang hebat pasukan ni.Kesilapan Bolton adalah menyamakan Liverpool dengan Manchester Unitaik.Kesilapan yang amat besar.Menentang pasukan yang paling sukar dibolosi.Jangan terlalu mengharap dapat.Cukuplah kalau tak bolos.Ataupun tak bolos banyak sangat.

Tapi Bolton lain.Cuba bermain secara terbuka.Akhirnya kena 4-0.Terima kasih Bolton.Lain kali belajar statistik.Beberapa orang je yang mampu jaring gol menentang Liverpool.Mampu atau bernasib baik.Hanya 2 pemain saja melalui gol padang.2 pemain melalui penalti.Dan satu pemain gagal penalti.Bukan salah dia,memang susah nak jaring gol keatas Liverpool.Hampir mustahil.

Bersedia Reading.Baca statistik dan belajar dari pengalaman pasukan lain.Jangan jadi macam Bolton.Malu keturunan penyokong anda pula nanti.Mana nak letak muka?