Pages

Tuesday, December 18, 2007

sana sini hindraf

Sibuk le sana sini orang cakap pasal Hindraf.Adat le orang Malaysia ni,bagi le apa saja topik pun,memang pandai di olah dan di bincangkan.Bola,Norita,Nirmala,Canny Ong,Ong Beng Hee, Baginda Razak,Banjir,Rompak.Apa saja.Semua nak jadi jaguh.Semua ahli fikir.
Aku malas nak fikir pasal Hindraf ni.Tak berfaedah sangat pun dan buat pening kepala je.Tapi sebab takde topik nak tulis hari ni baik aku tulis pasal hindraf dari pandangan mata dan kepala otak aku je.Peduli apa kepala otak orang lain.

Aku rasa memang ada penindasan terhadap kaum india kat negara kita ni.Rasa dan nampak dengan jelas.Kalau bagi yang pernah belajar sejarah dan masih ingat lagi kita mesti tau.Tapi kalau memang jenis lembab otak udang memang le dah lupa.Baca buku sejarah PMR dulu baru datang cakap pasal hindraf ni.Atau nak aku tolong ingatkan.

British bawa masuk buruh dari india ke Malaya ni sebab nak suruh kerja kat ladang-ladang,kebun getah dan estate-estate.Tapi lepas merdeka kaum india dah kena tindas dan paksa jadi macam-macam.Ada yang kena paksa jadi drebar lori,drebar teksi,peguam,askar,polis,cikgu,penulis,doktor.Ada yang kena paksa jadi menteri.Ada yang kena tindas sampai kena jadi pelakon,penyanyi.

Siapa yang tak marah kalau dipaksa buat kerja bukan-bukan.Dah biasa duduk bawah matahari tiba-tiba kena kurung dalam bilik hawa dingin.Mana tahan.Bukan penindasan ke ni?
Dari penoreh jadi pengajar.BUkan penindasan ke?

Dulu anak-anak india boleh bangun lewat,boleh tolong mak bapak,boleh lastik burung dalam estate.Tapi sekarang kena bangun awal pergi sekolah.Bukan penindasan ke ni?Siap ada sekolah rendah jenis kebangsaan (tamil) pula tu.Siapa yang tak marah kalau macam ni.Sekolah jenis kebangsaan (melayu) tak pula dibuat.


Tak heran le kalau kaum india nak saman kerajaan British pun.Skop kerja dah berubah. Kena paksa buat itu ini. Saman je kerajaan british.Masukkan kerajaan Malaysia jadi defendan kedua.Minta tandatangan semua kaum india kat Malaysia dan india dan mana-mana negara ada dalam dunia ni.Tulis memorandum.Hantar petisyen.Tulis besar-besar.


KAMI TAK MAHU SEKOLAH.KAMI TAK MAHU BELAJAR.KAMI MAHU HIDUP DALAM ESTATE SAJA.

21 comments:

cik henr said...

ku tersenyum...mungkin jugak...

Mr. Right said...
This comment has been removed by the author.
Mr. Right said...

Reverse psychology… not bad. Harap orang kampong kau ramai2 baca blog kau. Mungkin dorg boleh terasa.

Buah Sukun said...

Aku rasa kau racist. Sebab kau bukan mengutuk HINDRAF, tapi kau mengutuk kaum india secara keseluruhan. Jangan la jadi racist.

Bertaubat lah!

sukun said...

cik henr,
mmg manis senyumanmu.

mr right,
mmg khas untuk org kg bahgia.

buah sukun,
aku rasa kau bacul.sebab kau bukan mengutuk AKU,tapi kau mengutuk kau sendiri.Jangan jadi bacul.

Bertaubat lah!(tulis nama ye)

Buah Sukun said...

Tak kan kau nak aku letak nama penuh kot. Buah Sukun tu nick aku lah. Takkan aku nak letak Rozita bt Mohd Dali.

Kau pun tak letak nama penuh kau. Tak tau la kot-kot nama kau Sukun bt. Durian.

Anonymous said...

Creative entry. Good job. Please produce more this kinda post.

sukun said...

buah sukun,
hebat le nick kau.Tahniah,anda memang super mega kreatif.

anonumous,
markah penuh ke cikgu??

alehcute81atyahoo.co.uk said...

Hihihihi. Lucu dan bermakna. Saya suka.

Nak kenal dengan enciksukun boleh?

sukun said...

alehcute,
boleh je.ajak kawan aleh sekali.suruh kawan aleh ajak kawan-kawan.kawan-kawan ajak kawan kawan-kawan.kawan kawan kawan kawan.......

anak kerbau said...

nak panggil sami vellu baca article ni..biar padan muka sukun.hikhikhik

ctmunirah said...

Pertama kali singgah sini. Boleh tahan juga. Nampaknya kena selalu datang ni.

Hindraf, memang gila pun.

waiem.blogspot said...

Hindraf ni mmg xleh dibiarkan. X guna 2 sen pun. Patutnya kjaan buang negari je semunya.

Gua suka cara lu cerita benda ni. Lain dr yg lain.

Meilani -Susanti said...

kih, kih, kih, kih!!!

Lu memang badut. Gua suka.

Apa komen lu kerajaan Bee Ant gugurkan mereka dari tuduhan bunuh?

Aku rasa mereka patut diheret ke penjara, tapi kenapa kerajaan takut dengan mereka?

Azlie Kemaluddin said...

Saya setuju.


Dusun Ali King Recreational Paintball Park.

http://dusunaliking.multiply.com

azlie_kemaluddin@hotmail.com

sukun said...

anak kerbau,
ok juga tu.tapi tunggu aku buat tol dulu kat blog ni.

ctmunirah,
singgah je ke?
buat rumah je terus lagi senang.

waiem,
2 sen?tak guna lagi dah duit 1 sen lepas ni.paling kecik 5 sen je.

meilani-susanti,
banyak mana aku komen pun itu juga keputusan.pilihanraya nanti kau undi aku.kalau aku menang baru aku komen.

azlie kemaluddin,
kalau setuju sila tandatangan memorandum.

Old_Fren said...

Ayyo, onnodai intelligence pathu kannu koosadhu. Naa orru daravon sonna.... nooru daravon sonna madree

Beware...

Rozita bt Mohd Dali said...

Tadi aku pakai nick 'buah sukun', kau taknak jawap. Ok. Atas tu nama penuh aku.

Sekarang aku nak kau jawap.

Apa alasan kau tak racist dalam isu ini?

Dan kalau betul2 kau ada 'telur' aku nak tahu nama betul kau.

lankapo said...

haha cayalah abg sukun

aku rasa ko layak untuk berkmepen untuk jadi pengurus estet mereka

sukun said...

old_fren,
aku paham intelligence sama beware je.

rozita,
kau bukan saja tak paham apa yang aku cuba sampai kan tapi kau tak paham maksud perkauman pun.
pergi belajar lagi ye.

kau nak nama aku ke telur aku??

lankapo,
itu penghapusan etnik namanya.

bluecrystaldude said...

ari tu kereta aku kene langgar [malam cristmas' eve] dengan 2 orang india yang mabuk. Pecah cermin blkang, site mirror dgn tayar rosak. tp aku tak de pape ar. India tu cedera truk gak ar. Pastu die tak nak kasik aku repot polis. sbb time tu die mabuk+takde lesen+takde myKad pun. Die kate die leh betulkan kat bengkel kawan die yang juga india. Pastu die panggil geng2 die ramai2 plak. seb bek tak terjadik permusuhan kaum kat penang ni. huhu. moral of the story, indian skrang ni bukan keje pejabat atau golongan profersional jek, diorang pun ade bengkel kete gak. huh