Pages

Thursday, December 27, 2007

Ada apa dengan indon.

Dah jadi adat orang kita memang tak suka buatan Malaysia.Tak kira le baju,perabot,kereta,penyanyi malah pelacur sekali pun.Kalau boleh memang nak yang dari luar je.Us,Uk,Perancis,Uzbek,Philiphine.Kalau indon pun jadi le.Tapi kalau datang dari luar,rabak macam mana pun takpe.

Datang mat indon muka darjah 6,menyanyi macam semput-semput.Orang kita serbu.Tu belum campur mat sama minah indon yang bersepah kat Malaya ni.

Datang mat indon muka pecah,jerit-jerit macam kena rasuk.Orang kita serbu.Datang wak indon duduk tepi longkang jual akar kayu,asap-asap keris,temberang sepam dua pun orang kita serbu juga.Best juga jadi indon rupanya.


Pernah dulu masa aku lepak-lepak dekat komplek Midvalley ada manusia serbu masuk satu kedai ramai-ramai.Aku tahan satu brader,aku tanya dia.


Apa hal ni bang semua kelam kabut?

“Dalam sana ada Siti dengan Datuk K.”

Dia jawab sambil lari-lari anak.Yang lain dah lari-lari bapa dah.Tak sempat lagi dah aku nak tahan.


Ceh.Misai boleh buat tapis teh pun orang nak serbu.Aku ingat ada orang bagi zakat macam dalam cerita 3 Abdul.Kalau yang sampai dulu boleh jadi laki Siti nombor 2 nak le juga aku berlari.
Aku nampak satu kakak cleaner jalan tenang sambil bawa penyapu dengan scoop sampah sambil sapu sampah dalam kompleks tu.Aku tanya dia.


“Akak tak pegi sana ke?sana ada Siti Nurhaliza”

Dia senyum je.Aku tunggu dia jawab.Dia sapu sampah.Aku tengok dia.Masih senyum.Aku tunggu jawapan.Dia buka mulut.Perlahan-lahan.

“Siti Nurhalija”Kata dia separuh mengeluh.Tanpa perasaan.

Dia orang indon.Lansung tak ambil pusing pasal penyanyi wanita nombor satu kat Malaysia.Macam tak kenal je.

Itu orang indon.Kalau orang kita pantang nampak artis indon.Berlari-lari macam kena kejar anjing,menjerit-jerit macam histeria,melompat-lompat macam kera kena belacan.Bagi le nama apa sekali pun padi,beras,dewa,kokak,doyok,bubus,ngok-ngek.Asalkan artis dari indon mesti kena serbu dengan minah-minah Malaya.

Kalau ada mat-mat atau minah-minah malaya yang rasa nak jadi artis atau buat album dengan duit sendiri atau duit mak bapak sendiri,pergi buat album kat indon.Lepas tu jual kat Malaysia.Datang buat promosi.Pasti kena serbu.

Kalau muka pecah,suara rabak,tapi ada duit,korang boleh taja aku buat album kat indon.Nanti bila dah kaya aku pulang kan balik duit korang siap dengan faedahnya sekali.Kalau nak peminat pun aku boleh kongsi.


Pada mereka-mereka yang muka pecah bersuara rabak dan banyak duit.Jangan lupa kontek aku.Kita boleh bincang pasal bisnes.Yang kaya saja tau.




5 comments:

Anonymous said...

bukan nk cakap....macam dewa tu kan mmmg bes giler....sbb tu boyfren ter chenta ku pun muka ala2 mat indon.....tak caya tanya pakcik yg keje kat komuter..hehehhe

bluecrystaldude said...

buatan malaysia yang bebaru ni BANYAK [bukan semua] tak berkualiti kot. huhu

lankapo said...

aku ingat HUJAN kumpulan Indon, rupanya band underground malaysia...Layannnn

Pagi yang gelap :)

Anonymous said...

idea dah bernas..pegi indo pastu baru glemerkan diri kat malaya tp yg musykilnyer,bolehker en sukun menyanyi??pegang mic pon tak betul.huhu

sukun said...

bluecrystaldude,
kualiti tu abstrak.kalau selalu layan mesti boleh suka.kau cuba le dengar album aku nanti.

lankapo,
hujan???

nickname tu menatang ape??,
aku tak pegang mic,menyanyi menari macam britney.
oh yey yey yey yey yey!!!