Pages

Monday, December 24, 2007

rozita oh rozita

Duduk termenung mengadap komputer dan sekali sekala memandang Lebuhraya Persekutuan yang sentiasa sibuk dan sesak.Memerah saraf-saraf otak untuk menulis sesuatu.Sesuatu yang tidak mengbangkitkan kemarahan orang lain.Itu hari aku menyebabkan seseorang marah.Seseorang yang lansung aku tak kenali.Seseorang yang lansung tak mengenali aku.Tapi tiba-tiba marah.Apahal?

Aku sekadar tulis apa yang terlintas tapi bila ada orang marah dengan apa yang aku tulis memang le tak seronok.Bukan kemarahan yang aku cari.

Dulu aku nak sangat tulis novel.Seorang kawan sudi minta kawannya tolong.Takde hal katanya.Tapi citarasa novel di pasaran sangat teruk.Cerita yang meleleh-leleh air mata dan air hidung.Novel airmata.Bukan citarasa aku malah songsang dari gaya hidup aku yang kasar dan ganas.

Tapi aku kena ikut kehendak pasaran.Bak kata M. Nasir 'saya buat lagu untuk pasaran,bukan untuk diri sendiri'.Kalau aku tulis apa yang aku mahu itu namanya syok sendiri.

Apa kata aku mula tulis novel sekarang sebagai permulaan.Dan dimulakan dengan pesanan berikut:

(ini adalah cerita rekaan,watak dan jalan cerita tiada kaitan dengan an mereka yang masih hidup ataupun sudah tidak hidup lagi)


Rozita menyumpah-nyumpah lelaki-lelaki yang sering mengganggunya setiap petang ketika pulang dari kerja.Saban hari mereka mengacau Rozita.Kadang-kadang Rozita hairan kenapa mereka selalu mengganggu dia.Dia sedar dia tidaklah secantik mana dan bukanlah gadis idaman pria.Dengan ketinggian 163cm dan berat 62kg Rozita adalah mimpi ngeri pada kaum Adam.

Sebenarnya Rozita suka diganggu begitu.Dan kebanyakan gadis suka dikacau oleh segerombolan jantan.Jongos mahupun tidak jongos.Walaupun dimulut kata benci tapi dihati kata ' kacau le lagi' .Rozita rasa dia lebih dihargai,cantik dan seksi setiap kali diganggu.Membuatkan dia terasa diri seperti Katie Holmes.

Rozita kembali kealam nyata.Dia duduk diatas sofa diruang tamu rumahnya dan berfikir.Dia sedar dia harus buat sesuatu untuk menjadi normal.Dia sudah bosan hidup keseorangan.Dia juga seperti insan lain,ingin hidup berdua bertiga berempat dan berlima.Dia harus buat sesuatu dengan segera.Mula-mula dia perlu mengawal nafsu makannya yang hodoh dan gelojoh.Dia juga perlu bersenam dan ber jogging.

Akhirnya Rozita terlelap.Terus hidup dalam alam mimpi dan khayalannya.






7 comments:

Anonymous said...

kalo baca novel menangis, mungkin sbb nk cuci mata secara semula jadi...bukan sbb org sekarang ni jiwa-jiwa karat (OPPPSSS)....dan tak semua oerempuan mcm Rozita...suka d ngorat lelaki jongos di tepi jalan....kalo nk ngorat pun pakai la akal sket...org sekarang padang poket tebal je...

bluecrystaldude said...

haha.. lawak2. penulisan yang bersahaja. but a little too short the introduction. baru nak amek mood dah abes dah. nice blog by the way

sukun said...

cik henr,
perempuan memang suka di ngurat.itu kenyataan.

bluecrytaldude,
aku sengaja.

Anonymous said...

kah kah kah.tak sedap langsung cite nih.
if buat novel mesti tak dapat sambutan.
kah kah kah.tergantung.tersekat.

sukun said...

anonymous,
aku sengaja.

Anonymous said...

Hahaha, hihihi, huhuhu.

enciksukun,
Terima kasih kerana meluangkan masa beberapa minit hidup kau semata-mata nak mengutuk aku. Kau tak terfikir ke kemungkinan aku ini rakan kau? Mungkin aku sengaja menyamar sebagai Rozita dan mempermain-mainkan kau? Hanya kerana permainan cinta kau di posting sebelum ini, kau percaya aku ini seorang perempuan sebenar? Kesian kau. Kau telah dipermain-mainkan. Percayalah, kau telah dipermain-mainkan. Kesian. Kesian. Kesian.

sukun said...

rozita,
haha hihi,
lelaki menyamar jadi perempuan??
perempuan nyamar jadi lelaki??

kesian.kesian.kesian.

bertaubatlah.