Pages

Thursday, December 25, 2008

seru ku seru mu

Zaman semakin canggih sekarang.Dunia tanpa batasan.

Kalau dulu-dulu ada notis dalam surau/masjid dilarang bercakap topik keduniaan dalam masjid.
Ataupun nasihat dari bilal sebelum khutbah jumaat.Dilarang bercakap-cakap semasa khatib membacakan khutbah.Mungkin zaman sekarang bilal-bilal terpaksa tambah sikit

"dilarang bercakap-cakap dan berbalas sms ketika khatib sedang membaca khutbah"

atau dimasa depan

"dilarang bercakap-cakap,berbalas sms,ber ym,update friendster/myspace/blog dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya ketika khatib membaca khutbah"

Kita juga selalu nampak tanda dilarang menggunakan telefon bimbit didalam masjid.Atau pun tanda telefon bimbit dipangkah dan ada notis berbunyi:

"seruan Allah lebih penting/utama"


Tapi semalam aku terjumpa notis yang sedikit berbeza dan meragukan.Berbekalkan telefon dengan kuasa kamera 1.3 megapixel aku pun snap satu gambar.Tak terang sangat.Telefon cokia saja.




*sila klik untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas*

Notis tersebut berbunyi:

"TIADA PESANAN YANG LEBIH PENTING SELAIN PESANAN RASULULLAH S.A.W kecuali SMS"

Monday, December 22, 2008

2:05

Dah banyak hari tak tulis.Dah malas.Banyak sangat benda nak ditulis.

Kadang-kadang aku rasa nak tulis bab undang-undang Malaysia yang tiap-tiap tahun pun nak kena ada pindaan.Pinda sana pinda sini,rang sana ring sini.

Tambah sana sini.

Undang-undang tak pernah cukup..Tak pernah lengkap.Kenapa tak ikut undang-undang yang sempurna?Takde ke undang-undang sempurna.Rasa macam ada je.

Entahlah..aku bukan penggubal undang-undang.Makin banyak undang-undang makin pening kepala.Peguam juga kaya raya.


Jangan terkejut satu hari nanti tengah lepak tepi kompleks ada orang datang.

Pegawai:Cik tolong sign sini.

Kau: Apa ni encik?

Pegawai :Surat saman.

Kau: Apa salah saya encik?

Pegawai: Korek hidung tempat awam.

Thursday, December 18, 2008

Mawi / Ekin vs Rita / Zafuan

Regu campuran ini sangat berbeza.Regu pertama Mawi dan Ekin (MnE)merancang berbulan-bulan perkahwinan mereka.Ditaja pelbagai pihak rasanya.

Ada juga yang mencemuh,mengutuk dan menghina.MnE cuba memeriahkan majlis perkahwinan mereka.Pelik juga bila ada pihak yang dengki dengan tajaan dan sebagainya.
Kalau MnE nak berarak keliling Malaya pun kita peduli apa?Asal kan diorang mampu.Asalkan ada yang nak taja.Hidup tak dengki tak boleh ke?

Apa yang aku nak kata ialah betapa bersungguh MnE buat persiapan perkahwinan.Siap ada gambar pre-kahwin.Tengok le:



Mawi-Seronoknya nak dapat bini!!




Ekin-Hensem juga kanda ku ini




Mawi-Penat le kanda sorong basikal ni dinda
Ekin-Nanti sampai rumah dinda kasi upah ye kanda





Mawi-Yey yey nanti dapat upah




*Muka riak lepas dapat upah*




Astro-Tak kering lagi telaga minyak ni rupanya


Letak tepi kisah MnE.Doakan kebahagian mereka.Jangan dengki-dengki.
Tak baik.Tuhan marah.


Masuk kisah regu kedua, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan(RnZ), mereka sangat low profile.Kahwin diam-diam saja.Tak minta tajaan.Tak pergi kursus kot(si Zafuan).Tak payah majlis besar-besar.Dan yang pasti tak minta restu mak bapak pun masa nak nikah.Hebat betul.

Setahu aku perempuan suka majlis meraka perkahwinan yang meriah(betulkan jika aku silap),tapi mungkin bagi perkahwinan pertama saja kot.Yang kedua,ketiga dan keseterusnya kalau ada lagi dah tak kisah barangkali.Aku kurang pasti.

Kalau nak baca lebih anda boleh baca kat blog MAMAT JUWIE.Huraian beliau lebih detail.

Pesanan aku:

Rita:Kau dah kawin,taat le pada suami.Berbaik le dengan mentua kau.Minta restu.Daftar perkahwinan kau.Jangan nak melalak dikemudia hari bila dah kena sliding tackle.

Aidil:Kau dah kawin,tapi kau tetap kena taat kat mak bapak.Minta restu.Tak bahagia hidup kau kalau mak bapak murka.Kalau bahagia pun dunia je,akhirat confirm tak lepas.Kena red card(nuraka) kau nanti.Syurga bawah telapak kaki ibu.Sathianathan tak ajar ke?Patut le team Malaysia kalah.

Mak bapak Aidil:Cuba le berbaik dengan anak menantu.Restukan perkahwinan tu.Jangan bermasam muka.Bagi mereka peluang kedua.Sathinathan pun dapat tau,ni kan pula anak sendiri.Maafkan lah Aidil.Aku tak sanggup tengok team Malaysia kalah lagi.

Wednesday, December 17, 2008

Kamus Bahasa Melayu

Sejajar dengan seruan kerajaan untuk memartabatkan bahasa melayu mari kita sama-sama mendalamkan ilmu bahasa melayu kita.Sebenarnya lebih sesuai dinamakan bahasa malaysia.

Perkataan pertama hari ini adalah tipu.

Mengikut kamus dewan edisi ke tiga ,TIPU membawa maksud perbuatan curang atau kata-kata dusta utk menyesatkan orang, kecoh, muslihat; ~ daya (helah, muslihat, belit) berbagai-bagai tipu (perbuatan memperdaya); ~ semu tipu daya; ~ Acheh gurindam Barus prb tipu muslihat yg halus dan licin;menipu mengenakan tipu, memperdaya, mengecoh: ia dituduh ~ orang ramai dgn menjual barang-barang palsu; ditipu tegak-tegak ditipu benar-benar;tertipu (telah) ditipu;tipuan perihal menipu, tipu: banyak orang yg hidup sengsara akibat kemiskinan dan ~ orang; penipuan 1. perbuatan menipu: sukatan dan ukuran piawai dapat mencegah ~; 2. perkara (kejadian) menipu: berbagai-bagai cerita tentang ~ telah dilaporkan kpd polis; penipu orang yg menipu.

Untuk semakan,sila rujuk Dewan Bahasa.

Setelah memahami maksud tipu mari pula kita belajar jenis-jenis tipu atau penipuan.Tipu terbahagi kepada beberapa jenis.Yang jelas tipu sunat memang tidak termasuk dalam jenis-jenis sunat.Janganlah menipu walaupun anda hendak lari dari disunatkan(pesanan untuk adik-adik yang belum sunat).

Kadang-kadang kita dituduh menipu walaupun sekadar gurauan yang tidak merugikan dan tidak menguntungkan sesiapa.Ini bukan menipu.Perbuatan ini jelas masuk kategori gurauan.

Perkataan sama makna: muslihat, helah, tipu muslihat, tipu daya, tipu helah, tipu belit, perdaya, bohong, temberang, dusta, akal, auta, olok-olok, lebun, tokoh, kecoh, kecong, kecek, kelong, kacung, kicau, kicu, tangguk, cong, kelentong, borak, bongak, kidab, lolok, lontak, dengkul, kizib, merakah;,

Perkataan kedua hari ini adalah kawan.

KAWAN,merujuk pada Kamus Dewan Bahasa Edisi ke Tiga membawa maksud 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pemakan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih;

Untuk rujukan sila semak DBP.

Perkataan seerti kawan pula : sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad,


KESIMPULAN:JANGAN TIPU KAWAN ANDA.


KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!
(kelas tamat)

Thursday, December 4, 2008

konsep konsep marketing

Hai adik-adik.Hari ni Abg Sukun(AS) nak kongsi dengan adik-adik apakah konsep pemasaran.AS baca dari hasil penulisan seorang Prof marketing ni.
Sila le adik-adik baca dan cuba paham ye.Yang tak paham boleh tanya Abg.

1.AS nampak awek cun masa lepak kat kedai mamak.Abg pun pergi tegur "Hai,saya Sukun,saya hensem,nak dating dengan saya?"-Ini namanya Direct Marketing.

2.AS tengok bola dengan kawan-kawan kat kedai mamak.Sekali ada sorang awek seksi.Kawan Abg pun pergi cakap "Sana Sukun,dia hensem,perut ketak,nak berkenalan dengan dia?"-Ini namanya Iklan

3.AS nampak awek cun kat bus stop.AS pun minta nombor phone.Malam tu AS call awek tu cakap "Hello,saya brader macho tadi,mau dating dengan saya?"-Ini Telemarketing

4.Ada awek cun kat stesen lrt,hujan renyai-renyai.AS bawa payung,hantar dia sampai kereta,tolong bukakan pintu kereta.Lepas tu cakap "awak lawa,saya macho,sudi dating?-Ini PR

5.Awek seksi tengah shopping dalam tesco.AS pergi cakap "saya hensem,sopan,budiman dan berbudi bahasa,mau dating?"Awek tu angguk-angguk.-Ini Customer Feedback

6.Awek cun yang AS jumpa minggu lepas call ajak jumpa.AS pun pergi cakap "mau dating lagi?"-Ini After Sales Service

Baiklah adik-adik,sampai sini saja kelas pemasaran kita kali ni.Kalau ada soalan jangan segan silu nak tanya kat Abg Sukun ye.

Monday, December 1, 2008

Nabil vs Harith Iskander

Panas betul bila aku baca kosmo hari ni.Atau lebih tepat,panas betul bila aku baca ruangan Marilyn Cantik.Aku tak marah kalau setakat dia nak memuji Harith.Dan aku takkan ambil hati kalau dia nak kutuk Nabil berapa banyak sekalipun.

Tapi bab kutuk bahasa melayu memang boleh naik darah kalau baca.Dalam ruang tersebut dia ada tulis:

"Baguslah tu Harith, dunia komedi tempatan bolehlah bersandarkan rekod yang pernah anda buat apabila mahu melahirkan komedi yang diterima golongan elit. 1.Yelah, orang-orang elit mestilah nak tengok dan dengar komedi dalam bahasa Inggeris, barulah mudah faham dan jelas lawak yang disampaikan. 2.Kalau komedi bahasa Melayu seratus peratus, tak sesuailah rasanya masuk dewan yang gah sambil memakai sut atau gaun malam."

Dalam tu aku dah tandakan dengan nombor.

1.Yelah, orang-orang elit mestilah nak tengok dan dengar komedi dalam bahasa Inggeris, barulah mudah faham dan jelas lawak yang disampaikan.

-Elit sangatkah sampai tak faham bahasa melayu?Lupakah bahasa melayu/malaysia itu bahasa rasmi negara malaysia?

2.Kalau komedi bahasa Melayu seratus peratus, tak sesuailah rasanya masuk dewan yang gah sambil memakai sut atau gaun malam.

-Malukah anda dengan bahasa sendiri?Oh!memandangkan nama anda Marilyn,jika anda bukan melayu bolehkah sesuka hati menghina bahasa kaum lain?
Tidak malukah anda menjadi penulis diruangan suratkhabar berbahasa melayu?
Tidak elitkah pembaca Kosmo?

Bahasa Melayu tak sesuai masuk dewan konon!!

Hairan bila orang lain memperjuangkan ketuanan melayu ada pula penulis picisan dari suratkhabar berbahasa melayu malu dengan bahasa sendiri(jika anda seorang melayu).

Mana GPMM?
Suruh Marilyn tarik balik kenyataan dia.
Suruh dia bayar ganti rugi 2juta.
Ya,kalau dia melayu gandakan gantirugi jadi 4juta.Buat malu kaum saja.
Pecat dia dari Kosmo
Halau dia keluar dari Malaysia.

Wednesday, November 26, 2008

maghi make budu..sedak wehh

kawe jupo nate goni dale forward email.
maghi baco samo samo..perkayoke ilmu kito

"Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
"


BEREHHHHH!!

Tuesday, November 25, 2008

MoManTai!!

Malas betul nak menulis.

Mari layan klip ni...pasang speaker kuat-kuat untuk kepuasan.
Anda juga boleh berkaraoke.





Sekian

Monday, November 24, 2008

Polis vs Hindraf

Patutlah polis takut sangat dengan hindraf.

MUTU



GAYA



KEUNGGULAN

Sunday, November 16, 2008

Sempeneh Cafe

Sempeneh Cafe.Sebuah kedai makan ala ala spa.Jika anda ingin jalan-jalan cari makan jangan singgah kat situ.Situ tempat untuk cari makan dan cari pasal saja.




Gempak le konon ni




Baca menu sudah boleh membuat anda ngeri.Nasi goreng dari serata dunia.Nasi goreng Mexico,Nasi goreng USA,Nasi goreng Afrika Selatan,NAsi goreng Timor Leste.Namakan saja tempat anda pasti dapat nasi dari Sempeneh Cafe.Tapi AWAS.Lagi jauh nama tempat yang anda order lagi lama anda kena tunggu.Patut dia letak sign kat menu ORDER AT YOUR OWN RISK.

Aku order Nasi goreng Mexico dengan Char keow tuaw kerang.Dah nak basi teh tarik aku baru le makanan sampai.Habis sekotak rokok le jawabnya.Oh,kalau anda perokok sila bawa rokok sendiri.Kedai ni tak jual rokok.Maklum le spa,ala-ala kesihatan gitu.Tapi bagi mereka yang berpenyakit darah tinggi cuba elak kan datang ke kedai ni atau sila dapatkan nasihat pakar terlebih dahuku.Dan juga pada mereka yang kelaparan.Jangan datang.Kedai ini boleh menyebabkan anda mati kebuluran.



Camni le lebih kurang rupa char kuey teow tu..lama sangat kopek kerang sampai berbau dah



Brader kat meja sebelah aku yang pakai t-shirt hot fm pun sudah hot.Minum saja dia.Bila makanan sampai dia terus cancel.Bayar air saja.Orang hot mana selera makan lagi dah.Tapi kami dimeja sebelah masih maintain menunggu dengan cogan kata KAMI TAK HOT,KAMI COOL.Memandangkan makanan datang dari Mexico kira cepat le tunggu sejam.Nak kopek kerang lagi.Bukan senang tu.

Jadi pada mereka-mereka yang ingin menguji kesabaran,silalah ke Sempeneh Cafe di seksyen 13 Shah Alam.Kelas kesabaran tertinggi.

Macam mana le aku boleh masuk kedai camtu.Nama pun Sempeneh.Takde nama lain ke.Sesumpah ke,Cakcibor ke.


AMARAN:JANGAN MASUK KEDAI YANG NAMA TAK SEDAP,CONFIRM MAKANAN TAK SEDAP

Wednesday, November 5, 2008

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!

Selamat hari lahir,
Selamat hari lahir,
Selamat hari lahir akuuuuuuu!!
Selamat hari lahir!!

(aku guna hari lahir sebab maksudnya lebih tepat.hari jadi memberi maksud hari pertembungan sperma dan ovum lalu membentuk embrio zigot bla bla bla lau diperam selama beberapa bulan sebelum dilahirkan.Dengan kata lain hari jadi adalah lebih kurang sembilan bulan sebelum hari lahir.Dalam kes aku,hari jadi aku mungkin dalam bulan Januari.Boleh minta 2 hadiah.1 hadiah hari jadi,satu lagi hadiah hari lahir.Tapi aku belum dapat apa pun.Binawe Pak Munawe.Bagi hadiah oiiii!!)

Semoga aku dipanjangkan umur dah dimurahkan rezeki serta diberi zuriat-zuriat yang beriman lagi bertaqwa.

Amin.


Kenapa le hari lahir aku sama dengan pak cik ni??

Wednesday, October 29, 2008

budak kelantan

Sempena tayangan budak kelantan dipawagam.
Saksikanlah preview....



Kawe tok pehe.Sapo hok pehe tulong bui subtitles.

Tuesday, October 14, 2008

open house sushi king

Semalam aku menyemak diri ke open house sushi king kat mid valley.Memang dah jadi adat,benda murah memang ramai yang suka.Dekat 30minit juga aku beratur.Line panjang sampai World of Fengshui.Bagi sapa-sapa yang penah ke Sushi King MidValley boleh le bayangkan berapa panjang barisan tu.Bagi yang lembab tak boleh nak bayangkan boleh le gi Midvalley esok.Ataupun tengok bawah ni.




*barisan manusia kelaparan...tak sabar nak baham makanan promosi*



Tapi jangan risau bila nampak line panjang sebab setiap meja ada masa 90minit je untuk menelan segala benda yang lalu depan mata.Lepas tu turn orang yang beratur kat luar pulak.Turn anda pasti tiba juga.



*masa 90 minit diberikan..lebih dari mencukupi*





Dan penantian anda sangat berbaloi bila dah duduk.Lagi best bila dapat duduk depan laluan sushi.



*plate purple ni beharga RM6 pada masa normal rasanya..sekarang RM2 je..telannnnnn!!*





*unagi ni juga pada harga RM2..aku terpaksa berebut dengan sorang auntie hantu belut..auntie dah tua mana boleh makan belut*







*teh ini percuma tapi jangan minum banyak untuk selamatkan ruang kosong dalam perut anda..tips penting ni*



Lepas setengah jam bertungkus-lumus berebut dan menelan(kadar kunyahan boleh dikurangkan untuk save time) aku pun kekenyang seperti ular menelan anak badak.Burppp!!!



*inilah hasilnya..sebenar ada 14 plate tapi satu aku dah tertelan tinggal 13 plate je..save 2 ringgit*



Bagi mereka-mereka penggemar sushi atau penggemar makanan murah sila menghadirkan diri ke mana-mana cawangan sushi king yang terdekat untuk menikmati promosi rm2/plate.Promosi ni dari 13/10 hingga 16/10.Anda pasti puas.Kalau tak sempat jugak anda boleh ke cawangan sushi king sabah dan sarawak minggu depan.Lepas makan makanan jepun kena le cakap jepun.

BANZAIIII!!!

Monday, October 13, 2008

PMR 2008 Bahasa Melayu 1

Kecoh pula pasal soalan PMR.Kertas Bahasa Melayu 1 soalan 25 tiada jawapan.Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin aku pun tengok le juga apa masalah dengan soalan tu kat sini


Nak lagi senang refer terus bawah ni.



Soalan:Pilih ayat-ayat yang betul.

Pilihan I memang salah.Sudah terang dan jelas kesalahan.Tak perlu diterangkan.

Pilihan II "Mesyuarat permuafakatan antara sekolah menengah dengan sekolah rendah turut dihadiri oleh guru-guru besar."
Yang ni pun salah.Entah macam mana pakar bahasa boleh bersetuju dengan ibu calon tersebut?
Guru dan guru besar memang tak sama walaupun sama-sama guru.Ayat II akan betul bila guru-guru besar ditukar jadi guru besar-guru besar ataupun guru dan guru besar.Faham tak Prof?

Pilihan III nampak macam takde masalah.Tapi kalau ikutkan perkembangan semasa ayat tu tetap salah.Ayat yang betul camni "Ketidakpuasan hati penduduk setempat terhadap pemaju kawasan perumahan itu telah disuarakan kepada wakil media iaitu Karam Singh Walia kerana tindakan beliau lebih pantas dan berkesan."

Pilihan IV "Pengambilalihan syarikat itu oleh pengurusan baharu bertujuan untuk memantapkan pengurusan syarikat." Ini ayat yang paling kurang salahnya.Memang ayat ini le yang menteri-menteri melayu kita guna.Kecualikan menteri-menteri bangsa lain sebentar sebab ini bahasa ibunda melayu.Tapi tetap bahasa rasmi negara kita.
Kalau tak percaya tengok masa berita nanti.

Jawapan aku: III dan IV,tetap takde dalam pilihan jawapan.

Datuk Shah Rukh Khan

Tahniah kerajaan negeri Melaka.Pemilihan Shah Rukh Khan sebagai penerima anugerah datuk memang tepat.Kat Malaysia memang dah takde orang lain yang selayak SRK nak terima datuk.Ada ke?Kalau rasa ada ingatkan aku.

Antara kriteria SRK yang melayakkan dia dapat datuk:

KEHADIRAN KE MALAYSIA

SRK jarang-jarang datang(4 kali ada ke?)ke Malaysia.Maksudnya SRK boleh buat promosi negara kita ke negara luar.Kalau bagi datuk kat rakyat Malaysia mana sangat tempat diorang nak buat promosi?Membazir je.


BAHASA

SRK tak tau bahasa melayu.Nak sebut Malaysia pun tak betul kot.Kalau setakat sebut terima kasih kambing pun boleh di ajar(*AMARAN:Orang melaka jangan ajar kambing cakap terima kasih..nanti kambing jadi datuk).Ini yang bagus.Dia boleh mempromosikan Malaysia kepada orang asing yang tak faham bahasa melayu.Kalau bagi datuk kat orang malaysia yang cakap melayu kat sapa le sangat dia nak promote negara kita?Sia-sia.




*wajah bakal Datuk*




Tindakan bijak kerajaan Melaka bukan saja patut dipuji malah ditiru kerajaan-kerajaan lain.Tambahkan lagi umat bergelar datuk.Biar datuk ada diserata dunia.

Antara yang boleh didatukkan:

.Pemenang F1 dan MotoGp di Sepang
-salah satu cara meramaikan jumlah datuk di serata dunia.Nanti Malaysia boleh masuk world record sebagai pemberi gelaran terbanyak.

.Pemain bolasepak luar
-Pemain bola dari negara lain yang score masa lawan pasukan bola Malaysia.Lagi cikai negara tu lagi bagus.Mereka telah mengglamerkan Malaysia dalam peta bolasepak dunia.Ni kategori yang paling banyak calon.Malaysiakan selalu kalah.

.Kuiz/pertandingan
-buat pertandingan apa-apa.Sapa menang bagi pangkat Datuk.Nak lagi bagus bagi hadiah duit.

.Sesiapa saja
-petik je.Hantar wakil ke luar suruh cari sapa nak pangkat Datuk.Guna le alasan lawatan sambil belajar.Bukan ada orang berani komplen.
Alah,Malaysia kan pemurah.

Sunday, October 12, 2008

Selamat Pengantin Baru Aku Betul

Sabtu lepas aku menghadiri kenduri kahwin Dood(sebutan:dud)atau lebih kenali dalam dunia internet sebagai Akubetul.Ada juga yang panggil Bob(panggilan untuk org BADAN BESAR).Aku guna badan besar bukan gemuk untuk menjaga sensiviti semua orang.Maklum le orang dah kawin ni susah sikit.Ada pula yang terasa nanti.

Berikut beberapa keping gambar yang sempat aku snap.


*tempat pengantin bersanding-kecoh gile mamat ni sanding*




Sempena perkahwinan orang yang selalu melepak bersama aku juga rasa sikit-sikit:

Kesedihan
Mungkin akan kehilangan beberapa keistimewaan Dood selepas berkahwin yang bakal menyedihkan aku.

1.KESEDIHAN LEPAK
Sebelum ini dia adalah orang yang paling senang diajak melepak.Tidak kira pukul berapa.Tengok bola dikedai mamak sampai pagi.Borak-borak kosong sampai senja.Main ping pong sampai tengah malam.Tengok bola di stadium.Ohh!!!tak boleh aku bayangkan kalau kena buat semua ni secara solo.



*bahan renjis dan tabur-hampeh!!aku tak sempat guna*




2.KESEDIHAN ALASAN
Nama dia juga boleh dijadikan alasan kukuh untuk melepak.Walaupun aku melepak dengan orang lain,nama dia selalu aku gunakan untuk lepaskan diri.Dia pun pernah guna nama aku kot?Nama sapa aku nak guna lepas ni?Boleh aku guna nama bini kau ke?Kena cari alasan baru ni.


*tepak sireh kot*





Kemarahan/Kemaluan

Aku juga sedikit marah dan banyak malu asyik kena bahan je.Bukan aku sorang je belum kawin.Kenapa aku saja ditanya BILA LAGI?Tanya le Pak Lan (bukan nama sebenar).Nak marah pun tak guna jugak.Kawan-kawan semua tu.Diam lagi bagus.DIAM TANDA SETUJU.Dan pesanan pada mereka-mereka yang sibuk tanya..bila aku sibuk menjemput nanti jangan korang sibuk tak datang pulak.


*pasangan mentah mencuba-cuba...kecik-kecik dah gatal*




HARAPAN
Pehh!!Dah jadi karangan entry aku kali ni.Dood,harapan aku kau tak jadi seperti mereka-meraka yang terdahulu(berkahwin)yang telah diikat telur dan keberanian mereka,dicabut kebebasan mereka dan dirampas kebahagian bujang mereka seperti Saleh(bukan nama sebenar..sekadar contoh hiasan)dan beberapa nama lagi.BERJUANGLAH!!



*pengantin sebenar dan 3 orang pelakon tambahan..percubaan menekel camera man*




Dan untuk mereka-mereka yang berkahwin.

SELAMAT PENGANTIN BARU!!

Thursday, October 9, 2008

Farewell Pak Lah

Dan akan berakhirlah satu lagi perjuangan Perdana Menteri Malaysia.Akan datang satu lagi PM baru yang tak diketahui macam-mana pula coraknya.Dalam masa yang singkat saja Pak Lah telah disayang,dibenci,dikutuk,dan disukai.Apa kisah.Sekurang-kurang nya orang yang kutuk tak pernah jadi PM dan tak kan dapat merasa pun title PM.Kecuali le Tun Det. TAHNIAH PAK LAH.Kalau ada orang kutuk lagi cakap je.

AKU BEKAS PM MALAYSIA.

Tapi ingat,jangan cakap kat Che Det.

Pak Lah tetap menjadi sebahagian dari sejarah Malaysia atau pun paling kurang sejarah pada aku sendiri.


Pak Lah :

-menjadi PM paling singkat dalam hayat aku.

-mewujudkan dua orang mantan PM dalam satu masa.

-mempunyai menantu dalam arena politik.

Lepas ni boleh le Pak Lah tido dengan senang hati.Takde orang nak curi-curi snap gambar.

Lepas ni boleh le Pak Lah kahwinkan anak-anak tiri dia.Takde orang nak rebut-rebut.

Lepas ni boleh le pakat-pakat ngurat anak PM baru.
Najib ada anak perempuan tak?
Aku nak jadi ketua pemuda umno ni!

Tuesday, October 7, 2008

Lagu Raya Lepas Raya..apa jadah??

Apa relevannya lagu raya lepas seminggu beraya.Sepatutnya pasang kat majlis-majlis open house je.Radio pun tak payah le nak pasang lagi dah.Hentikan semua ni.
Sepatutnya lagu raya pasang sebelum raya je.Tak payah payah dikenang-kenang yang sudah.
Pandang kedepan.

Kalau nak pasang lagu raya pasang le lagu raya yang akan datang macam:

1.Raya Deepavali
2.Raya Korban
3.Raya Krismas

Dengar lagu raya lepas raya..

-bagaikan orang baru bangun tidur disorongkan bantal

-ibarat menyabun kambing di kandang

-seperti menyamak seekor babi

-umpama mimpi dalam mimpi


ADA MAKNA KE TU??

Sunday, October 5, 2008

Kecewa diRaya keDua

(sekadar luahan perasaan raya aku)



Maafkan kan aku kaum-kaum sensitif.
Aku mulakan dengan ucapan maaf supaya entry aku tak disalah erti.
Kadang-kadang memang susah berurusan dengan kaum-kaum sensitif,nak lagi cantik kaum-kaum yang berdarah setiap bulan.MEMANG SUSAH.

*
*

Sebelum raya aku janji nak jumpa beberapa kawan dari KAMPUNG masa raya kedua.Memang excited gila le nak jumpa kawan-kawan lama yang tak pernah jumpa.Lalu aku berurusan dengan cik Tora(bukan nama sebenar).Tora seorang yang ceria dan sentiasa bertenaga,malah sangat ramah tamah macam dah bertahun kenal.Cik Tora pun kumpul le manusia-manusia yang sanggup korbankan raya ke2 demi sahabat handai dan buat janji lebih kurang konon-konon nak jumpa pukul 2.30 petang hari raya ke2.

*
*

Dipendekan cerita maka sampailah raya ke2.Atas sebab-sebab kesibukan beraya aku pun terlupa nak periksa isi kandung telefon aku.Dah tengahari lebih kurang baru aku perasan ada 3 sms dan beberapa miss call.Semua dari cik Tora.Masa tertera pulak 930 pagi - 10 pagi.Maafkan aku cik Tora tidak mereply sms mu.Janji 230 petang.Awal lagi ni.Sambung raya dan layan sanak saudara(memenuhi tuntutan raya).
Abis layan sanak saudara aku pun melepaskan diri untuk beraya dengan kawan-kawan seperi yang dijanjikan.

*
*

Untuk menambahkan lagi unsur-unsur dramatik dan surprise aku pun bergerak menuju ke sebuah daerah asing demi berjumpa kawan-kawan secara senyap-senyap.Harap-harap kawan-kawan yang tidak meng expect kehadiran ku lebih teruja.Kerana daerah itu terlalu asing aku pun menghantar sms kepada kawan yang aku PERCAYAI,cik Tora.

sms aku:otw
sms dia: tiada jawapan.
hati aku:dah kena tipu ke aku ni?
perut aku:lapar ni belum makan lagi.nak tunggu beTik(nama seorang kawan) belanja.
andaian aku:rilekss..dia nak buat surprise tu.

teruskan perjalanan.

Aku dah sampai ke tempat yang sangat asing bagiku.235 petang.5 minit lambat.Berhampiran kawasan yang dijanjikan(kalau tak silap aku sebab aku tak tau kawasan ni).Bagi aku ini lah masa paling sesuai minta tolong dengan kawan yang aku percaya.

Call Tora.
-tak angkat
Call lagi
-tak angkat
ada sms masuk

sms dia:hang tok sah dok call le.tadi aku call tak angkat,sms pun hang tak reply.

hati aku:tadi layan saudara mara mana ada masa layan telefon je.ni kan hari raya.lu pikir le sendiri.

sms aku:tadi sibuk.tak bawa handset.

(aku dalam kepanasan,kepenatan,kelaparan dan kesesatan,mana ada tenaga nak text)

Call lagi....sampai dia angkat.

perbualan dia dan aku(lebih kurang le,aku tak ingat tepat..lapar beb!)

aku:hello

dia:hang nak apa lagi?

aku:kat mana ni.aku dah tak tau jalan.

dia:lantak pi la kat hang.tadi aku call tak angkat.sms tak reply.

aku:tadi sibuk beraya.aku sesat ni oi.

dia:tadi aku nak habaq jalan hang tak angkat.

aku:tak kan 930 pagi dah nak habaq jalan.aku sesat ni.tolong le.

dia:lantak pi kat hang.tadi sombong.

aku:bukan sombong,tadi aku..oi oi

dia:tut tut tut (dah letak)

Aku tenang lagi.
Call beTik.Lansung tak jawab.
Call syasya.Tak jawab.
Call udus.Udus ajak beraya kat rumah dia yang satu jam perjalanan lagi.Oh tidak!!

Aku boleh terima kalau marah sebab aku lambat.Tapi aku lambat 5 minit.Perjalan aku berbatu-batu dengan perasaan berkobar-kobar nak jumpa kawan-kawan jadi sia-sia.Kerana seorang manusia sensitif.Raya ke2 tu oii..takkan aku nak pegang je telefon.Kepala otak ada.Hang tak leh pikiaq ka??
Kalau pun marah,bukan kah raya kita patut bermaf-maafan.

kawan yang aku percaya..membuat aku kecewa..dihari raya kedua.

Tuesday, September 23, 2008

Selamat Hari Raya

Huh..memang susah nak tulis lepas lama rehat.Otak pun dah macam berkarat je.Bukan aku saja-saja tak nak tulis tapi biasanya penulisan aku mesti mengutuk dan menghina.Jadi sempena ramadhan ni aku pun malas le nak mengurangkan pahala puasa aku yang tak seberapa.Mungkin lepas raya boleh le cargas balik.

Dalam mood raya ni aku dah boleh tulis sebab hati dah penuh kemaafan dan keinsafan.Ingat tu kawan-kawan.KEINSAFAN.Sila contohi.Dekat-dekat nak cuti raya ni memang jasad je la yang bekerja.Biasanya jiwa dah start bercuti.Dah balik kampung pun.

Aku memang suka mood raya.Kita boleh bertegur sapa dengan sesapa saja.Takde masalah.Tegur je sapa-sapa mesti dijawab mesra.

Balik raya mana bang?

Banyak betul kereta tahun ni ye.(merujuk pada jalan yang jam)

Jangan lupa datang beraya kat rumah tau.

Tapi kalau pilihanraya jangan gatal-gatal nak tanya..

Balik undi sapa bang?

Banyak betul bendera PKR kat sini.

Jangan lupa undi PAS tau.

Kalau nak try juga apa daya aku.Sama-sama le kita doa mood raya bertahan sebulan,paling kurang pun bertahan sampai abis cuti raya.Harap-harap boleh mengurangkan kadar kemalangan sempena cuti raya ni.

sekian saja.Selamat Hari raya.Maaf.

Friday, August 1, 2008

SURAT TERBUKA UNTUK FAM

Rujukan Tuan:Tak kan tak tahu kot

Rujukan saya:Suka hati saya le

Tarikh:1/08/2008


Warga Ahli fikir FAM,

Tuan,
Komen Malaysia XI vs Chelsea

Rentetan kekalahan 0-2 pasukan Malaysia kepada pasukan Chelshit baru-baru ini saya ingin melepaskan sebutir dua kata pendapat dan isi hati mengenai mutu bolasepak pasukan Malaysia.

Tidak dinafikan pasukan kita jauh lebih lemah dari pasukan Chelshit itu,tetapi ada beberapa titik kelemahan yang tak patut ada pada mereka yang bergelar pemain profesional.

1.LEMBIK
Sudah bertahun pemain Malaysia dikategorikan sebagai lembik tapi seperti mencurah air tawar kedalam laut.Curah banyak mana pun laut takkan tawar.Kita bermain dipadang sendiri,didepan penyokong sendiri,didepan penyokong sendiri yang tak sedar diri dan dibawah cuaca kita sendiri.Tapi pemain kita yang lebih pancit atau pun cepat penat berbanding pemain pasukan Chelshit yang datang beribu kilometer dan tidak biasa dengan cuaca negara kita.Adakah latihan kita terlalu manja?Atau pakar makanan kita yang bodoh?

2.TAK BEROTAK
Para pemain kita membesar dengan menonton Liga Eropah,sepatutnya sudah tahu setiap tabiat dan cara permainan pemain Chelshit yang baru ataupun yang lama.Tapi tahap kecerdikan yang sangat rendah telah menyebabkan pemain kita memberi ruang pada Deco dan Lampard ketika set piece.Tak kan korang tak nampak Deco kat hujung petak D wahai pemain-pemain Malaysia sekalian?Entah apa le yang Satianathan ajar budak-budak ni.Nasib baik le goalkeeper world class punya level.

3.PERASAN BAGUS
Pemain Malaysia cepat sangat puas hati.Lepas passing je berdiri terpacak macam tunggul.Sepatutnya bergerak cari tempat kosong baru senang teammate nak passing balik.Basic tu oii.Sifu Satia tak ajar ke?

4.Amirulhadi Zainal
"Saya kecewa kerana tak dapat bolos gawang Petr Cech" kata simangkuk ayun ini.Sepatutnya teammate yang lebih kecewa.Bila lawan team yang jauh level kena le ambil peluang yang ada.Kenapa kau rembat macam tak makan je mangkuk?Kenapa tak passing kat member,kayu??Kau dapat 3 peluang tapi tak bole score.Lepas ni baik kau ambil kursus jadi linesman je.Kalau ada anugerah pemain paling mangkuk,kau lah orang yang paling layak.Tahniah!!

Tuan-tuan ahli fikir FAM,silalah berbuat sesuatu demi kepentingan bola sepak Negara kita.Bukankah kalian dibayar untuk buat camtu?


Sekian.

Peminat yang kecewa,
Sukun

Thursday, July 10, 2008

Ada apa dengan dia...?

Aku ada jumpa satu karya agung yang susah nak diterjemah.Sesapa boleh tolong aku huraikan apa yang terjadi kat sini.

klik sini

Lepas tu tolong jawab soalan berikut.

SIAPAKAH MEREKA INI?

a.bapa dan anak

b.bos dan kuli

c.pakwe dan makwe

d.makwe dan pakwe


Dah le.Aku dah tak tahan dah.Korang layan le.

Tuesday, July 8, 2008

ASIA BAGUS VOL 1

*tajuk tiada kaitan dengan posting*

Alak Carburetor Dung tunjuk jubor sambil jerit jilat! jilat! jilat! dibaling dimaki dan dipukul.Apa nak heran.Mana ada orang nak tengok jubor jantan.Tanyalah sapa pun.Jangan tanya Saiful Bukhari Azlan dah le.

Bagi aku dalam kes ni Alak memang tak salah.Dia punya jubor suka hati dia le nak tunjuk.Lagipun bukan dia buka abis seluar.Lagi pun ada ke akta tayang jubor?Salahke?
Kesilapan atau kesalahan Alak satu je,sebab dia jantan.Cuba bayangkan artis perempuan kangkang atas stage sambil jerit jilat! jilat! jilat!,ada ke yang nak baling botol?Yang angkat tangan offer diri ada le kot.

Penonton pun tak salah juga.Memang le marah.Yang gay je kot tak marah.Tapi tak payah sampai tahap baling botol.Apa lagi sampai tahap pukul-pukul.
Guna le cara lebih tamadun.Lain kali kalau ada orang tonggeng jerit jilat! jilat! jilat!
Jerit le balik...

TAK NAK JUBOR!
TAK NAK JUBOR!!
TAK NAK JUBOR!!!

Sunday, July 6, 2008

Aku dan JPJ

Macam-macam orang cakap bila sebut pasal kerja kerajaan.Lembab,makan gaji buta, minum
kopi,borak-borak.Kadang-kadang terlebih kutuk tanpa jaga perasaan pekerja-pekerja kerajaan yang memang bagus.Sebagai membela nasib pekerja kerajaan yang selalu dihina aku paparkan kisah aku berurusan dengan JPJ Wangsa Maju:


*aku berurusan ikut telefon*

Aku:Dail 03-4024120

trut trut tru trut (8x)

JPJ:Terima kasih kerana menhubungi JPJ bla bla bla .... Sila tekan nombor sambungan atau tekan 8 untuk rujukan jabatan.

Aku:Tekan 8

JPJ:Sila tekan 1 untuk khidmat pelanggan, 2 untuk aduan, 3 pendaftaran kenderaan, 4 bla bla..., 5 untuk maki JPJ, 6 bla bla ...... dan 9 untuk tamat perbualan.

Aku:Tekan 1

JPJ:tong teng tong teng tong teng (muzik bangang 2,3 minit)
Maaf,gagal mendapat bantuan.Sila tekan 0 untuk bantuan telefonis,tekan #untuk mencuba lagi atau tekan 9 untuk tamatkan perbualan.

Aku:Tekan 0

JPJ:tong teng tong teng (muzik bodoh)
Gagal dapat bantuan.Sila tekan 0 untuk bantuan telefonis,tekan #untuk mencuba lagi atau tekan 9 untuk tamatkan perbualan.

Aku:Tekan #

JPJ:Terima kasih kerana menhubungi JPJ bla bla bla .... Sila tekan nombor sambungan atau tekan 8 untuk rujukan jabatan.

Aku:Tekan 8

JPJ:Sila tekan 1 untuk khidmat pelanggan, 2 untuk aduan, 3 pendaftaran kenderaan, 4 bla bla..., 5 untuk maki JPJ, 6 bla bla ...... dan 9 untuk tamat perbualan.

Aku:Tekan 2

JPJ:tong teng tong teng teng(muzik bangsat) .Tiada jawapan.
Untuk mula tekan 1
bantuan operator tekan 0
lain-lain tekan #
rujukan tekan 8
tamat tekan 9

Aku:Tekan semua sambungan yang ada.

JPJ:tong teng tong tong geng..Tiada jawapan
tong teng tong teng macam sial..Gagal dapat bantuan

Aku:Letak telefon pelan-pelan sambil memuji-muji kehebatan dan kecekapan JPJ.

Jadi pada mereka-mereka yang tak pernah berurusan jangan nak komen saja.Jangan nak pandai-pandai kutuk.Sebenarnya tak teruk mana pun staff gomen ni.

Friday, July 4, 2008

ini password ku

Tak guna betul.Kenapa blog nak ada password pulak.Penat aku tercangak-cangak ingat balik password aku.Hasil kepandaian aku dapat jugak le trace balik.Mari hafal password aku sama2.
Maka password aku adalah seperti berikut

***********

Lepas ni aku tak kan lagi lupa.Harap2 le.Dalam lama tak update pun ada juga manusia sesat masuk blog aku.Kalau memang nak masuk ,terima kasih sokongan anda.Kalau memang sesat,pulang le kepangkal jalan.

Dalam masa hilang password ni banyak benda aku terlepas.Kisah Euro 2008 le,kisah bunuh sana-sini,kisah politik Malaysia yang macam gampang le,kisah tibai jubor the return le. Tak sempat nak komen.Bodoh betul.Kenapa blog kena ada password??

Dengan ini aku berjanji,akan lebih rajin tulis blog demi mengejar masa-masa yang terlepas dan kisah-kisah politik negara yang makin hari makin kotor dan memalukan.Ada hati buat live telecast lak tu.Seperti membuka kurap didada.
Bodoh.

Monday, April 7, 2008

Oh Sufiah...kenapa kau jadi pelacur?

Kecoh sana sini kisah genius matematik yang jadi pelacur.Ada yang salah kan bapa dia.Ada
yang salahkan dia.Kenapa nak salahkan Sufiah,dia genius matematik bukan genius pendidikan islam.Dari segi matematik satu malam boleh dapat £130 dah dikira bagus.Kalau 10 malam dah £1300.

Ada yang nak pergi tolong dia.Nak tolong macam mana?Bukan kena paksa pun budak tu.Buat kerja suka rela.Kalau setakat nak tarbiah,kat Malaysia ni melambak lagi yang nak dibetulkan.Jangan buat-buat tak nampak pula yang bersepah kat sini.

Paling kurang dia dah bagi contoh kat bohsia-bohsia murahan.Jangan jual murah sangat,jangan layan lelaki sengkek,jangan malas belajar,jangan sampai kantoi.

Tuesday, March 11, 2008

siapa kerajaan??siapa pula pembangkang??

Dah lama tak update blog,sampai aku lupa aku ada blog.Ada juga orang yang datang.Walaupun tak ramai.Terima kasih.

Lepas mengharungi minggu-minggu politik yang panjang.Baca paper kisah politik,tengok tv kisah politik,lepak kedai dengar kisah politik.Aku harap dunia kembali seperti asal.Walaupun tak macam asal sangat.Aku ingin baca paper dengan tenang,aku mahu minum teh tarik tanpa kisah-kisah politik.

Pada mereka-mereka yang kalah,cukup-cukup lah.Bagi saja peluang pada orang yang menang.Pada mereka yang nak berundur,biarlah dia berehat.Harap-harap kerajaan baru dibeberapa negeri dapat bagi kesan segera.Jangan cakap saja.

Keputusan pilihanraya bawa kesan agak besar.Meeting pun dimulakan dengan kisah-kisah pilihanraya.Antara yang kedengaran,betapa bencinya kaum india pada Samy Vellu,betapa ramai orang mengutuk kesilapan dan kelemahan Pak Lah,betapa ramai orang mahu Pak Lah berundur diri dan ada yang suruh bunuh diri,tapi Pak Lah masih bertapa disitu,betapa bodohnya tukang kira undi kat Rembau,macam mana boleh salah kira sampai 6ribu lebih,atau betapa ramainya askar-askar dan polis-polis dan mereka yang undi pos dari Rembau,Negeri Sembilan.Hebat.

Oh,pada mereka yang baru menang,cepat-cepat lah tubuhkan kerajaan baru.

Mana Menteri Besar baru??????

Tuesday, February 26, 2008

PAS,BN atau Kelantan

*Semalam makan daging,hari ni makan daging,esok makan daging lagi..hari-hari makan daging..dengan populasi dunia yang dah lebih 5 billion orang,daging tetap ada.Terima kasih binatang-binatang*

Ini adalah dari email.Jadi jangan pula ada si buta kayu cakap aku tiru dari mana-mana....

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia

17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni. Sehingga kini
segala tohmahan rasuah dan salahguna kuasa yang didakwa
dilakukan kerajaan negeri PAS tidak dibuktikan.
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah

Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebeleum ke pejabat

18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah
ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah
ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan *harga nikah pun masih murah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!


Merujuk pada (*)

ADA TAK MINAH KELANTAN YANG COMEL DAN AVAILABLE??

Monday, February 25, 2008

sana sini poster........

*Oh,pasukan Chelsea(Chelshit) yang mengimpikan 4 kejuaraan sudah hilang satu trofi dalam sedar.Mungkin mimpikan 3 kejuaraan pula lepas ni.Atau 2 atau 1.Teruskan lah bermimpi wahai Chelshiters......masuk ke topik..... *


Dan bermulalah era perang poster disana sini dalam dua minggu yang sibuk ni.Mana saja ruang-ruang kosong yang ada ditampal digantung dipaku kan segala macam poster dan bendera.Dimana-mana saja,dewan-dewan serbaguna,tadika kemas depan rumah aku,dan tempat-tempat terpilih dikuasai oleh bekas parti pemerintah...manakala parti-parti pembangkang menguasai tempat-tempat persendirian saja dan pokok-pokok yang tak dihuni bendera pemerintah.
Tokey-tokey kedai printing tersenyum riang dapat rezeki dari aura pilihanraya.Siapa lah yang dapat agaknya?..Mungkin kawan-kawan dan sahabat handai juga.Baguslah.

Berkesankah lagi kaedah poster dan bendera?Dapatkah menarik pengundi dengan menampal poster dan menggantung bendera sigenap penjuru alam maya?Mungkin 40 tahun lalu,dimasa majoriti pengundi adalah dari golongan buta huruf,maka poster-poster memberi kesan dalam pemilihan calon dan parti.

Tapi kita dah 50 tahun merdeka.Pengundi-pengudi adalah dari golongan celik huruf.Yang buta huruf,kalau ada pun mungkin segelintir saja.Yang buta hati lagi ramai rasanya.Jadi pada aku,perang poster adalah satu pembaziran.Tiada alasan yang boleh menuju ke arah perang poster.

Bagi parti yang menggunakan wang rakyat atau pun dibantu oleh syarikat-syarikat swasta yang memuliakan hati menaja poster dan bendera,ia tetap satu pembaziran,apatah lagi parti yang meminta derma dari penyokong-penyokong ketika ceramah.

Bukankah itu pembaziran yang nyata??

Wednesday, February 13, 2008

bila politik jadi drama...

Semalam,semasa wartawan mendesak,bertanya,menghentak,terjah pak lah dengan soalan-soalan pembubaran parlimen.Maka kata pak lah,bukan esok(bukan 13/02/08).
Sila rujuk sini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Lalu wartawan pula yang kena.
Kata pak lah"Tidak... tidak lagi, pandailah you,’’
Kata beliau lagi ‘‘Khabar angin, itu yang seronok dengar, siapa cakap? Mesyuarat Kabinet ada lagi, ada lagi, dalam penggal ini ada lagi mesyuarat Kabinet.’’


Tapi, tak sampai 24 jam rasanya.Tengah hari tadi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm



Katanya

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”

Dah bubar pun.Macam tu je.
Apa pak lah nak cakap kalau jumpa wartawan semalam?

Oh,dia Perdana Menteri.Mungkin dia boleh cakap apa saja.
Lagi pun,sapa nak persoalkan.


Best juga jadi PM ye.

takde idea

Terus terang.Aku takde idea.Aku malas nak memerah otak nak menulis.
Baca lagi bagus.Aku tinggal kan lirik lagu ni kat sini.
Sila layan.
Oh ya..ni lagu duet.Sila nyanyi berdua atau berlebih dari itu.



--MALE--

You came close, smiled like this
You don't know what dreams you showed me
You came close, smiled like this
You don't know what dreams you showed me
Now my heart is neither awake nor asleep
What can I do, oh, something is happening

--FEMALE--

You came close, smiled like this
You don't know what dreams you showed me
Now my heart is neither awake nor asleep
What can I do, oh, something is happening

--MALE--

I don't know what experience this is
It doesn't get quenched, what thirst this is

--FEMALE--

What intoxication of love
Has spread upon me, sweetheart

--MALE--

No one knows why our peace gets lost
What can I do, oh, something is happening

--FEMALE--

What can I do, oh, something is happening
Hey, eh



--FEMALE--

What color my prayer has brought
I don't know how this love happened
In this restlessness
I don't know why peace has started to come

--MALE--

In loneliness my heart sorts through memories
What can I do, oh, something is happening

--FEMALE--

What can I do, oh, something is happening

--MALE--

You came close, smiled like this
You don't know what dreams you showed me

--FEMALE--

You came close, smiled like this
You don't know what dreams you showed me

--MALE--

Now my heart is neither awake nor asleep
What can I do, oh, something is happening

--FEMALE--

What can I do, oh, something is happening

Monday, February 11, 2008

sukun komen perempuan

Kata bapa aku perempuan badan kecil-kecil kuat bebel.
Aku kata semua perempuan kuat bebel.
Kata kawan aku perempuan badan besar sangat sensitif.
Aku kata semua perempuan sangat sensitif.
Kata orang lelaki dari Mars dan perempuan dari Venus.
Aku kata lelaki dari bumi dan perempuan tak tahu dari planet mana.Mungkin Pluto atau mungkin juga dari sistem suria yang lain.
Kata mitos dan cerita-cerita lama perempuan sangat pelik dan sukar difahami.
Aku kata semua perempuan sangat unik.

Kata aku lagi....
Perempuan itu rumit dan merumitkan.Perempuan itu berbeza dan berlawanan dengan lelaki.Dari sudut matematik perempuan adalah pengamiran dan lelaki itu pembezaan.Lelaki cuba memudahkan semua benda tapi perempuan pula nak meng"kompleks"kan segala perkara.
Lelaki menyumpah badak menjadi lembu supaya boleh dimakan tetapi perempuan menyumpah kutu menjadi gajah.Berat le kepala.

Tanya soalan yang sama kat lelaki dan perempuan,dengar jawapan.

Soalan 1:
1+1=?


Jawapan lelaki:
2


Jawapan perempuan:
Ala..awak ni soalan senang macam tu pun nak tanya saya tau.Tak kan tak boleh jawab,masa tadika pun cikgu dah ajar.Jangan le nak hina IQ saya pula.
Ok,saya bagi contoh kat awak ye..Kalau kita pergi shopping,lepas tu ada offer buy one get one free.Awak pun beli le barang tu satu.Harga yang murah tapi awak dah dapat lebih barang..awak paham tak ni?
Eh,awak tanya apa tadi?


Soalan 2:
Kenapa sosej dipaketkan 10 keping sepaket tapi roti hotdog paket 8 je sepaket?


Jawapan perempuan:
Wahh!!!Mana awak dapat soalan camni.Awak baca encyclopedia ke?Awak amik dari Reader Digest ke?Susah sangat le soalan awak ni.Kenapa tak tanya kasut buatan dari mana?guna fabrik apa?berapa range harga?Tak pun tanya je kat KLCC ada berapa kedai?Tau le saya jawab.
Awak bagi je la jawapan.


Jawapan lelaki:
Entah.Tak tahu.



*Takpe lah,kalau anda lelaki,teruskan jadi lelaki.Dan kalau anda seorang perempuan teruskan pengamiran anda*

Wednesday, February 6, 2008

Believe in marriage?

(HASIL KARYA PENULIS JEMPUTAN)


Do you believe in marriage? Do you believe in companionship? Do you believe in sharing your life and time?

I might sounds weird, but sometimes I don’t believe in marriage. I don’t know. I am super weirdo woman. I had been surround by women that dying to get marry after graduated. But still, marriage is not on my mind. If I do think, it may last only for 30mins (usually when I attending someone wedding).

So, a few months ago, someone talks about getting engaged and married to me. After years, all my ladies talking about marriage, the day for me comes. I am so excited like tomorrow is a big day. Being a normal woman, I like to continue the discussion about the big day, but I left frustrated. It’s only ‘cakap-cakap’. So, I end up blame myself not to think about married again.

But, the ‘cakap-cakap’ comes again, but this times I talk and think little. I am scared to think about marriage. If only I dare to think seriously about marriage, when I had had a zillion monies in my account bank. Again, the proposal is ‘cakap-cakap’ only. No further action or discussion, which I believe it someone trick to ensure a woman to stick with him without a serious commitment.

Marriage need two persons and it involve money. Person like me with no decent job, only able to feed myself, pay education loan and loan and loan and parents and brothers and sisters and nieces and nephews. So, marriage is not a good choice.

A year in relationship does not ensure anything to us. Other than wasting money and time, relationship make women cries for what men done. Where is a good thing to be in relationship? I am confused.

In coming New Year, a marriage is a no-no to me. I may talk loud about getting marriage, but deep down inside I don’t believe in it. Being alone at the end of day may be one of good choice. May be.

Thursday, January 31, 2008

sukun komen politik

Wah.Tak pernah lagi aku komen bab-bab politik macam ni.Tapi pilihanraya dah dekat sangat rasanya aku pun sudi-sudikan diri nak komen politik negara kita yang sangat demokrasi ini.Aku terbaca paper pasal Abdul Khalid Rasid.Kalau rajin baca kat sini.Dan bagi mereka-mereka yang malas biar aku terangkan keadaan.

Abdul Khalid(AK) adalah wakil PAS di Kepala Batas,tempat Pak Lah kita(PK),PM kita bertahta,maksud aku kawasan PK bertanding.Dah dua kali bertanding dan tak pernah menang pun.Tahun 1999 AK kalah dengan majoriti 11,175(sebelas ribu seratus tujuh puluh lima).AK dapat 8810 undi.Berapa undi PK dapat?

2004 bertanding lagi.PK dapat 25,403 undi,AK dapat 7281 undi.Berapa majoriti?Berapa pula peratusan?

Lupakan kejap.

AK kata dia dah malas nak bertanding,bagi peluang pada orang muda yang 50 tahun kebawah.Bagus ni.Yang dalam UMNO pun boleh contohi juga.Kalau dah tua sangat pun otak dah berkarat,badan dah lemah.Jangan sampai orang halau.Berhenti MAKAN sebelum kenyang.Dah bertahun tak kan tak kenyang lagi kan?

BAlik ke kisah AK.

Kalau diminta bertanding juga dia tetap nak bertanding di Kepala Batas.Kata dia lagi.

“Saya tidak mahu bertanding di kawasan lain kerana takut menang. Kalau menang, tanggungjawabnya berat. Kalau saya bertanding dengan Pak Lah, saya tahu saya pasti kalah. Jadi, kalau hendak suruh bertanding juga, biarlah di Kepala Batas”

-aku petik dari Utusan,jangan percaya sangat sebab kata orang PAS media pun dah dikuasai kerajaan walaupun sumber tu bernama mahupun tak bernama.

Andai kata benar.Bodoh sangat le AK kalau nak bertanding walaupun dah tau nak kalah.Bodoh le juga pihak yang cadangkan AK bertanding.Dan bodoh le juga pihak-pihak yang berkempen sana sini untuk AK.Kebodohan dan kebangangan yang nyata,jitu dan persis.Tahniah.

Kata AK lagi,(dari sumber yang sama)

“Memang kita tahu Pak Lah akan menang tetapi kita tetap mahu memberikan cabaran supaya kemenangan itu tidak secara percuma. Kalau tidak, Perdana Menteri tak hebatlah”

Tak bodoh ke tu?
Lupakan saja bab kebodohan.Memang dah ramai yang bodoh dalam dunia ni.Maafkan saja kebodohan mereka.

Tengok dari sudut yang lain.Bukan ke membazir namanya semua ni.Dan mereka dalam PAS(Parti Islam SeMalaysia)patut lebih arif dengan makna pembaziran.Mencetak muka-muka AK diatas kertas,poster dan banner.Walaupun guna duit dari kerajaan negeri,walaupun guna sumbangan orang awam.Namanya tetap membazir.

Dan lawatan para al-Hafiz,al-Ustaz, dan haji serta hajah yang lain ke kawasan Kepala Batas untuk berkempen bagi pihak AK adalah pembaziran.
Itu belum masuk wang taruhan yang hangus sebab tak dapat peratusan undi yang cukup.Aku tak tahu berapa.Dan tak berminat sangat nak tahu.Walaupun AK seorang ahli perniagaan yang mungkin berpendapatan juta-juta tapi bila dibuang 3,4 ribu tanpa sebab tetap pembaziran namanya.

Oh ya ustaz-ustaz,haji dan hajah dari bulan dan juga roket dan kepala lembu.

BUKAN SIKAP MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN??
DAN YANG MEMBAZIR ITU SAHABAT SYAITAN??

*Lembu naik Roket pergi Bulan....
"Eh,kenapa bulan ni putih,kadang-kadang hijau pula?"

Wednesday, January 30, 2008

malas kah aku atau sudah kering?

Semenjak dua ni aku dah makin kurang menulis.Ditambah dengan sedikit sibuk situ dan sini sampai aku tertanya.

Aku takde idea ke?

Atau aku sudah malas?

Kadang-kadang rasa pelik bila ada orang ada 2, 3 blog.Macam mana dia handle semua?
Yang ada 8 blog pun ada.Kau memang dasyat.Tapi kena buat rangka dulu sebelum tulis.WAhh!!
Dah macam buat essay kat sekolah je.Komited sungguh.

Dulu aku pernah pernah masuk kursus motivasi.Kes kena paksa le ni.Semua orang kena ikut turutan.Memang tak boleh lari.Dua hari tu,nak dengar orang cakap benda-benda motivasi.Bosam gila.

Sekali Miss Geli (aku tak tau nama dia) tanya:

What make you do your best?

Semua kena jawab pula tu.Dah macam kat sekolah.Bertambah le aku benci kat sessi motivasi.Macam-macam jawapan ada.Duit,perempuan,pangkat bla bla bala.
Sampai le turn aku.

Aku bangun.
Aku jawap:Takde.
Aku duduk.

MG:Takde?Apa-apa saja yang yang memberi motivasi.

Dan untuk itu aku terpaksa terangkan secara panjang lebar.
Aku bangun sekali lagi.

"Saya tak perlukan motivasi untuk bekerja sebab bekerja adalah tanggung jawab saya.Saya digaji untuk membuat kerja.Saya bersikap profesional,tidak membawa masalah luar masuk ketempat kerja dan begitu juga sebaliknya.Bagi saya orang yang perlukan motivasi untuk membuat kerjanya adalah orang yang lemah dan tak profesional".

Aku duduk.MG angguk-angguk.Aku tak tahu dia setuju ke tidak.Aku tak kisah.

Dan hari ini,aku tercari-cari apa yang menyebabkan aku nak menulis.

Adakah duit?seperti blog lain yang penuh iklan.

Atau aku perlu pembaca?Kalau ikut statistik ada je orang masuk blog aku.Tapi ada juga orang cakap aku sendiri yang masuk.Suka-suki kau je kan?

Atau aku perlu marah setiap hari?Sebab aku buka blog ni pun atas kemarahan.Marah juga pencetus semangat aku tulis.Tapi aku nak marah sapa setiap hari.

Hari ni aku boleh marah mamat yang tackle kaki aku sampai nak patah semalam,tapi esok,lusa sapa lagi aku nak marah.

Perlu ke aku marah Faizal OIAM?Apa salah dia kat aku?
Perlu ke aku marah Lini atau penculiknya?
Perlu ke aku marah Lingam?Nanti orang cakap aku racist pulak.


Malas le aku nak tulis lagi.

Monday, January 28, 2008

visi dan misi mat rempit

Kita selalu kata mat-mat rempit ni bodoh.Akal pendek dan takde masa depan.Orang-orang kita memang cepat jatuhkan hukuman.Lansung tak bua inisiatif mengenali apa masalah atau apa tujuan mat-mat rempit ni merempit.Banyak kali juga malam-malam minggu aku lepak sambil tengok mat rempit ni dan aku rasa mat rempit ni tak sebodoh yang disangka.Ada juga yang tak berani seperti yang disangka.

Kita boleh nilai mat rempit dari apa yang dia buat:

Wheellie.

Wheellie atau mengangkat tayar depan dan menggunakan tayar belakang saja.Bukan setakat nak tunjuk berani.Apa yang mat rempit cuba sampaikan adalah mereka juga ada motif atau tujuan hidup.Mengangkat tayar depan keaatas membawa maksud mat rempit juga bercita-cita nak ke angkasa satu hari nanti.Menunjukkan mereka juga ada impian dan cita-cita.Atau pun mereka bercita-cita konvoi dengan motor ke bulan.

Angkat tayar belakang.

Tak ramai yang buat sama ada tak tahu buat atau tak sedar.Secara simbolik aksi ini memberi maksud yang mat rempit pun sedar diri dan sentiasa berpegang pada pepatah melayu " TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG".Walaupun dah jatuh banyak kali.Aksi ni juga menunjukkan betapa mat rempit sedar bila mati dia jatuh atau kena langgar ketanah juga dia nnati.Mendalam betul jiwa mat rempit.

Gang bang.

Mat-mat rempit juga selalu dikaitkan dengan gang bang.Sekumpulan mat rempit berkongsi seorang gadis,bohsia,lauk atau apa saja perkataan kata ganti diri yang lain.Ini menunjukan betapa mat rempit sangat mementingkan kerjasama dalam kumpulan.Team work.Sikap tolong menolong dalam berkawan.Mana mungkin mat rempit yang hodoh mampu nak mengurat bohsia.Terpaksa le kawan-kawan kongsi hasil tangkapan.Macam sekumpulan singa.Simbolik tu.

Bertaruh dan berlumba.

Mat rempit yang masih bersekolah juga selalu berlumba.Ini menunjukkan mat rempit sangat berdikari.Cari duit saku sendiri.Kalau selalu menang mungkin boleh bayar yuran sekolah sendiri,beli baju dan buku sekolah.Dan kalau operasi polis dikurangkan mungkin mereka mampu menyara keluarga.BAgus mat rempit ni.


MAt rempit juga penghibur secara percuma.Tengok le malam-malam hujung minggu berapa ramai manusia yang terhibur tengok aksi mat rempit.
Ada ke mat rempit minta bayar tiket?
Ada ke mat rempit yang halau penonton?

Sebelum kita maki.Sebelum kita hina.Sebelum kita tunjuk jari salahkan mat-mat rempit ni,sebelum kita tanya apa sumbangan mat rempit kat kita.Baik kita tanya dulu.

ANAK SAPA MAT REMPIT NI?

Friday, January 25, 2008

apa jadah tengok wayang

Dah lama juga tak tengok wayang.Rasa macam bosan,cerita banyak tapi cerita lebih kurang sama je.Pakar-pakar perfileman pun meng war-war filem yang bagus pada dia.Mana-mana produser yang baik dapat rating bagus le filem kaum-kaum ni.Agaknya filem pun dah dipolitikkan kot.





*Rambo-t (ikat rambut dan menang)




Cara meng rate filem pun dah macam-macam.
Ada orang kata jalan cerita penting untuk filem.
Ada orang nak skrip yang baik.
Tak kurang juga nak pelakon yang hensem/lawa dalam filem.
Dan aku rasa pelik bila orang nak sesebuah filem ada mesej.


Ada ke orang yang peduli dengan mesej dalam filem.Kalau ada pun mungkin satu dalam seribu.Dalam satu tayangan belum tentu ada sorang yang masuk panggung sebab nak tengok mesej.Jadi tak payah le pembikin filem kita
susah -susah nak fikirkan mesej apa nak letak dalam filem.Sebab orang tak kisah.Tak peduli.



*In the name of the Kun



*cuci jamban-sekawan manusia yang ambil upah cuci jamban







Apa yang penonton nak dari sebuah filem?Aku hanya nak hiburan.Dan aku yakin semua yang tengok wayang hanya cari hiburan.Cuma yang membezakan cara seseorang tu terhibur.Ada orang nak tengok letup-letup.Boom sana,bang sini.Terhibur.Ada pula yang nak tengok lawak.Ada yang tengok aksi.Terbang sana,lompat sini.Ada yang nak tengok lucah.Buka sana,koyak sini,kangkang situ.(Tengok blue je lah oii).

Senang cakap memang nak berhibur saja.Itu le kerja orang filem kita.Buat filem yang boleh masukkan semua tu memang le orang pergi tengok.Orang nak hiburan.

Ada ke orang yang cari mesej dalam filem?
Pedulikan kalau ada pun.Dengar lagu dulu.

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Thursday, January 24, 2008

kau pergi jua,setelah....




*tiffany terbaring kaku




Ini seekor ikan.Nama ikan ni Tiffany.Kenapa Tiff diam saja?Sebab dia dah mati.Kenapa dia mati?Aku pun tak tahu.

Setiap pagi aku bagi kau makan.Setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad,dan kadang-kadang hari perayaan.Sebab kau tak sesuai makan kuih raya.Nanti kau sakit perut,berak penuh aquarium.

Tapi Tiff mati juga.Mungkin tak sesuai letak makanan ikan dalam tin biskut.


Kronologi kematian Tiffany

-hari isnin,kedatangan aku disambut seperti biasa oleh tiffany,mesra dan sedikit rakus , mungkin kelaparan selepas dua hari tidak makan.Masa aku nak balik Tiff mundar-mandir kat dasar aquarium.Pelik.

-hari selasa,kedatangan aku disambut satu Tiffany saja(aku ada dua ekor ikan yang sama dan serupa,aku tak tau nak bezakan,jadi aku bagi nama yang sama,satu nama untuk 2 ekor ikan,Tiffany) yang menungguku.Yang satu lagi tercungap-cungap kat dasar aquarium.Nyawa-nyawa ikan.Biasa le,nama pun ikan.Ketika aku nak melangkah balik,keadaan Tiff makin teruk.Nyawa-nyawa anak ikan saja.Terperuk kat dasar aquarium dan merenung ku dengan pandangan sayu.Aku blah.


Dan hari rabu,ketika berjuta manusia memenuhi semua kuil diSelangor dan Perak menyambut Thaipusam,ketika kita masih lagi dikejutkan dengan kehilangan adik Sharlinie dan berusaha keras mencarinya,ketika Faizal Tahir masih menyesali aksi tayang perut bulat,lalu tak boleh perform untuk AJL walaupun dua lagunya masuk final,padan muka kau si perut boroi,dan ketika komputer bangsat ni tersangkut-sangkut mengganggu penulisan aku,sepatutnya aku dah siap entri ni satu jam yang lepas,ketika itulah Tiffany menghembuskan gelembung-gelembung udara yang terakhir dan tinggal satu lagi Tiffany terkedu keseekoran tak berteman.


Dah.Aku dah malas nak tulis.Haram jadah punya pc.
Restart.